Pages

Thursday 27 October 2011

Mari mewarna bersama bang long dan kak chik.

 

Aduuuuuyaiii....susahnya akak nak menghapdet belog minggu ni. Line wi fi tak stabil kat PD ni. Bila kita komplen, dia cakap suruh ganti modem. Dah 2 kali kak wok tukar, dik ooiiii. Bukan free, kena bayar RM15o untuk ganti modem baru. Bila dah berbuih mulut bercakap, dia suruh tukar ke unifi. Oooh, itu ke sebenarnya. Hari ni akak nak cari ilham kejap, samada nak tukar atau tidak.

Sementara akak cari ilham, marilah kita meninjau aktiviti kak chic dan abang long. Tajuk aktiviti kita hari ini, adik2, ialah mari mewarna bersama bang long dan kak chic. Maklumlah kan, ada orang cuti deepavali seminggu. Nak pergi beraya makan muruku, sehari pun cukup. Habieh tu, apo nak buek ngan onam haghi lagi tu.

033  Okey, adik2, sebelum mula aktiviti, kita lihat dulu barang2 yang perlu ada. Mula2 cari surat khabar lama dan alas di sekitar tempat kerja kita. Lepas tu sediakan palette dan secawan air. Lilit kain buruk di badan kita, nanti kalau baju kotor, mak marah. Lepas tu senyum pandang kamera. Bolehlah mula mewarna sekarang.

022 Tajuk lukisan kak chic hari ini ialah bebas. Kak chic telah memilih watak angry bird yang sangat poplar masa kini.

034 Bila dah selesai melukis dan mewarna, bolehlah kita lekatkan hasil lukisan kita di peti ais rumah. Bangga sungguh kak chic.

 

036 Lepas tu giliran abang long pulak menunjukkan bakat terpendamnya. Apa lagi, kalau tak angry birds. Akak ni dah nak termuntah nengok angry birds ni. Tak de ke makhluk lain, nak ooi?

 

038 Biasalah kalau dah berdua, sangat meriah dengan bunyi-bunyian. Abang long cakap, kak chic tiru dia. Lepas tu kak chic pulak cakap lukisan bang long tak cantik. Akhirnya tangan masing2 dah siap main tampar2 pulak. Bila kadar bunyi sampai ke telinga kak wok, grandma bebudak ni, siap je lah.

"Huuuiii! Apo bondo eh tu? Dah cukup! Poiie masuk mandi. Simpan sumo tu. Tok sah lukieh laiie. Poning palo den dongar eh! Asyik kolaiie yo duo boghadik. Apo kono eh ni?

Terjemahan : Hey! What the heck is going on? Enough alleddy. Go in and bath2. No more paint2. Give me headache some more. Always fight like cats and dogs. What happen?

Macam itu lah ending tragis aktiviti kak chic dan abang long.  Barang2 seni lukis terpaksa di simpan dalam peti simpanan dan tak tahulah bila boleh dikeluarkan semula. Bergantung pada mood grandmanya kot. Uhuks.

4 comments:

Dinas Aldi said...

Kahkahkah camtu la bebudak. Mula2 hepi baik kemain tapi lepas tu start la gaduh. Haaa dah kena marah dengan grandma dah, semua kena simpan, padan muka kihkihkih!

So Shy Lady (SSL) said...

sama la kt rmh ni....skjap gelak2. skjap gaduh....klau mmekak sngt mmng sy kn tukar jd tarzan

Murni Alfathunnisa said...

garangnya cikgu pendidikan seni...hehe...

kena bagi tema berlainan kat dua2 orang cucu...baru depa tak bergaduh...

Aidah said...

Memang riuh rumah ni kalau semua cuti serentak. Tapi bila diorang tak de, sunyi pulak rasanya.