Pages

Thursday 20 October 2011

Birthday boy.

 

Bulan 9 dan 10 ni memang adalah agak pokai. Dahlah baru lepas raya, lepas tu ada 2 orang budak kecik yang menyambut besday lah pulak. Budak kecik kalau sambut besday memang akan tuntut hadiah punya. Kalau orang besar, setakat wish je dah cukup kan. Lepas tu sama2 lah cakap "It's the thought that counts." Pada hal muka orang yang sambut besday tu kelaaaat je kan. Dahlah semakin tua, orang tak bagi hadiah pulak. Tapi seganlah nak mintak hadiah kan. Kalau budak kecik memang selamba je lah mintak hadiah.

Last 2 weeks adalah birthday Muhammad Thaqif yang ke lapan tahun.

 

006

Tak sempat nak beli kek. Since dia sukeee sangat makan donut, akak belikanlah donuts 6 ketui. Lepas tu letak lilin black-out tu sebatang sebab lilin kek tak de. Hehehe.

 

 

007Alhamdulillah dah 8 tahun budak ni. Kenapa lah akak tak beli 8 ketui kan. Donuts ni beli di R&R highway je.

 

018

Tapi malam tu, mama dia belikan kek spesel. Memang dah ini feberet bebudak sekarang ni. Tapi beli 1/2 kg sebab tak ramai yang minat makan kek ni. Boleh tahan gak harga kek sekarang ni, dekat RM40 untuk sekecik ni.

Itu aje lah citer birthday boy ni. Semoga besar nanti akan menjadi anak soleh dan berbakti pada ibu dan ayah. Amin.

Weekend ni kena gi carik birthday present untuk dia sebab dia merajuk dan menangis bila akak balik kampung tanpa hadiah untuknya. Kalau orang tua buat camtu boleh tak agaknya. Mahu menyampah lagi orang nak bagi hadiah kan. Sedihhh.

6 comments:

So Shy Lady (SSL) said...

amboi mahalnye kek angry bird tu....
nilai duit smakin susut. ntah2 bbrp thn lg harga naik rm100 plak kan

Aidah said...

Memang mahal. Kalau buat bisnes ni lajuuu je masyuk. Hehehe.

Tijah said...

kellas kan lilin siap balut mo tisu laie. bday bln 11 sok nak buek centu lah.

Aidah said...

Hehehe. Yo lah, lilin tu tang laci omak akak. Boghabuk, lopeh tu ado lak ghambut mo. Dah akak lap tu ngan wet tissue mo.

Dinas Aldi said...

Adoih sakit perut cek gelak tengok lilin blackout tuh, kahkahkah!

Dah tua2 macam kita ni takda hadiah pun takpa tapi budak2 memang nak hadiah woh. Memang konpem kelat muka kalau tak dapat :D

Happy birthday Mohd Thaqif!

Aidah said...

Dan memang akak dah belikan pun hadiah untuk dia. Tapi sikecik Nisya tu pun tak makan saman, nak hadiah jugak padahal birthday dah lepas. Kihkihkih.