Pages

Monday 15 July 2013

Unsangkerable

 

 

Assalamualaikum. Hari ni dah masuk hari ke 6 kita puasa kan. Alhamdulillah. Kekdah puasa dan sahur akak macam biasa meriah tak hengat dgn marathon kucings. Penat marathon dia pakat2 tunggu depan akak mintak upah ayam goreng.

Semalam baru pertama kali akak berbuka dgn juadah bazar ramadhan. Sedih. Makanan tak menepati piawaian pulak kali ni. Agar2nya siap pecah santan kat kepala dia tu. Tawar tu bolehlah di maafkan sebab faham kan......puasa. Tapi bab santan yang berselerak tu tak faham sikit. Sampai tak de kepala agar2 tu. Dah bersepah2 santan semua.

Jadi hari ni masak semula. Dulu2 akak tak reti betul masak time puasa ni. Bab merasa tu lemah sikit. Mak akak cukup expert rasa hujung2 lidah ni. Akak. Kemain lama kemam makanan dalam mulut baru dapat rasa. Hahaha. Silap2 terbatal puasa. Tapi hari tu akak tengok tanyalah ustaz, dia kata tak batal puasa kalau kita merasa makanan. Niat pun untuk merasa supaya makanan tu nanti tak rosak dan akhirnya terbuang saja kan.

Tapi tu lah kan. Tahun ni tiap hari akak masak. Bukan saja masak untuk diri sendiri. Akak meniaga uolls. Ha ah. UNSANGKERABLE!!! Daripada tak reti masak bolehlah pulak berjual bagai.

 

001

Troli carik makan. Tiap petang Farah dan Arif tolak troli ni from door to door kat rumah merpati ni. Pelanggan akak kebanyakan foreigners. Mat2 Arab ni lah. Siap ada sorang tu pajak nak 10 kuih ni tiap petang. Ada pulak satu rumah tu paling sikit dia order 30 dan paling banyak hari tu 60 keping. Okeylah kan. Alhamdulillah. Eh nak bagi tahu jugak. Tomok pun beli jugak popia ni. Hahaha.

 

 

007

Akak letak ayam sekeping2 dalam tu dgn kentang lepas tu celery. Akak tak reti nak buat fancy2 ni. Tu je lah yang akak pandai. Popia pulak akak letak carrot dengan ayam kisar. Ada sekali tu si Arab ni suruh akak letak cheese. Ha??? Tak pernah pulak akak tengok orang letak cheese dalam popia. Lalu akak pun dgn terus terang beritahu, "This popia malaysian recipe....no cheese." Susah nak communicate dgn diorang ni sebenarnya. English broken2 jugak. Kadang2 dkt 5 minit cakap baru faham. Saba je lah.

 

 

117

Kitteh peneman setia akak. Siap nangis lagi...........sedih kot. " Sian tuan aku ni, jual kuih nak tanggung makanan aku tiap bulan".  Hahaha. Tak de maknaya pun adouiiyai yer pun.

 

 

 

134

Mata dia pedih sebab akak tengah mengupas bawang masa tu. Rumah akak ni kan kecik je. Sampai sebuah rumah dapat aroma bawang. Kahkahkah.

 

 

115

Sampai dah tak mampu nak bukak mata lagi. So tragis ini budak.

 

 

131

Girlpren dia si Miki ni pun sama. Terbaring je. Yang akak pelik kucing bulu putih je yang terkelip2 pedih mata ni. Yang lain selamba je akak tengok. Kesian Kitteh dengan Miki. Hahaha.

Nak buat camana kan dah mak mu ini berniaga sekarang. Lenkali sarung spek hitam.

Tu jelah citer akak hari ni. Masa adalah sangat limited sekarang. Nak bw pun tak sempat. Tapi korang semua masih tatap dihati. Rindu sebenarnya nak jengok blog yang akak selalu pergi tapi tu lah kan. Tak sempat. Doakan jualan akak terus laris dan akak sihat ya. Kesihatan akak ni on off jugak sebenarnya. Kadang2 okey. Tapi setakat ni masih boleh lagi ke dapur. Alhamdulillah. Mintak2 sampai bila2 akak terus sihat. Dan semoga semua yang selalu jadi pembaca setia blog akak ni juga terus dirahmati Allah dgn kesihatan dan rezeki yang berganda. Amin.

 

Sampai jumpa lagi. Kasih sayang dari akak.

22 comments:

Acik Erna said...

Alhamdulillah..yang ponting aidah sehat

zard said...

arghhhh... kuih peberet kami di rumah.. Aidah kenapa lah kita tak berjiran, if not tak ler pening cari popiah havens ni.. tahun ni tah kenapa semua kuih muih or makanan i beli dari PARAM sangkak sesangkak sangkak nya.. sedih tau..moga you selalu murah rezeki Aidah, in sha Allah..aaminn.. thumbs up!

Irfa said...

hai kak ;)
rindu la nak baca celoteh akak dan anak2 berbulu tu.

oh sempat berniaga lagi,takpe..buat je.mana tahu lepas ni buleh niaga frozen..hehe

kalau dekat nak jugak order 10ketul sepetang

kasihibu said...

tahniah akak gigih!!!!

zard said...

eh lupa plak.. Kitteh, jangan nangis..meh la Na lap airmata itu.. hehe.. sian dia.. pedih mata ya.. sehati sejiwa plak dgn bffnya Miki.. mmg serasi bersama bergabung meletop!!

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah, rezeki di bulan yg mulia ni. Yg penting kita berusaha & rezekinya halal. Huihh ada yg siap mintak boh cheese dalam popia? Suruh dia beli cheese & boh sendiri la dalam tu, haghu sungguh.

Awat yg bulu2 putih saja dok pedih mata tu eh?

Nini D.. said...

InsyaAllah kak..kita sama2 doakan..
nini tak dapek nk meniaga popia horlicks taun ni..cuma mampu jadi agen dropship baju muslimah aje akak..susah bekerja kalo ada anak kecik ni.maka,..jadi agen ni aje yg mampu :)

Nota Cikgu Anum said...

eh sama dgn Ecah ank sy. aritu sy siang bawang terkebil2 mata. hihihi baru ku tahu. ingatkn kucen x pedih mate

.: yUhAiSya :. said...

gambar miki last tu... geram3!
*tgn duk belai skrin...uhuk*

Aidah said...

Acik Erna,
Alhamdulillah acik. Setakat ni sihat.....boleh laiie ko dapur.

Aidah said...

Zard,
Na, U selalu jadi cheerleader I lah. Thank you my friend. Really appreciate it.

Aidah said...

Irfa,
Anak2 bulus ni makin makmur, Irfa. Badan tengah nak naik. Makan kusssemangat. Hehe.

Aidah said...

kasihibu,
Terimakasih. Kecil-kecilan je dik. Belum larat buat besar2. Mungkin satu hari nanti insyaAllah.

Aidah said...

zard,
Kesian Kitteh ngan Miki, Na. Tak tahu pulak dia boleh pedih mata. Terkelip2 je. Ingatkan apesal. Rupa2nya tak tahan bawang. Hahaha.

Aidah said...

Dinas,
Demi anak2, dik. Akak ni nak cari keje, macam dah tua pulak. Sape nak employ kan. Ini je lah yang akak mampu buat. Alhamdulillah ada jugak rezeki kan.
Ha ah, Akak pun rasa nak suruh je dia beli cheese dan letak sendiri. Hahaha.
Akak saspek kucing bulu putih ni macam albino agaknya. Mata sensitip sikit.

Aidah said...

Nini,
Tak pe dik. Kita buat je semampu kita. Allah Maha Pemurah. Kalau dah rezeki kita tu kan, ada je caranya, insyaAllah. Akak percaya rezeki Nini akan bertambah bila anak pun bertambah.

Aidah said...

Cikgu Anum,
Kan. I pun tak tahu jugak cikgu. Tetiba tengok dia terkelip2. Bila dah meleleh airmata.....memang kompomlah tak tahan bawang. Haha.

Aidah said...

Yuhaisya,
Miki ni memang comel walaupun anak pungut dari pasar je dik. Pastu pandai. Akak tepuk2 katil....dia terus naik atas katil baring sebelah akak. Manja.

Dils said...

Alhamdulillah. Rezeki. Rajin anak2 akak tolong akak jual jugak.

Kalau saya pon suke letak cheese. Cam sedap je.. sebab penah makan samosa arab yang memang ade cheese. Cuba akak try buat 5 keping ke untuk rase sendiri. Tapi kalau dah cheese rege pon kena naik la kan. Haha.

Bonda Ryan said...

Alhamdulillah, ada sumber punca rezeki ramadhan nih. saya ni kak, dari awal tahun azam nak niaga bulan pose..tapi dah seminggu pose masih pk nak jual apa..wakaka!!. punyalah tak bisnes minded. sian kitteh, nnt akk bg lah upah rantai ghayo yo..ado loceng tigo uleh. :)

Aidah said...

Dils,
Teringin jugak akak nak cuba letak cheese tapi takut tak rangup pulak nanti. Esok akak cuba buat. Dik, sori akak tak dapat letak komen kat your blog. Jarang pakai tablet bila nak bw sekarang ni. Rindu pulak kat budak tecik tu.

Aidah said...

Bonda Ryan,
Akak ni kan, memula tu berensot2 gak. Kejap nak meniaga kejap rasa macam tak larat. Totibo hari koduo tu toghuih on yo. Alhamdulillah. Dapat gak lah sikit.