Pages

Saturday 29 October 2011

Drama swasta episod 2 : Sembilu itu merobek hatiku

 

Hujung2 minggu ni kita layan drama swasta lah pulak ya. Episod dua pulak. Kalau perap lama2 dalam kepala, lupa pulak akak nanti. 

Sebelum sambung cite, akak buat dulu sedutan episod 1  hari tu, okey.

Bayangkan muka monyok akak yang sangat homesick untuk jumpa mak ayah. Bayangkan pulak muka warden Miss Gong yang garang sambil memandu kereta. Last sekali bayangkan Ah soh yang dah serba salah dan tak senang duduk akak tengok bila Miss Gong cuba menoleh ke tempat duduk belakang kereta. Jeng jeng jeng.

Tetiba Awie nyanyi lagu tema sembilu dalam kepala akak.

" Tak sanggup lagi aku.....mengenang kisah lalu...."

Mulut akak masa ni kumat kamit baca tah ape2 surah macam nak menghalau syaiton pulak gamaknya. Peluh dah mula keluar kat dahi. Yang sebenarnya syaiton tu dah menghasut dalam badan sendiri. Kahkahkah. Tapi menjadi lah pulak doa akak dalam hati masa mulut kumat kamit tu. " Ya Allah, dapatlah hendaknya aku sampai stesyen ketapi dengan selamat. Engkau perabunkanlah mata Miss Gong ni tapi biarlah sikit je rabunnya. Kang rabun sangat tak nampak pulak jalan, nahas pulak aku. Masuk suratkhabar  * Berita panas! Kemalangan kereta menyebabkan Warden Contoh yang sedang seludup keluar seorang Pelajar Contoh tertangkap di stesyen keretapi JB. Seorang ibu ayam juga turut diberkas.* (contohlah sangat akak ni. Kihkihkih) Yang bab dituduh ibu ayam tu akak paling kesian. Ada ke patut ah soh tu tetiba di cop ayam brand.

Akhirnya dalam hujan renyai2 tu ( sebijik macam drama sembilu, mesti ada scene hujan) akak pun sampai di stesyen keretapi. Akak cepat2 keluar kereta, menconcong je masuk kat kaunter tiket. Dalam hati tu sikit punye hoorey, aku dah lepas, aku dah lepas. Ah soh tu agaknya saspen habis sebab Miss Gong belum gerak lagi dari situ. Tapi akak tak risaulah sebab akak tahu ah soh tu mesti pandai cover punya. (dasar melepaskan diri sendiri je tau. Siaaan Ah soh)

Bila Miss Gong dah gerak, akak ucap terima kasih kat Ah Soh. Nak bagi duit upah, duit akak cukup2 je nak beli tiket. Makan pun tak lepas. Ah Soh tu senyum kelat je kat akak. Agaknya dia cakap, " Budak ni tadi kat sekolah cakap demam, tak sihat. Tapi aku tengok elok je berpeluh2"

Lepas tu kitorang buat hal memasing. Dalam keretapi akak tidur2 ayam je. Maklumlah sorang2. Keretapi mel malam, pulak tu. Bertolak pukul 10 malam dan sampai Seremban pukul 4 pagi. Haaa amek kau. Pukul 4 pagi. Sunyi sepi tuuu. Mula2  akak ingat nak duduk je kat stesyen tu tunggu siang. Abah akak masa tu kerja PPD S'ban, tapi rumah kitorang di PD. Takkan nak telefon abah yang tengah syok tidur. Kompom kena hampuk karang. Tapi belum sampai setengah jam akak menunggu di bangku kayu stesyen tu dah ada pulak orang mabuk terhoyong hayang jalan arah akak. Nak ngadu kat stesyen master, tengok dia tengah sedap layan mimpi dalam ofis. Akak pun cabut keluar dan carik public phone. Akak pun telefon mak kawan akak, Auntie Bintang Felem. Kitorang memang gelar dia bintang felem sebab dia lawa dan glamer walaupun kerje dental hygienist di hospital kerajaan.

" Haa, ida, dah sampai ya. Nanti jap lagi auntie datang jemput."

Akak pun kepelikan sekejap. Camana dia tahu akak on the way balik. Ini mesti si Zsa Zsa (anak pun glemer jugak tau tapi ini bukan nama sebenar ya. Harap maklum.), dah telefon mak dia bocor rahsia. Tapi akak tak marah malah terharu lagi.

Akak pun freshened up di rumah Auntie BF dan breakfast sekali. Masa tu dah dekat pukul 6.00 am. Dalam kepala tengah fikir apa alasan nak bagi kat abah akak nanti. Auntie BF dan Uncle Budiman (bukan nama sebenar) tak tanya banyak2 ngan akak. Leganya rasa, Tuhan je yang tahu. Sangat sporting mereka berdua ni. Tak lama lepas tu akak pun ikut Uncle Budiman pergi ofis dia yang sama dengan abah akak cuma lain jabatan je. sampai2 je uncle tu cakap,

" Haa, Suman! Cor tengok sapo ni. Hehehe. Si Aida laghi balik tang JB somalam. Den bawak ghumah den dulu, pagi tadi."  

Aduuuussssss. Uncle Budiman punya intro memang buat kecut perut akak. Tak de beralas lansung. Tetiba terus cakap akak lari cam tu je. Bagilah warning sikit ngan akak ke kan. Abah akak ni memang garang maklum orang penting Jabatan peperiksaan kat PPD tu. Tetiba Uncle Budiman terus jadi tak budiman lagi bila akak dah kena tenung ngan abah akak.

Abah akak terus bukak pintu ofis dia, suruh akak masuk duduk. Dia pulak, bila dah cakap terima kasih ngan uncle tak budiman, terus duduk kat kerusi dia sambil termenung mandang muka pucat akak. * sila layan bunyi cengkerik,   eh, mana ada cengkerik lam ofis. Bunyi mesin fotostat kat luar pejabat tu selama 10 minit*.  SEPULUH MINIT tak bercakap sepatah pun. Pandang je muka kak dengan muka garang habis. Masa ni akak rasa macam nak termuntah, terkucil bagai. Nak kumat kamit baca doa pun takut. Bismillah pun boleh sesat. Tetiba tu, abah akak panggil kerani ke secretary kat luar tu cakap, dia EL hari tu.

" Jom balik. Abah anta kau pegi medical cek-up kat Dr. Ong (bukan profesyen sebenar)."

Gigil betul akak lepas tu. " Apo lak ni. Abah ingat oghang ni gilo ko agak eh!" bisik akak dalam hati. Yaaa, dalam hati sahaja sebab suara memang tak lepas keluar dari kerongkong sebab takut tahap maksima. 

Dalam kereta on the way nak balik PD akak menangis2. Itu je yang mampu dibuat, last resort untuk menagih simpati. Takut jugak kot2 dihantar hospital mental, memang bukan sembilu lagi dah, malah jadi robek rabak semua future akak. Masa ni baru ingat future, masa lari semalam tak ingat pulak kan. Bayangkan akak melabur airmata selama 45 minit dari Seremban ke PD (masa tu tak de highway). Dengan harapan biarlah dehydrate ke kan, boleh Dr. Ong bagi MC seminggu. Akak menangis, abah akak buat derk je merempit dengan kereta proton saga model pertama tu. Nasib baik naik kereta, kalau naik motor, banjir jalan dengan airmata akak.

Sampai di klinik, abah akak dah cool down sikit. Siap boleh joke2 dgn Dr.Ong yang memang kawan baik dia tu.

" You see, my daughter. I just sent her to JB last week. She ran away yesterday without my knowledge. She said she had fever but i think it's more like homesick. Hahaha."

Fuuuuhh! Lega akak bila dengar dia dok gelak2 cam tu. "Selamat aku.", bisik akak dalam hati, yaa, masih dalam hati selagi tak sampai rumah.

Lepas tu tetiba Dr. Ong panggil akak. Muka serius semacam. Akak dah kecut balik dah.Mana tak takut, orang tak de sakit apa2 kan. Takkan doktor tu pun nak di cong jugak.

Tapi nasib baik dia check akak lebih kurang je. Bila check temperature, dia senyum je. Apa tak nya, normal senormal2nya, tiada yang abnormal melainkan normal belaka. Akak masih menten muka sedih macam ayam kuyup kena hujan. Last2 dia bagi MC. Berapa hari akak tak tahu tapi sangatlah tak berbaloinya dapat MC sebab bukan boleh bagi kat cikgu pun. Akak kan  seludup keluar dari sekolah. Takkan nak menyerah diri cam tu je, lepas tu bagi mc dari doktor di PD padahal sekolah kat JB. Mahunya kena tindakan disiplin. Silap2 buang sekolah wo! Tak pernah ada keturunan Hj Othman dan Hajjah Wok kena buang sekolah tau!

Okeylah sambung ke episod seterusnya lah kan. Dah overrun ni. Kang marah produser. Bajet dah lah ciput.

Untuk episod seterusnya akak bagi sikit sedutan okey.

Hari Ahad, mula sekolah pagi tu, guru kelas masuk dengan mengepit buku attendance.

Komeng dan Jinggo, tali barut akak pulak tengah saspen lap peluh sambil fikir apa nak jawab dengan cikgu.

Akak masih dengan muka muram dan sedih macam demamlah sangat dan sesekali layan citer kartun bila semua orang tak nampak.

Ah Soh sedang mengadap sarapan pagi cakoi dan bubur *toot*.  (apa hal watak Ah Soh ada balik ni?)

Tungguuuuuuu episod seterusnya, hokey!

* lagu penutup ialah dari Ziana Zain : Sekebun cintaaaaa yang  berbunga......*

 

077 Gambar ni di ambil sebelum kejadian. Cuba tengok lengan baju kurung akak tu, tak de makna kalau tak dilipat sampai siku. Tah ape ape tah. Sorry terpaksa crop sebab maklum belum kenal tudung masa jaman ni. Itu idea letak pasu bunga kiri kanan tu mak akak lah punya keje. Orang dodulu kan suke letak tepi kerusi bunga2 cam tu bila amik gambar. Konon macam trendy lah gamaknya. Hehehe.

2 comments:

Dinas Aldi said...

Haaa ada gak sambungan, ingatkan dah lupa! Huih akak dulu dasat sungguh lari balik dari asrama sampai gitu, kihkihkih! Berani tu, padahal abahnya garang.

Tunggu sambungan lagi ni :D

Aidah said...

Itulah, dulu akak memang suka buat tindakan berani matiks. Tak fikir masak2 sebelum buat apa2. Sekarang ni tak lagi sebab dah jadi mak kan. Hehehe.