Pages

Thursday 30 August 2012

Citer Raya 2012

 

 

Raya kita biasa2 je tahun ni. Yang penting alhamdulillah dapat tempuh puasa dgn tenang. Walaupun ada jugak gastrik melampau sampai terbaring je atas katil. Mohon Allah beri kesempatan untuk akak temui bulan bonus ni lagi. Amin.

Malam raya tu sunyi sangat rasanya. Mak akaklah  yang paling sedih terkenang anak2nya yang dah tiada. Berat betul perasaan mak yang menyempurnakan jenazah anak2 ni kan. Allah saja yang tahu bila anak2 yang disangka akan menguruskan mak tapi sampai masa mak pulak yang kena uruskan pemergian anak. Dah ketentuan Allah. Kesian mak.

 

122 

Pagi lepas solat sunat pergi sini dulu. Mulanya nak pergi masa hari akhir ramadhan tu tapi tak berkesempatan.

 

 

121 

Kubur arwah abang. Dia meninggal pada 23 syawal tahun 2008. Tak pernah sakit serius pun. Tiba2 je jatuh kat tempat keje masa tengah solat zuhur di hari raya kelima dan bawak hospital, rupa2nya ada brain aneurism. Kami masih terperanjat sebenarnya walaupun dah bertahun arwah pergi.

*Rupa2nya tak digalakkan tabur bunga atas kubur kan. Akak baru baca dalam ruangan tanya ustaz dalam sokkabar hari Ahad lepas. Tak pe. Lepas ni tak yah buat lagi. Tabur bunga atas katil je...eh tetiba. *

 

116 

Ni pulak kubur arwah abah. Abah meninggal masa hari raya haji, 10 Zulhijjah tahun 2006. Memang sedih sebab abah dah lama tak balik rumah masa tu. Ada peristiwa pahit berlaku dan ada orang yang tak mahu abah balik ke rumah kami walaupun beberapa kali dia mintak hantar balik. Kami tak tahu pun citer ni sebenarnya. Dah meninggal abah baru tahu dari orang lain. Ada satu tragedi pahit yang memisahkan kami.  Kami pun menyangka yang abah dah buang kami dan tak mahu balik lagi. Tak sangka rupa2nya di akhir hayatnya abah merindui kami dan tak pernah sesekali membenci.

Tapi kasih sayang Allah jua sangat hebat. Dapat jugak kami menjaganya di akhir umur iaitu sehari sebelum dia meninggal di hospital. Terkilan jugak akak bila tak dapat lebih lama menjaganya sebab arwah abah kalau masuk hospital mesti mintak akak jagakan dia. Walaupun akak tinggal di KL, dia tetap mintak akak berulang alik ke S'ban. Tambahan pulak dia dah hilang penglihatan, memang kena lebih sikit penjagaannya terutama persediaan nak solat. Senang sikit bila anak yang tolong amikkan wudhu', kan. Cuma di akhir kali dia dimasukkan ke hospital, rezeki kami menjaganya hanya beberapa jam sahaja. Tapi akak tetap bersyukur. Sempat jugak peluk cium dan mintak maaf dgn dia. Akak ingat lagi bila dia cakap, yang lepas tu janganlah sebut2 lagi. Biarlah. Dan akak pun berjanji, tak kira apa jadi sekalipun, akak  nak bawak dia balik rumah mak dan jaga dia lepas dia discharge. Rupa2nya akak tak berkesempatan.

Rasanya ini kali pertama akak citer panjang pasal arwah abah. Banyak kenangan pahit dihujung2 tu sebenarnya. Tapi tetap bersyukur bila kami bertemu juga akhirnya dan berpeluang mandikan abah buat kali terakhir.  Alhamdulillah.

 

487

476

Oleh kerana mood sendu je pagi raya pertama ni, gambar makanan tak sempat tangkap. Sebab ubat sedih ialah makanan. Laju je menyuap masuk mulut. Tetiba dah habis. Ok tipu. Takkan 4kg rendang daging dah habis.

 

086 

Akak sibuk sebenarnya masuk keje kat ofis baru ni. Punch in dari hari Jumaat sampai hari Khamis baru punch out. Tapi Alhamdulillah, tetamu datang, ada iklan jugaklah kat tengah2 tu. Bukanlah terus menerus macam tahun lepas sampai 10 biji kereta. Fitams akak.

Maka oleh itu, gambar raya ke, gambar makanan raya ke satu hapa pun tak amik. Hanya gambar tong gas dgn kuali besi mak yang cacat telinga ni je masuk frem. Itulah kan. Sapa suruh bolot semua jawatan. Dahlah manager restoran, tukang masak, tukang plan menu, fotograper pun nak kaut sekali. Gila kuasa betul akak tahun ni. Muahahaha.

 

216

Tapi kan gambar kucing mewah bulu ni ada. Sangat XXX gambarnya sebab nenen yang botak tu pun ter exposed sudah.

Ni akak nak citer sikit, sempena hari raya mak akak dah anugerahkan pingat kat Wahau. Sekarang ni orang kena panggil dia Tam Sri Wahau. Sebab anak2 dia tu lah. Sangat hot time raya ni. Semua orang nak pegang, amik gambar masuk fesbuk. Kemain eksen muka Wahau bila dapat gelaran Tam Sri. Sampai sepet mata sebab terlebih senyum.

 

374

Inilah gambar raya keluarga Tam Sri Wahau dgn anak2 yang poplar. Kalau manusia ni mesti siap kaler2 rambut buat gaya k-pop ke kan. Sakan kekdah raya Tam Sri tahun ni tau. Maklumlah ada anak retis k-pop.

Cam tu je lah citer raya akak. Ada sedih, kelat, manis, kelakar semua kasi taruk.  Macam rojak buah tuu. Hehehe. Akak pun ada citer tragedi minah rempit di hari raya tau. Nanti esok2 citer ya.

20 comments:

Tijah said...

salam.
selamat hari raya kak.
sey salu lalu pd tu.
umah akak kek toboh mano yo?

tunfatimah said...

as salams Aida....u touched my heart...rasa sayu baca entry awal u....i love ur writings......setiap kejadian tu tentu ada hikmahnya, kita yg masih ada kene amik kebaikan n jadikan pedoman utk hari2 yg akan datang...me too, klu ikutkan ms arwah abah nak p....i was having difficulties...so susah nak balik kg....mine is at Johor...tp Tuhan tu kaya, dia tak pergi selagi i tak sampai.....dia masuk hpistal early in the morning awal muharram...kul 2.55pm the same day he's gone.....i dptlah beberapa jam bersama dgn dia.....sbb tu bila baca je psl pemergian ni, mesti rasa sebak....i am the only child so bila sorang dah tak de, rasa mcm hilang separuh nyawa .....tak pe Aidah...they all sentiasa dekat dgn kita cuma jasadnya dh tak de.....AlFatihah

tunfatimah said...

btw....cantiknya Wahau tu...wpun dikerjakan dek si kenit tu....budak 2 ekor tu tembamnya, Ya Allah mmg nak picit2 rasa....u tak amik gambar family Milo ke??

Acik Erna said...

assalam aidah..memang bercampur perasaan tu aidah..acik pun ado yo..tapi bolom nak tulis laie..dah rasa bongkak dah..tapi tak sampai ati laie nak tulih kek blog acik ni..

Bonda Ryan said...

kesedihan tu kadang kala baik utk kita ingati kak.sebab kesedihan tuh lah yang buat kita sedar apa sahaja kesilapan yang pernah kita buat..buruk baik kelaku kit, semuanya lah.Al Fatihah buat abang ayah dan ibu saya yang tersayang...semoga roh mereka dcucuri rahmat dan berada di kalangan orang2 yang dkasihi..amin.

*pssssttt..atok milo bilo nak dapek pangkek?..lamo dah nunggu, ko nak kono jadi buapak dulu kot :P

Iz said...

comel gila gambar keluarga Tan Sri Wahau. Hehe. Molek pulak tu duduk berhimpit sekali. Kalau kucing saya suruh amik gambar keluarga, memang tak dapek la. Tambah pulak hachiko dengan Lilo & Ichii sekarang tak sebulu, memang langsung takde harapan nak bergambar sesama. Hahaha

Aidah said...

Tijah,
Alaikumsalam jah. Wiiihaiii..lamo akak tak donga kobar kau, jah. Sihat? Akak ni punyo ghumah kek Toluk Komang. Masuk simpang aghah nak ko PD Villa tu. Tapi ghumah akak bukanlah ghumah oghang kokayo tu. Ghumah kampung yo, atap merah sobolum sampai PD Villa.

LadyBird said...

smg kjedua2nye ditempatkan di kalangan org2 terpuji.. ameennn..

Aidah said...

tun fatimah,
Betul tun. Bila kenang arwah abah mesti rasa sebak teramat and i wish things would be different terutamanya during his last years. Tapi apa yang tertulis tak dapat kita sangkal lagi. Cuma sekarang ni i selalu berdoa Allah dorong kami memilih jalan terbaik setiap kali membuat apa2 keputusan. Supaya sejarah buruk tak berulang lagi. Tun, thank you for your kind words. Kita tak pernah jumpa but you always understood me well.
Family Latuk Milo tak dapeklah tun. Sebab Tengku Puteri Peah bertapa tak sudah sampai malam akhir di kampung. Hahaha.

Aidah said...

Achik,
Achik, bongkak tu kongkadang kono lopeh gak koluar. Se ni dah lamo pondam sondighi. Tak ponah cito. Ni lah baghu potamo kali cito lam blog. Buek iktibar haghap2 eh.

Aidah said...

Bonda Ryan,
Tak dapat tidak, akak mesti rasa sedih menjelang raya. Rindu nak tengok muka2 yang biasa ada di rumah mak pada malam raya tu kan. Tapi apa nak buat. Dah tertulis begitu. AlFatihah pada yang telah pergi. Semoga mereka tenang dan bahagia di taman syurga.

Aidah said...

Iz,
Susah nak dapat gambar tu dik. Fotograper pun dah naik hangin menyuruh budak k-pop tu duduk diam. Yang Uteh tu tak habis2 mencari nenen bapaknya. Yang si Tomey tu pulak macam sibuk sangat, kalah YB masa pilihanraya. Tan sri tu biasalah terlentang je. Tapi kalau lebih2 kita adjust, mau jugak ngap tangan kita. Itu semua citer behind the scene, dik. Hihihi.

Aidah said...

Ladybird,
Ameen. Terimakasih atas doa, dik.

Dils said...

Deddi milo dan 2 tuan puteri memencil diri di hari raya?

sayu jugak baca entri ini. Kami family dah biasa raya just mak sbb arwah ayah meninggal masa kecik je. Tapi tahun demi tahun rase makin sunyi, arwah atuk n nenek pergi. Then sesorang adik beradik kawin so sellalu tak cukup korum, tapi actually bertambah ahlibaru gak.

Tak orang kita tambah anak bulu.

Murni Alfathunnisa said...

sayu baca entri kak aidah hari ni...ajal maut di tangan tuhan. Al-fatihah buat yang telah pergi.

dalam sedih syahdu sempat lagi noo..dah selit lawak..haih la kakakku...tak pernah boring mai lepak sini...hehe.

gebus2 belaka wahau & the geng..! takpa la kak..yang mana sempat snap je la...kita yang multi-tasking ni memang gitu...tak sempat nak cover-up semua...hehehe

Aidah said...

Dils,
Semua orang ada citer tersendiri kan. Akak setujulah dik bab tambah anak bulus tu. Tapi kuota akak dah cukup. Husband dok jeling je bila akak lebih2 manjakan kucing yang akak jumpa kat jalan. Takuit. Hihihi.

Aidah said...

Murni,
Tiap tahun akak tak dapat snap gambar makanan, dik. Tak sempat pun. Tapi bila tiba geng bulus tu beratus keping pulak gambar. Hehehe. Itu mak akak yang suruh tangkap. Akak menurut perintah ja.

fird@Station said...

balik dari beraya di shah alam, terus check blog akak...hihi. seronok baca stail akak menulis walaupun entry kali ni ada pilu sikit awalnya tapi akhirnya tetap fun tengok wahau err... tam sri wahau :D

Nini D.. said...

Giler best ohsem bangat citer raya akak.semua rasa ada.tambah pulak nini selesema.kemain sedapp background music menarik hinguss.hahaha
Wah....wahau dah naik pangkat yek? Berkat anak2 berjaya fofular...kihkihkih
Nanti kak ye..bg nini 3-4 hari utk recover mood ghajin nih.nanti nini tulis entry buat pengubat rindu akak ye.
Kot kalo user name kangkeluar nama tuan doktor,ampunkan le yer..tak reti nak tukar setting menatang alah ni.mencik!!

Dinas Aldi said...

Aisehmen, tak digalakkan tabur bunga atas kubur eh? Saya takla jadikan kebiasaan tapi pernah jugakla saya tabur bunga atas kubur arwah bapak saya. Okeh lepas ni saya takkan buat lagi dahlah. Terima kasih kak Aidah :)