Pages

Saturday 8 October 2011

Dari Teluk Kemang ke Blue Lagoon.

 

Pagi tadi akak gi turun bawah nun, Dataran Kemang. Hajat hati nak berjogginglah tapi kalau dah berderet2 ngikut maka gaya larian akak pun jadi lari2 anak jelah. Bak kata orang kampung akak, brisk walk.

Tapi pagi2 kul 7.30 am tu pun orang dah ramai di Teluk Kemang ni. Parking yang mengadap laut tu pun dah mula nak penuh. Rupa2nya ada event kat atas pentas tu untuk weekend ni. Tak tahulah akak, apa ke nama eventnya.

Baru je 3 rounds, dah dengar suara bebudak ni mengeluh2. Penatlah, panaslah, laparlah dan macam2 lagi songehnya.

 

008Bukan orang je memenuhi pantai teluk kemang ni, kucing juga. Yang kelabu tu cantik mukanya.

 

010  Siap pandang straight kat kamera akak.

 

013 Pantai teluk kemang ni pasirnya kemerah2an sikit dan kasar2. Pantainya pun tak landai jadi sangat bahaya juga kalau kita mandi di sini. Agak2 15 m dari pantai, air dah mula dalam tiba2. Masa akak mula2 pindah di sini, 30 tahun lepas, selalu terbau hanyir darah bila malam2. Selalunya masa musim tengkujuhlah. Kadang2 nak tidur pun rasa semacam. Abah akak kata, bau tu datang dari laut di teluk kemang ni, sebab dia dah lama tak dapat nyawa orang. Tak tahulah kebetulan ke apa, tapi tak lama lepas tu adalah terdengar orang mati lemas. Lepas tu bau hanyir tu pun turut hilang.

 

016 Dah ada surau baru rupanya tepi pantai ni. Senanglah orang nak sembahyang.

 

036 Lepas tu akak gi Blue Lagoon pulak.  Blue Lagoon ni jauhnya lebih kurang 3 km dari teluk kemang. Masa dulu, ni lah tempat akak berkelah sebab airnya sangat jernih. Boleh nampak ikan berenang2 lagi kat kaki kita. Dulu di sini cuma ada bungalow maybank dan beberapa bungalow syarikat korporat yang lain. Hotel tada, sebab tu lah macam private beach je rupanya.

 

025 Pasirnya putih dan lebih halus.

 

028  Sekarang dah ada gerai makan yang cantik di sini.

 

032 Pantainya landai. Nampak tak orang yang kat tetengah tu. Air laut hanya sampai perut diorang je. Tapi dalam dengkat2 tu ada gak orang yang lemas kat sini cuma jarang sekali. Kalau di pantai cermin yang terletak opposite dari blue lagoon ni memang agak ganas lautnya. Selalu je nak makan orang. Abah akak selalu pasang jaring ikan disini. Dari one end yang berbatu dan pokok2 tu hinggalah to another end. Lumayanlah jugak ikan dan ketam yang kitorang dapat. Arwah abah akak memang suka sangat memancing, menjaring ikan dan memburu. Tapi masa dia cuti je lah dia layan hobi dia tu.

 

034 Di Blue Lagoon ni pun sesuai untuk pasang khemah bagi yang nak rasa tidur di bawah bulan dan bintang kan. Shower room pun ada disediakan.

 

035 Blue Lagoon ni memang pot akak dan family berkelah satu masa dulu sebabnya tak ramai orang tahu tempat ni, jadi sangatlah private pantainya. Hotel ni pun tak ada. Yang ada cuma bungalow kayu kepunyaan sorang mat saleh tua dan isterinya. Tapi bungalow tu dah tak de lagi sekarang ni. Couple mat saleh tu pun tak tahu kemana perginya. 

 

030 Budak 3 orang ni tak lepaskan peluang main air kat pantai tu. Muka macam nak mintak mandi je tapi, not todaylah, lutut mama dah longuh ni. Poghut pun dah lapar. Jomlah kito layan tokak dulu yo! Next time hokey!

4 comments:

Dinas Aldi said...

Takut la pulak bab bau hanyir darah tu, errkkk! Yg saya kenal bau masam kusam laut masa air surut ja kat Penang bridge, bau hanyir darah tak pernah.

Walaupun tak mandi, jalan2 kat beach pun dah seronok dah :)

anamizu said...

wahhh bersihnya pantai die :)



luv,
cik ana

Murni Alfathunnisa said...

Bestnya...saya tak biasa sampai lagi..huhu..sungguh memalukan! :)

kucing tu baru bangun tido eh...taik mata pon ade lagi tu..hehe...larikkk...

Aidah said...

Dinas,
Masa memula pindah tu memang agak pelik jugak bila terbau macam tu tapi tak berani nak tegur sangat. Sekarang dah tak de lagi bau macam tu. Laut dah kenyang kot.

Ana,
Ada tempat2 juga yang masih bersih dan ada juga tempat yang kotor dan tak dapat nak improve lagi. Sedih.

Siti Murni,
Tak pe, masih banyak masa lagi nak travel sana sini, insyaAllah. You're still young.