Pages

Monday 30 July 2012

Berapa banyak episod sudah missed niiii....

 

 

Akak pelik betul tengok perangai Milo dgn Puteri Peah sejak akhir2 ni.

 

005

Dulu sayang menyayang, cinta dikenang....

 

028

I jilat U...

 

067

U jilat I.  (ini versi kucing tau so jgn fikir lain ya) 

 

040

Gurau manja2 setiap malam jumaat. Sekali lagi versi kucing jugak.

 

Tapi sekarang........huhuhu ...sedih...

 

011

Inilah dia buah hati deddi. Peah pulak dimana?

 

021

Sekadar di pinggiran....tengok je tang jauh. Nak dekat pun tak boleh. Deddi memang menggarang je dgn Puteri Peah sekarang ni. Kadang2 bukan gurau, gigit betul2 sampai menjerit member kena baham dek rimau jadian tu.

Sebenarnya akak saspek ada kejadian berlaku dalam telenovela ni. Akak dah ketinggalan banyak episod jugaklah, rasanya. Tetiba je dari pengarang jantung jadi macam melukut di tepi gantang pulak. Macam ada sesuatu yang terjadi masa episod yang akak dah termiss tu.

Memang akak rasa akak dah termiss episod kemuncak agaknya. Teruk sangat ke dosa Peah ni? Nampak kachiwa sangat atuk Milo kat dia. Nyampah betul dia kat Peah. Peah pun sekarang ni tak dapat watak utama lagi dah. Setakat watak tempelan, tukang hidang air, tukang jaga kedai runcit hujung kampung tu, tukang bodek heroin. Itu je lah nampaknya. Kesian. Frust betul akak dah miss episod tu. Nak ulang tayang tak boleh. Cari kat youtube lagilah tak ada. So sekarang akak blur tak tahu apa dah terjadi.

 

 

015

Peah sekarang ni tidur pun kat celah kerusi, belakang tingkap. Peluklah teddi bear kecik tu buat pengubat rindu kat deddi. Sedih kan.

 

028

Remember the time when i was your only little girl, deddi....

 

270

 No one else. Only us....Don't you remember, deddi?

 

049

I've grown up, deddi. Maybe i don't look this cute anymore but I'm still your little Peah....Please love me still.....just like the old days.

 

Ooowhhhh.....akak nak gi cembeng balik pintu jap. Sedeh kan.

32 comments:

fadz said...

hi kak aidah..
laa kesiannya kat si peah tu.. apsal laa bleh jadi macam tu? kesian peah terpaksa membawa diri.. amboii deddi ni sejak si micki tu dah lawa.. takmo dah kat si moli.. kesian moli merajuk je... suka laa tengok gambar masa moli kecik dok peluk milo.. comel je

Bonda Ryan said...

Hahaha!!! dah jadik anak tiri pulak dah..saya pun rasa tak best plak ter'miss episod melukut di tepi gantang nih kak...pless jadik spy baba mgenal pasti punca segala kemelut nih kakak..hew3!!

Nini D.. said...

haduii...buat pe pulak bakal menantu den nih?..
amenda la salah Si Peah tu yang besar sgt?..kesian pulak tengok Peha tido celah kerusi..rasa mmg btol2 dianak-tirikan..

ahkak pesan dgn bakal menantu den tu.suruh dia tepon bajkal mak mentua dia nih..nak kasik tazkirah jap supaya dia mahapkan si Peah tu.

Acik Erna said...

salam aidah..rugi2 dah ter miss episod penting tu..sampai tak jumpa puncanya

Aidah said...

Fadz,
Akak memang tak tahu apa yang dah jadi, dik. Sedih menengoknya.

Aidah said...

Bonda Ryan,
Itulah pasal. Blur jugak akak penyudahnya. Nak tanya kat sape nih. Frust betul. Dah ikut citer ni dari awal, tetiba episod penting pulak miss.

tunfatimah said...

ala....siannya si Peah, apsal Milo berubah hati, sygla2 dua....
Sedih tgk Peah tido kat bwh kusi....sian la ....sedih betul2 ni......

Dils said...

Sedihnyeee gamba Peah yang tengok je Deddi Milo peluk anak baru die.

Sedih, sedih .

Kenkadang bile ade 3 kucing ni terasa macam mesti ade seekor yang akan ketinggalan. Nak tambah seekor lagi, tak semestinye get along kan.

makchaq said...

Macammana boleh jadi lagu ni.. makchaq tumpang sedih....

Aidah said...

Nini,
Haa..kan dah kena selepuk ngan bakal mentua. Nanti akak sound dia ya, nini. Cakap akak dia tak nak dengar lagi dah. Kat bakal mentua, segan sikit kot. Hahaha.

Aidah said...

Achik,
Alahaii achik. Memang frust betul saya.

Aidah said...

tun fatimah,
Meh kita cembeng sama2, tun. Memang sedih tau. Kesian saya tengok sebab kadang2 ada juga Peah menggesel2 kat Milo. Tapi Milo buat derk je. Kadang2 dia gigit lagi.

Aidah said...

Dils,
Akak saspek sebab Peah dah akil balighlah, dik. Agaknya ada bau badan dia yang buat Milo menyampah kot. Mana tahu kot ketiak bau bangla ke bila dah remaja ni. Kihkihkih.

Aidah said...

mak chaq,
Tak tau lah mak chaq. Saya pun kompius ni. Dah tua2 nih, Milo pilih bulu pulak.

Suara Kalbu said...

Alahai..sian Peah. Meh sini menumpang kasih Awie ibu pulak nak ? hihihihi

anamizu said...

alahai ciannye si Peah.. nape jd smpai cmtu ey kak?? mesti ade pape jd nih.. akak kena jd penyiasat ceni kak.. hehe









slm ramadhan,
cik ana

Aidah said...

Suara Kalbu,
Moleklah tu. Kesian dia, ida. Macam trauma je dgn deddi punya perangai.

Aidah said...

anamizu kaito,
Camana nak buat siasatan, dik. Kes rumit nih, lain spesies. Nak kena impot jurubahasa dulu, baru boleh jalan kes ni.

Naz said...

sadisnya kisah puteri peah..kasih deddi dah bertukar arah..cari deddi baru je la

Dinas Aldi said...

Wehhh saya pun nak tau jugak apa yg dah terjadi dalam episod yg dah terlepas tu! Apa pasai sampai terpinggir teruk gitu? Bab renung dari jauh tu sayu betoi saya tengok la eh, memang rasa nak nanges..

Why Milo, why???

Akma_cikyong said...

haha apelah salah cik kiah 2 atok oi~~cian cik kiah 2..membawa dri suda~~
udeh ler mahu berhari rayo nie haaa~~
ampun maaf dipinta leee atok~~

Aidah said...

Naz,
Carik shuge deddi je lah lepas ni, kan. Hihihi.

Aidah said...

Dinas,
Itulah dinas. Akak pun musykil jugak. Masa mula2 dulu mmg haru sebab peah selalu tengok tang jauh ja milo tu dgn micki tidur berpeluk. Tapi sekarang ni akak nampak dia macam dah tak kisah. Dah boleh bawak diri. Tapi akak masih sedeh.

Aidah said...

Akma,
Tak sabar Peah nak tunggu raya. Tapi akak saspek raya ni lagi teruk Peah terpinggir. Maklumlah deddi kan nak bertunang dgn makcik diva dobot tuh.

Murni Alfathunnisa said...

ala...kesian peah..what happen actually sampai deddi meminggirkan si peah sebegitu rupa..??saya pun sentap ni kak...why milo..?why..???

Iz said...

Akakk.. saya pun baru nak buat luahan perasaan pasal Hachiko vs Lilo & Ichii tu. Cerita kita lebih kurang sama. Huk huk.. saya faham perasaan Moli. Pasrahlah Moli, awak peluk mama awak je la.. Sian betul diorang kan kak? Krisis peralihan usia ke? Dari kitten ke adult? Saya sampai skrg tak paham kenapa Lilo & Ichii rajin aniaya Hachiko :(

.. said...

mengong aahhhh ... tak pepasal mengenang ayaq mata ikut cite telenovela part awal2 & ujung2 je ...

Aidah said...

Murni,
Milo tu kalau kita tanya dia, dia buat tak tahu je dik. Buat kering tekak je tanya dia. Memang akak tak sangka dari sayang jadi benci.

Aidah said...

Iz,
Tak sangka Milo boleh berubah. Akak kalau pergi supermarket ke tak berani tinggalkan Milo dalam bilik dgn Peah. Asingkan siap2. Peah dan Micki duduk dalam bilik. Milo duduk luar. Dia punya benci kat Peah iz, sampai dia tak nak lagi tido dalam bakul dia sebab ada bau Peah. Padahal sekali je Peah pernah tido kat situ. Dasyat kan. Ada juga akak cuba pujuk, bawak Peah dekat2 Milo sambil urut badan Milo bagi dia calm down. Kadang2 menjadi, dia jilat jugak Peah. Tapi dalam jilat2 tu last2 menggigit jugak. Seram akak. So sekarang ni kena pantaulah sikit. Tak boleh bagi Milo duduk dalam bilik dgn Peah unsupervised.

Aidah said...

Hidup akak dikelilingi oleh makhluk istimewa ni. Kadang2terhibur dan kadang2 sebak melihat telatah mereka.

Iz said...

Saya rasa memang kucing yg menganjak nak masuk adult ni ada bau-bauan yang tak sangat annoying kot? Ish kesiannya si peah tu. Sedih pulak saya dengar. Tapi oklah dia jilat, maybe bersihat sementara kot.. Yang Lilo Ichii vs Hachiko ni, memang tak boleh dekat langsung. Kalau Peah vs Milo ialah drama airmata sebab Peah mcm terpinggir, yang Lilo Ichii vs Hachiko ni macam drama Gerak Khas. Penuh dengan aksi kejar mengejar, tumbuk menumbuk. Tinggal takde aksi tembak menenmbak je kak. Yang diorang ni ganas pulak :(

Saleha said...

lahai kesiannya si pe'ah..
nanti tryla cium ketiak pe'ah, betulka bau bangla. kalau ya sah lah itu penyebabnya