Pages

Tuesday, 29 November 2011

Sila ukur baju di badan sendiri

 

Mintak maaflah ya, lama dah tak hapdet. Bukannya apa, akak masih belum pulih sepenuhnya lagi, kenalah take it slow kan. Boringnya tak tahu nak cakap.  Nasib baik kat rumah ni ada anak angkat Milo yang baru, Moli.

Hari tu akak ada beli rumah baru untuk Moli ala-ala crash pad lah lebih kurang.

 

063

Kecik je sesuailah dengan Moli yang kecik.

 

 012

Tiba-tiba ada seekor kucing demuk tu teringin pulak nak mencuba. Kan ke kes menganiaya jiwa raga tu. Dah tau badan debab, nak cuba jugak. Lepas tu tersekat separuh jalan. Kepala lepas, tang perut boroi tu tersekatlah pulak.

 

018  Lepas 10 minit mencuba, dapatlah masuk lagi seinci. Tapi akak tabik tu sebab tak give up. Hahaha.

 

106

YEEEEAAAAYYY!!!! Akhirnya berjaya jugak masuk seluruh  badan selepas berpeluh2 kami yang kat luar ni bagi support. Tapi muka tu macam seksa habis. Bukan selesa pun, macam balut badan dengan baju tebal je, Milo. Tak pe lah kan, janji dapat rasa duduk kat dalam rumah  mewah Moli ni. Itu pun nasib baik Moli dah keluar. Kalau ada kat dalam tu, kompom penyet. Hahahaha.

8 comments:

siti murni said...

Haha...milo..milo...takde makna nye ekau nak cemburu ngan umah si moli tu...meh sini meh....

Tijah said...

bapo kilo milo tu kak? kusssemangat.

Dinas Aldi said...

Adoi sakit perut gelak! Memang nasib baik sungguh Moli takda kat dalam tu!

Dah tu camana la saya tak windu dengan blog akak nih..nasib baik akak update.

~mrs azmi~ said...

alahai comelnya dak debab ni...

usaha tangga kejayaan kan milo! hihi

Naz said...

HAHA..Milo ni kelakar la..nak gak masuk dalam tu..

Aidah said...

Siti Murni,
Dia tatap nak jealous. Apa moli ada dia nak jugak torai.

Tijah,
Hahaha. Akak kalau baco komen kau ni musti golak songsoghang. Milo tu lobih 8 kilo tu tapi baghu2 ni dah tughun boghek eh.

Dinas,
Samalah kita. Akak pun sakit perut dok gelak masa dia buat aksi stunt ni. Stunt sangatlah tew! Hehehe.

Mrs azmi,
Sejak ada Moli ni dia memang sangat bersemangat. Walaupun mencungap jugak kalau nak compete dgn Moli.

Naz,
Memang semakin tua semakin kelakar. Tak padan dgn boroi mungkin sebab dia tak pernah tengok cermin kot. Hihihi.

sweetsour said...

hehehehe...kelakar sungguh!!!!!!hadoiii sakit perut gelak sorang2

Aidah said...

Memang dia ni selalu buat kelakar semenjak dua menjak ni.