Pages

Tuesday 8 November 2011

Abang dan kakak Milo

 

 

002

Abang ni sangat penyayang hari ni. Kalau hari lain dipeluk2nya  kuat-kuat Milo tu, menjerit meraung Milo.

 

 

004 Senang nak potong kuku masa ni sebab Milo tu baru bangun tidur, lembik je badan dia. Mata pun kuyu je.

 

041

Yang si kakak ni pulak teringin nak bawak Milo naik buai. Terlebih sudah kakak ni. Menjerit jugak Milo ni sebab gayat kot.

Bebudak dua orang ni memang suka kalau ada adik tapi mereka berdua je rezeki yang Allah bagi pada akak. Itu pun akak sangat bersyukur. Maka bagi mereka ni, kalau tiada tanduk, rotan pun berguna. Milo pun macam adik angkatlah jadinya. Kakak tu, lembut sikit kalau handle Milo, kadang2 over.  Kalau Milo dah dibawak exercise pagi2, the rest of the day, dia suruh Milo rest saja. Milo pulak pandai berlakun, lembik semacam je dia bila dah lari2 tu. Apa lagi, risaulah si Farah. Siap nak call doktor pulak. Alahaiiii. Kalau dalam kereta, siap cover Milo kalau cahaya matahari kena kat kucing dia tu. Memang entah hape2. Milo pun berlagak macam putera lilin, kalau panas sikit, siap terjelir lidah dia padahal bukan tak biasa balik kampung naik kereta.

Yang si adik pulak, ganas sangat. Suka main kejar2 dgn siboroi Milo tu. Terjerit2 Farah marahkan adiknya ni. Akak jugak yang pening kepala macam beranak tiga kat rumah ni. Sekarang ni dah tambah sekor lagi iaitu Moli. Bertambah riuh rasanya tapi akak tak kisah pun. Sebab akak memang suka kanak2 dan suka jugak pada kucing dari dulu lagi. Mana2 akak pergi, ada je kucing mengekor dan kadang2 ada je kanak2 nak ikut. Kelakar betul, macam ada bau makanan kucing atau candies je akak ni.

 

183 Ketiga2 nya jadi penyeri hidup akak. Alamak, kamera pun tangkap syahdulah pulak, macam bergenang airmata je amik gambar. Hahaha. Sebenarnya si tukang amik gambar ni yang tak reti2 nak amik gambar elok2. Salahkan kamera konon. Hihi.

6 comments:

Dinas Aldi said...

Syukur dah tu kak, ada sepasang sorang lelaki sorang perempuan. Tambah pulak dah ada Milo & Moli, bertambah lengkap lagi famili :)

Saya plak takut kat kucing tapi kucing sibuk nak ikut saya, risau la heh.

Aidah said...

Orang kata kalau kucing asik ikut kita, mesti ada sesuatu yang istimewa kat kita dan selalunya rezeki murah kalau bagi kucing2 tu makan. Wallahualam. Ada mak sedara akak cukup geli geleman kalau tengok kucing tapi anak dia suka sangat. Sekarang ni kat rumah dia ada 2 ekor kucing tapi dia masih geli nak pegang. Selalu tengok dia bercakap dgn kucing2 tu. Hihi.

Lee said...

Hello Aida, ha ha, I suka that kuching. And very cute pics too of the nails being trimmed by your boy. Great pics!

That cat no high cholesterol or high blood pressure? Ha ha, just kidding, ya.
Real big cart too.
You have a nice day, and keep a song in your heart.
Best regards.
Lee.

Aidah said...

Hi Uncle Lee. Glad to hear from you. Yeah, Milo is a real big cat and he certainly deserve a real huge love and care from us. Take care, Uncle Lee.

Unknown said...

org suka bela kucing ni orgnye penyayang kan..meowww nk jadi kucing gak la..merasa asek kena peluk je :)

Murni Alfathunnisa said...

Milo!!! I mish u !!...nasib baik tak tambah lagi sorang...MURNI..eheheh...ye ah..dah ada MILO, MOLI...kalau tambah lagi sorang mau pecah rumah dibuatnya...siap milo kena uli...hehe