Pages

Sunday 9 October 2011

Ketawa Sang Ayam

 

Alahaiii......baru je semalam brisk walk di tepi pantai. Lemak yang bergayut-gayutan kat badan ni belum sempat pun nak bergegar. Terbakar, jauh sekalilah kan.

 

004 Hari ini akak dah membedal nasi lemak dengan anak2 di tepi pantai. Ditemani angin sepoi2 bahasa dan diiringi pulak dengan bunyi deruan ombak. Huuiiish memang mantap rasa nasi lemak tu dikunyah2 dan ditelan. Nasib baik beli saja, kalau buat sendiri mahu berpinggan2 akak melantak. Nasib baik akak pemalas nak tanak nasi lemak sendiri. Kahkahkah. Ada gak eloknya malas ni yek.

 

007Budak ni ada kesedaran sendiri nampaknya. Alhamdulillah. Bila dah makan nasi lemak sebungkus, dia pun lari2 keliling tempat kami berkelah tu. Konon nak bakar lemak. Pelikkan, selalunya orang yang slim2 je yang ada kesedaran camni sementara yang gebus2 ni asik melayan sendawa sambil urut2 perut. Amat tak semenggah rupanya.

 

011  Lepas makan, main2 air kejap. Pagi ni air laut pasang, ombak pun lebih besar dari semalam.

 

006Budak2 main air, akak merenung jauh ke hujung lagun tu. Terdengar2 ketawa sang ayam. Terkekek2 bunyinya. Bangga betul ayam tu sebab.......tahinya lagi hangat dari azam akak nak turunkan berat badan. Uhuks. 

4 comments:

anamizu said...

alolo berlari2 kecil je
ek anak akak tu? hehe





luv,
cik ana

Dinas Aldi said...

Sama la kita. Saya ni pakai harap nak melonggarkan lemak masa jalan pi balik kelas masa mengajar ja, mana ada jalan, kahkahkah!

Aidah said...

Dua orang budak kecik tu anak sedara akak. Diorang memang suka ngekor akak kalau akak balik kampung.

Aidah said...

Dinas,
Akak memang selalu marah kat diri sendiri sebab insap kejap je. Tapi biasalah kalau diri sendiri marah, mana nak berkesan kan. Hihi.