Pages

Wednesday 5 October 2011

Insap

 

Dah bertahun ditinggalkan. Dah lama tak menjengah. Bukan tak sayang, bukan tak sedar. Ahkak sedar ahkak gebus2 di sana sini. Tapiiiiiii.......

Aaaahhh! Hari ni tak mo alasan2 lagi. No more excuses, hokey!

 

 

019

Inilah keje akak pagi ni. Bermula dari hari ini akak berazam untuk tidak lagi memanjakan lemak di badan, bergolek2 atas katil. Mula2 makan pisang sebiji, bukak TV, cerita kartun peberet akak, Spongebob Squarepants. Lepas tu suruh Milo jadi cheerleader kat depan. Bermulalah  sesi aerobik ala2 Selamat Pagi Malaysia dari akak. Kalau berkesan nanti, akak buat DVD pulak ya. Korang bolehlah beli ramai2.

Keinsapan ni bukan ape, ada ke patut baju kelawar akak dah mula nak mengetat kat bahagian lengan tu. Biar betul. Melampau tuuuhh! Bukan ke baju kelawar ni untuk buat lemak rasa ala2 bebas. Tak boleh jadi cam ni. Lalu akak pun insaplah. Untuk berapa lama? Hehehe.

Mula2 start slow. Lopeh tu gi gym lak kot. Dah lamaaaaaaa sangat tak ke situ. Bukan jauh sangat, adalah doploh tapak kot. Tapi berat hati nak pegi, keee... berat badan? (stetmen adalah cuba untuk mengutuk diri sendiri, tough love kononnya)

 

017 Treadmill umah akak ni dah berlipat dan berabuk. Sekarang ni jadi tempat sangkut baju lepas iron. Siaaaan. Sejak kena rasuk ni cam tulah nasibnya. Dulu akak pernah citer kan yang treadmill ni buat hal, tetiba je laju sampai nak tersungkur kita dibuatnya.

Okeylah, akak nak sambung balik exercise. Lapan lagi...........satu  dua  tiga  empat........kempis perut, lepas, kempiiiis, lepas......kempiiis, lepas..... 

9 comments:

anamizu said...

wahhhh buat exercise ye kak?? hehe




salam kenal,
cik ana :)

Akma_cikyong said...

hihi suka stement akak..baju kelawar lah baju yang membebaskan lomak2 belegar2 dgn riang..tp kalau lomak2 da xley nak legar2,ado lah 2 yg kene diperbetolkan..kihkihkih

NM02 said...

baju tu mengecut kot...

Aidah said...

Ha ah, memang nak kena betulkan. Kejap lagi akak nak bukak jahit tepi tu dan jahit semula untuk bagi besaaaar sikit. hehehe.

Aidah said...

Ana,
Terimakasih kerana melawat tanah akak. Mahap tak sempat jamu apa2, sibuk exercise. Hehehe.

NM02,
Akak pun saspek, baju tu mengocutlah. Takkanlah akak pulak silap kombang kaaaan. Hihihi.

Dinas Aldi said...

Kena beli baju baru tuh, shopping! Kihkihkih!

Aidah said...

Ha ah kan. Ni alasan cukup bagus ni. Esok jugak akak pi sopin'.

anamizu said...

ana dtg lagi ni jenguk laman akak..hehe



luv,
cik ana :)

Aidah said...

Kecik tapak tangan, nyiru akak tadahkan. Datanglah seselalu ya, Ana, jengok umah kampung akak ni. Hehehe.