Pages

Thursday, 10 November 2011

Don't forget to remember me.

Aduuuh! Camana nak buat ni. Mundar mandir dua tiga kali, tak jugak tahu apa nak buat. Yaa lah, memang akak salah sebab kerap sangat tunduk mengadap laptop. Kadang2 baring pulak. Ada masa tu sampai berjam2. Itulah buruknya orang tua yang baru nak kenal alam blog. Masa kecik2 dulu tak de pun. Kalau dapat tekan typewriter cap brothers abah punya tu pun dah cukup bagus.

Nak main game jauh sekali. Yang kitorang tahu naik basikal chopper, pergi kedai aci kat 'kaman' tu untuk main tikam. Meleleh air liur tengok siap ada menan anak patung lagi melekat kat papan tikam tu. Tapi tak pernah dpt pun. Paling bagus adalah kitorang dpt menan ular dgn tangga tu. Alah board game tu tapi buat dpd kertas nipis je. Baru seminggu dah lunyai, koyak terus.

Yang sebenarnya apa yang akak nak citer ialah tentang larangan doktor untuk akak mengusik laptop. Sekurang-kurangnya untuk seminggu jugaklah. Hari ini akak sebenarnya dah langgar pantang. Sakit sangat ni. Tengkuk, leher sampai ke bahu dah jadi kejang pulak. Tapi akak tak rasa akak boleh buat camtu lama sangat. Mintak2 dalam dua tiga hari ni okeylah. Sunyi betul rasanya. Akak ni berkawan hanya di alam blog. Kat luar manalah ada sebab akak ni kan duduk umah saja.

Hari ini, akak nak mintak mahap kalau tak de cerita baru. Jangan lupakan akak ya kalau lama akak tak dapat hapdet.   

005 Inilah pemandangan akak. Lampu kat siling yang sangat mewah dengan habuk. Adoooiyaiii sakitnya hati mandang habuk tuuuu!!  Nak mengiring sakitlah pulak. Rasa nak potong je tali lampu tu biar putus lepas tu ketuk2 kat dinding. Nanti kang jadi kes marahkan nyamuk kelambu dibakar. Padahal salah sendiri. Okeylah. Akak kena stop bebel sekarang. Sampai jumpa lagi ya! Don't forget me kay. I'll be missing all of you, my dearest friends.

13 comments:

Akma_cikyong said...

akak nak ke mana??bercuti lah 2 kan??kan..kan.. i'l will be miz milo :)

Nazirah said...

semoga cepat sembuh

Dinas Aldi said...

Kesihatan perlu didahulukan! Saya doakan semoga akak cepat sembuh supaya dapat nulih kat sini semula. Takkan lupakan akak punya, sejak kenal akak kat sini, saya mesti nak mai baca blog akak ni asal ada entri baru. Jaga diri baik2 naa!

Dinas Aldi said...

Dah windu akak. Take care kak.

Dinas Aldi said...

Datang pagi ni untuk wish semoga kesihatan akak bertambah baik :)

Dinas Aldi said...

Akak, sayu la saya baca komen akak kat blog saya tu. Terharu sungguh..

Saya juga anggap akak sebagai sahabat dunia & akhirat, insyaallah.

Akak jaga kesihatan ya. Ikut nasihat doktor betul2, insyaallah akak akan sembuh, saya doakan.

dakwanie said...

salam kenal kak wok, saya datang dari blog tijah....sebab terattracted dengan abuk kat lampu ni lah....

nak tolong kemas tak buleh.... resdung :)



www.dakwanie.com

Dinas Aldi said...

Kak Aidah, jangan paksa diri ya kak. Akak kena bagi sihat betul. Saya faham kalau akak tak boleh datang baca entri kat blog saya tu, jangan risau. Saya takkan lupakan akak nya. Akak kena rehat betul2, ok.

Dinas Aldi said...

Take care kak :)

fadz said...

hi kak aidah..

sorry ye fadz lama x jenguk blog akak.. fadz busy buat assignment.. dengar citer akak sakit.. sakit apa kak?? fadz doakan kak aidah akan cepat sembuh n sihat selalu.. don't worry fadz x lupa kak aidah... walaupun x kenal muka tp fadz suka ngan gaya n cerita akak... fadz suka ngan komen2 akak kat blog fadz... paling i suka cerita al kisah bubur lambuk n of course milo... semoga akak cepat sembuh ye :)

So Shy Lady said...

salam kak

t.tau plak akk sakit. cuba brurut kak, lega skit otot2 n elak mkn bnda2 brangin, take care ye!

Aidah said...

Akma,
Bercuti atas katil je, dik. Tak sihatlah pulak.

Nazirah,
Terima kasih. Bila akak dah okey akak gi jengok Nazirah pulak ya.

Dinas,
Betul. Selama ni selalu take things for granted especially kalau dah ralit blogwalking. Bila dah cedera kat otot leher ni baru tahu. Huhuhu.

Dinas,
Akak puuuuuunn, Dinas.

Dinas,
Terima kasih Dinas. Walau tak boleh pegang sendiri laptop dan check e-mail, akak tetap suruh misi part time akak ni checkkan. Your message just brightened my morning, Dinas. Thank you so much.

Dinas,
Apa yang akak cakap tu adalah benar, tiada yang palsu malah benar belaka. Hahaha. Sangat terharu dengan keikhlasan Dinas.

Dakwanie,
Laa, malulah pulak akak, tetamu yang baru first time datang disambut dengan lampu yang berabuk. Itu belum tengok ruang tamu dan dapur akak. Tunggang terbalik sejak akak tak sihat ni. Adoooiyaaaiii. Pejam mata je lah ya.

Dinas,
Betul cakap Dinas tu. Lepas akak jengok Dinas hari tu, berjangkit pulak ke tempat lain. Lepas tu malam tu akak sakit balik. Hmmm..sekarang ni nak recover slow sangatlah pulak. Sabar je lah kan.

Dinas,
Thank you so much, Dinas. Akak nampak gambar dah lainlah. Masa ni dah besar sikit ya, tapi masih kiiiuut. Agaknya esok2 ada can tak nak tengok Dinas yang dah besar? Hihi.

Fadz,
Hai dik. Tak pe kalau sibuk, akak faham camana masa zaman student. Sibuk nak kejar dateline kan. Memang akak tak sihat sikit. Sedikit ujian dari Yang Maha Esa. Akak harap akak lulus. Hehe.

SSL,
Akak tak boleh urut sebab muscle tear. Sangaaaaaat sakit. Sekarang ni tangan kiri masih tak kuat sebab bahu kiri akak sakit terutamanya malam. Tengkuk dan leher dah makin pulih. Doakan akak ya.

sudipVSsenduk said...

salam kenal..
saya pun ada lampu mcm tu, sebijik! tapi warna putih-lampu meja. Mmg banyak sangat habuk, nasib baik senang nak bersihkan sbb rendah (walaupun tak pernah) hehehe