Pages

Sunday 16 October 2011

Nostalgia bunga kampung.

 

 

031

029

 

038

Pernah nampak tak bunga2 tu. Akak kalau tengok bunga2 ni teringat zaman kecik dulu. (sila imagine bayang2 dalam air yang berkocak2 perlahan, wajah seorang perempuan 40an merenung ke atas untuk mode flashback. Lagu back ground ialah lagu Uji Rashid;....oh cik Hail jangan marah, kalau uji bertanya....)

Akak masa ni umur lebih kurang lima tahunlah. Puan Alang pulak 7 tahun. Keje kami di masa lapang ialah main masak2. Makmum kami pada selalunya ialah anak2 jiran tetangga dari quarters forest kat seberang jalan nun. Bila dah cukup korum, mulalah ligat idea bernas, macam bertih jagung masuk mikrowef. Sorang tukang petik bunga2 liar tu, sorang tukang cari tin susu kosong. Akak dan Puan Alang pegi curi beras mak segenggam kat dalam stor. Lepas tu hidup api (mancis senang dapat sebab masa tu ramai orang hisap rokok) dan tanak beras tu dalam tin kosong. Taburkan je lah bunga2 aneka warna tu, konon macam lauk la. Dah masak nasi tu, ada hati masing2 nak makan. Bukan dikira tin tu berkarat bagai. Pakai hantam je makan. Lepas tu puas hati je muka, macam sedap. Siap letak garam tuuu. Haiiih kelakar sungguh. Kadang2 kalau terlebih kreatif, kitorang petik pucuk ubi dan goreng dengan ikan bilis. Bukannye tahu pun mana satu pucuk ubi boleh makan. Sekali lagi main hantam aje. Tapi yang peliknya, tak de pulak keracunan makanan ke atau terkancing gigi ke kan. Mak akak, cik wok tak tahu pun aktiviti ko kurikulum kami ni. Maklumlah duduk kampung, tanah belakang rumah kemain luas. Ada je lah keje kami dua beradik. Bila dah boring main masak2,  cabut gi mandi sungai belakang rumah. Jauh jugak sungai tu, adalah agak2 300m dari rumah. Haaa, tang aktiviti ni memang Cik Wok maraaaaah sangat. Kalau dia dapat tangkap, berbiratlah betis kena rotan.

Those were the days. Rindu sangat. Bebudak akak ni tak merasa kehidupan yang sempoi macam tu. Dengar cerita je lah.

024 Bunga ni pun jadi mangsa akak jugak untuk dipotong2 masuk dalam  beras. Konon serailah tu.

 

026 Bunga ni, tak de sape berani amik sebab bunga ni selalu tanam kat kubur. Pontianak suke. Hehehe.

3 comments:

Dinas Aldi said...

Bunga dalam gambar pertama tu buat saya teringat Bukit Dumbar..Sungguh nostalgia. Dah jarang nampak bunga tu sekarang ni.

Oh spider lily!

Bunga kuboq tu pulak selalu tengok sampai sekarang sebab selalu pi kuboq, hehe

anamizu said...

errrr bunge yg last tu bunge kemboja ke kak?? =P





luv,
cik ana

Aidah said...

Dinas,
Bunga kecik tu tumbuh meliar je kan. Tapi memang meriah bunganya all year round, tak pernah tak berbunga.

Ana,
Ha ah, bunga kemboja. Bila nampak ni ingat kubur kan.