Pages

Friday 14 October 2011

Drama swasta episod 1: Sembiluku sembilumu jua

 

Layan jee lah tajuk tu ye. Lebih kurang macam drama sembilulah ni, memula zaman persekolahan kan.

Akak ni masa sekolah dulu sangat berbeza perawakannya. Dulu memang tak kenal tudung, tak kiralah tudung bawal ke, tudung Ikin ke mahu pun serkop mak jah. Kalau pakai baju kurung sekolah tu, lengan baju haruslah dilipat sampai ke atas siku. Tak main lah stail belia, elok lurus je lengan baju tu kan. Bila assembly hari Ahad (Johor punya) barulah turunkan lengan baju tu tapi agak-agak bertahan selama 15 minit sahaja. Kancing baju pun tak pernah jumpa, memanjang hilang setiap hari. Pengawas yang kena jaga kelas kami tu memang kelat je mukanya. Kalau ada geng kami yang jadi pengawas, memang harulah. Selalunya mintak diassign ke kelas tingkatan 1 dan 2 yang masih suci lagi halal. Kalau dah tak de pilihan, terpaksalah buat tak nampak bila member sendiri buat salah.

Itu pasal pakaian. Kalau pasal seludup keluar memang legendlah. Sekolah akak tu memang terkenal sebagai sekolah berasrama penuh yang paling strict. Kalau outing dengan ibu bapa hanya dibenarkan selama 3 kali satu penggal. Dulu penggal (bukan penggal kepala ya, anak-anak), bukan semester macam sekarang. 1 penggal adalah agak-agak 4 bulan kalau tak silap. Manakala outing sekolah pulak hanya SATU kali sahaja satu penggal. Akak ni, yang mak ayah duduk jauh beratus kilometer ni haruslah jadi manusia purba yang tak tengok dunia luar selama berbulan-bulan. Tunggu sahajalah sekolah benarkan outing di penghujung penggal sebelum cuti tu.

Biasanya sebelum outing, warden akan bagi green slip pada budak-budak jakun yang dah tak sabar nak keluar ni. Hampir semua akan dapat slip ini.  Atas slip ni pulak ada ditulis tarikh outing dan tanda tangan warden yang bertugas.

Bila tiba tarikh outing, pengawas skema yang bertugas akan cuba mengisi penuh-penuh bas sekolah ni. Pak cik driver pun memang malaslah nak buat trip doploh kali kan. Maka macam sardinlah kami warga jakun yang konon nak menghirup udara segar bandar JayBee ini, di sumbat dalam bas tu. Bila sampai pondok guard, boleh bayangkan kekdah menyerahkan green slip di situ. Teknik menyelitkan tangan dan hujung jari sangat dialu-alukan masa ni. Memang haruslah ada green slips yang tak diserahkan dan pak guard yang hanya bergaji minima tu pun tak kuasa nak mengira jumlah bebudak yang macam sardin dan tally kan dengan jumlah slip yang dikutip tu.

Haaa di sinilah akak memainkan peranan . Akaklah jadi tukang kutip green slip yang tak diserahkan tu. Esok-esok bila ada yang nak outing sendiri-sendiri tapi susah hamat nak dapat permission warden bolehlah mengadap akak. Apa susah, tukar je tarikh outing kat green slip ni. Nombor 3 pun akak boleh tukar ke nombor 5 dengan penuh prihatin. Cantik elok je nombor-nombor tu (sangat kagum dengan bakat terpendam diri sendiri).

Masa tu akak memang mewah kroni, rasa-rasa macam ketua mafia je. Asal ada yang nak keluar outing mesti carik akak. Perasan macam orang pentinglah kononnya. Tapi biasanya yang nak keluar ni mempunyai sebab-musabab halal dan thoyyiban. Kalau nak berjimba dengan boipren lagilah tak lulus. Ya lah, kang tak pasal-pasal aktiviti tak berpekdah akak ni masuk 'bacaria' pulak.

Akak ni pulak memang lagi legendlah kaedah seludup keluarnya. Maklumlah ketua mafia. Muahahahaha. Pernah sekali akak dan anak-anak buah, Komeng dan Jinggo, telah ber outing ke Singapore. Green slip tu hanyalah untuk ke Komtar JB tapi kitorang ni dah muak sebab asik-asik ke situ je di hantar untuk shopping. Apa kelass, maklumlah dah form five. Lalu kami bertiga telah outing naik bas sampai Komtar ikut trip outing pagi. Sampai situ, naik bas public, masuk Singapore, siap je lah passport memasing. Lepas tu dah agak-agak petang sikit, naik bas masuk JB sampai Komtar dan naik bas sekolah ikut trip balik sekolah semula untuk bebudak yang outing petang. Kalau bab buat muka sardin memang pakarlah sebab selalu sangat kena sumbat dalam bas macam ikan sardin.

Dalam bas, ada jugak kawan busy body yang tanya, "Eh tadi outing trip pagi kan?" Kami selamba je cakap " Laa tadi aku ada duduk belakang sekali, kau je yang tak nampak. Banyak shopping nampak, cantik T-shirt ni, sesuai dengan kulit putih kau, kedai mana kau beli, ?" .  Haa nampak tak teknik menjawab tu, cepat-cepat alihkan topik dan masukkan elemen puji-pujian secara bertalu-talu, gerenti dia lupa soalan dia sebentar tadi.

Lagi satu seludup yang paling berani mati yang akak pernah buat ialah balik rumah dan sesuka hati bercuti selama 4 hari. Masa tu memang akak tak berapa sihat ditambah pulak dengan homesick tahap melampau. Ya, akak tahu, dalam hati yang ganas tu ada jugak homesick.  Nak mintak balik dengan warden memang tak lah. Dah tahu pun jawapannya. "Don't be ridiculous!" atau "Awak gila nak balik kampung tetengah minggu?" Sebenarnya dalam hati akak pun tahu betapa tak logiknya plan akak nak balik kampung tapi apakan daya jiwa yang meruntun, rindu pada mak, abah mengatasi kewarasan fikiranku . (dasat ayat sembilu dari seorang mafia)

Kebetulan petang  kejadian tu akak nampak ada Ah Soh yang sangat familiar di ruang tamu blok asrama. Rupa-rupanya orang kampung akak yang datang visit anaknya yang baru form 2. Lalu kepala akak pun mulalah bekerja keras mencari jalan untuk ikut Ah Soh ni balik sekali.

Akak : Auntie, auntie balik bila?

Ah Soh : Sopluh ini malam.

Akak   : Naik apa, auntie?

Ah Soh : Itu tlen.

Akak    : Pergi stesyen naik apa?

Ah Soh : Ciku..... warden kasi dlive.

Bila dah dapat cukup maklumat, akak  pun tarik anak dia dan cakap suruh kasi pujuk mak dia untuk bawak akak keluar sekali. Tengok muka akak yang dah macam tak boleh blah, monyok macam ayam yang dah basah kuyup kena hujan semalaman, dia pun setuju.

Akak   : Nanti auntie cakap sama itu warden, saya ni auntie punya niece datang sama dengan auntie dari kampung.

Ah Soh tu sangatlah reluctant akak tengok. Kesian dia jadi mangsa akak. Tapi dia play along jugak dengan plan akak. He he. Masa dalam kereta warden, Miss Gong, akak ada jugak dengar warden tanya siapa tu. Tapi auntie ni cekap menjawab dan akak sungguh terharu kerana teknik menjawabnya sama seperti akak menjawab kawan yang busy body masa dalam bas tempoh hari. Dan masa ni juga akak sangatlah bersyukur kerana mewarisi mata sepet dari mak akak. 

Adakah akak akan ditahan oleh Miss Gong ?

Adakah akak berjaya sampai ke rumah?

Adakah Ah Soh berjaya sampai ke kampung halamannya?

Tungguuuuuu sambungan kisah ini di musim akan datang .(melampau, ada season 2 pulak kisah ni)

 

003

Inilah foto zaman sekolah dulu. Cer tengok lengan baju ahkak tu separas siku. Radio mini hi fi kat sebelah ahkak tu cukup poplar masa tu. Canggih beb. Tapi gamba terpaksa di adjust sebab zaman ni zaman freehair. Tak sesuwei.

5 comments:

TopsyTurvyMum said...

radio mini hi fi tu teringat pulak ke citer2 faizal hussien hahaha..

Legend betul la akak dedulu...Ala2 kamikaze dahh..nyaris tak masuk bacaria ye kak? hehehe

Aidah said...

Hehe. Fevret bedtaim story anak2 akak tu. Melopong dengar kisah sebenar mak die.

Dinas Aldi said...

Fulamak tabiklah! Kahkahkah! Saya duduk asrama dulu pun suka mintak balik tapi takda la terer seludup sampai camni, memang tabik spring nih! :D

Tijah said...

hehehee. ntah2 akak ketua bebudak breakdance sekali tem tu kan? kemain radio kulu kilir hah. copek kit sambung yo. ni wiken sodap baco nih. nak boli sokabar isik eh tah hapo2 skang.

Aidah said...

Dinas,
Hihi. Sampai sekarang kalau ada cucu2 mak akak masuk asrama, mak akak akan rewind citer akak ni. Lepas tu ending tu dia akan bagi tazkirah panjang lebar "Jangan dibuek kojo gilo macam mak teh kau tu, tau tak!" Malu akak tau. Hehe.

Tijah,
Konon eh macam kool la tu bawak mini hi-fi sambie jalan. Pado hal kok dibayang an sokaghang ni macam tohegeh-hegeh yo. Kahkahkah.