Pages

Tuesday, 1 November 2011

Hujan atau panas, semua dari Allah.

 

Baru baru ni asal petang je hujan. Hujan bukan sikit2 pulak tu, bak kata orang kampung raining cats and dogs gamaknya. Kadang2 akak takut jugak terutamanya kalau tinggal sorang kat rumah. Cermin tingkap pun bergegar bila hujan datang siap dengan ribut sekali.

Ada satu petang tu akak tinggal sorang dengan Milo kat rumah. Hujan turun dengan selebat2nya. Sampai berpusing2 angin kat swimming pool bawah nun. Milo biasanya tak amik pot pun bila hujan lebat ni, berkeruh je sepanjang masa. Tapi hari tu dia siap bangun dan pandang je kat tingkap. Tak lama lepas tu akak dengar tingkap tu bergegar sebab ribut tu. Takut betul akak tingkap tu pecah ke apa. Lagi pun binatang ni selalunya boleh sense kalau ada benda luar biasa yang nak terjadi kan.  Alhamdulillah tak ada apa yang tak diingini berlaku.

002Macam malam gelapnya petang2 bila hujan nak turun. Anak akak si Farah sangat fobia dengan ribut dan hujan. Selalunya bila awan gelap ni datang, dia dah siap baring sebelah akak, berpeluh2 takut. Fobia dia ni dari toddler lagi. Asal hari gelap nak hujan, dia akan menangis menjerit2 cakap takut2.  Akak dah bawak jumpa ustaz untuk rawat fobia dia ni dan ada jugak kurang sikit. Sekarang ni akak ajar dia zikir yang diamalkan oleh Nabi Daud, kalau tak silap, dalam perut ikan tu.

210 

Lepas ni akak nak suruh dia zikir sambil bayangkan sawah padi menghijau ni di bawah langit biru yang cerah.

 

 075

Atau pun bayangkan pelangi yang timbul bila hujan sudah mula reda. Tapi sebenarnya gambar pelangi ni akak snap just before hujan dan ribut hari tu. Sekelip mata je pelangi tu hilang digantikan dengan thunderstorm dasyat. Menakutkan. (Huh. Mak pun takut sekali ke ??)

Apa2 pun semua fenomena alam ni datang dari Allah. Kita kenalah ambil iktibar dan sentiasa mengingatiNya kan.

p/s  macamanalah agaknya tiupan sengkakala pertama nanti yek.

4 comments:

NM02 said...

besar sungguh kuasaNya

subhanAllah

Dinas Aldi said...

Terbalik, saya pulak suka hujan. Tapi kalau ada petir & kilat, takut la jugak saya.

Betul kan, hujan atau panas, semua adalah dariNya :)

So Shy Lady said...

dulu kcik2 klau kilat ptir sy relax je tp skrg ni....rs mcm mnakutkn, mcm Allah marahkn kita je. klau mlm mmng t.brani lngsung nk tido huhuhu prasaan sy saje tuuuu

Aidah said...

NMO2,
Akak seram dengar nieza rasa gegaran masa gi Bali hari tu. Kalau akak, memang nangis nak balik. Syukur alhamdulillah semua selamat kan.

Dinas,
Akak pun suka hari hujan tapi kalau duduk dalam rumahlah. Kalau tengah naik kereta memang seram, kereta akak sangatlah sensitip sejak akhir2 ni.

SSL,
Sekarang ni kalau hujan dasyat lagi rasanya dpd masa dulu. Ribut yang datang pun lain macam betul. Itu yang buat kita fikir dunia ni dah sampai penghujung agaknya.