Pages

Tuesday, 7 February 2012

Thank you, Deddi.

 

 

Akak teringat masa mula2 kutip Moli yang dibuang orang. Takut je. Menggigil sepanjang masa. Kesejukan dan kelaparan dah beberapa hari. Kecik sangat dia masa tu. Gigi pun belum boleh kunyah makanan keras.

 

056

Masa mula2 nak amik gambar dia, macam ni lah rupenye. Takut je tengok lens camera tu, apalagi kalau nampak flash. Kadang2 bila dia nampak lens tu bergerak2, dia nak tangkap pulak. Hidung pulak sebelah hitam. Akak teringat mak akak cakap, ramai orang tak suka kucing berhidung hitam sebab kucing macam ni jahat sikit. Dan ada orang cakap macam bad luck. Tapi akak memang tak percaya semua tu. Dia kan makhluk Allah. Dan Allah yang tentukan rupa dia dan warna hidung dia kan. Takkan kita nak salahkan Allah pulak bagi hidung dia warna hitam kan. Akak tengok Moli ni okey je, tak jahat pun. Yang penting, dari kecik dia pandai membuang di tandas dia sendiri. Ada sekali je terlepas atas katil.

 

 

281

Tapi ada satu isu dia yang sangat kelakar akak rasa. Macam tamak haloba pulak sikit. Bila dapat mainan baru, terus nak bawak lari, sorok. Dulu tak jauh dibawaknya, sekarang ni terus masuk bawah katil. Kat bawah katil akak ni ada macam2 mainan yang dibawaknya.

 

308

Kalau bagi makan, lagi kesian. Sambil makan tu bersungut je . Konon tak bagi kucing lain makan. Tapi kat rumah akak ni ada si boroi je kan. 

 

221

Si Boroi ni pun tak kesah sangat sebab dia sentiasa cukup makan gamaknya. Tak pe lah, nak, makanlah sampai kenyang, kata Milo. Hihihi. Cukup beralah si Milo ni tau. Tak sangka akak. Padahal dah lebih kurang 7 tahun dia sekor je duduk rumah ni. Tak pernah pun kongsi makanan atau mainan dgn kucing lain.

 

024

Milo pun sangat sayang dengan Moli ni walaupun tak ada pertalian apa2 pun. Sekarang ni Moli pun tak de lah tamak haloba sangat tentang makanan semua. Tapi apa2 mainan, dia tetap bawak lari sorok bawah katil.

Milo, masih tetap beralah. Thank you, Deddi.....for being an understanding cat, and a wiser one too.

Friday, 3 February 2012

Berhati-hatilah

 

 

Weekend ni cuti panjang lagi kan. Mesti ada yang plan nak pergi bercuti lagi kan. Kalau pergi PD tu bolehlah roger2 akak ya. Boleh akak belanja makan ke.

Sebut pasal makan ni, kalau sape yang pernah sampai Teluk Kemang, mesti perasan ada satu kedai cina tapi dia tulis muslim seafood. Terlebih dulu, nak mintak maaf pada yang dah pernah makan di situ. Halal atau tidak restoran tu sangat diragui sebab ownernya bukan islam. Dan tukang masaknya pun bukan islam. Akak pernah tanya kenapa dia tak nak mohon sijil halal. Dia cakap kebanyakan customernya tourist dan ada yang minum beer. Kalau ada beer, Jakim tak mahu bagi halal, katanya.  Dan owner tu hanya letak a few perhiasan ayat kaligrafi di kedainya. Tak tahulah apa tujuannya kan. Sebab kalau akak mintak dia baca ayat tu, kompom dia tak tahu baca. 

Selalunya bila akak balik PD, memang ramai akak tengok orang melayu makan di situ. Nak buat announcement kat situ, kang tak pasal2 akak masuk lokap pulak. Tapi memang betul, orang PD memang takkan makan kat situ sebab kami tahu sangat diragui kehalalannya. Jadi mostly tourist yang tak tahu.

Lagi satu, pasal homestay yang ala-ala ni. Berhati2 kalau nak tinggal di situ terutama kalau ownernya tak strict pasal penyewa dan apa yang nak dimasak oleh penyewa. Sebab kat area rumah mak akak ni, ada satu homestay tu memang saban minggu penuh. Tapi akak selalu nampak semua kaum tinggal di situ, siap guna bbq yang disediakan. Masak apa tu tak tahulah. Tapi carefullah ya. Sebab mana tahu masak oink2 ke. Mana kita tahu kan. Kalau botol2 beer tu memang melambak lah. Kadang2 akak tengok keluarga melayu tinggal situ. Mungkin nak attend kenduri kahwin ke kan. Kesian sangat sebab nampak ada orang tua2 lagi. Jadiknya akak nak pesan, berhati2 lah.

Mintak maaf pada yang rasa n3 ni macam bagus pulak. Tujuan akak ikhlas untuk bagi semua saudara sesama islam yang baca ni tahu pasal perkara2 yang kadang2 kita terlepas pandang dan tak perasan. Tak ada niat di hati nak singgung perasaan sesiapa.  Cuma rasa bertanggungjawab nak beritahu pada sesama saudara. Maaf sekali lagi.

 

017

030

Oleh kerana n3 ni berat sangat, akak kasik penutup gambar munge, buleh? Bukan apa, gambar ni dah lama bertapuk, sayang pulak. Pokok ros tu dah habis pun riwayatnya dan munge kat atas tu akak snap kat lobby hotel je. Tapi bunga hidup tau. Sebab akak siap potong sikit kelopak tu dgn jari, nak tahu plastik ke bunga segar. Hehehe.

Bibik oh bibik, di manakah gerangan.

 

 

Dah dekat 6 bulan rumah mak akak tak berbibik. Susahnyaaa nak dapat bibik. Siap kena tipu dan kena bawak lari duit lagi. Dah report polis pun, agen tu masih liat nak bayar lagi RM2500. Sekarang dah tukar agen lain, tapi agen ni pun susah nak cakap jujur ke tak. Padahal dah lama kenal. Sampai 4, 5 kali bagi alasan yang tak munasabah. Lepas tu nak bagi kitorang bibik yang reject dan yang dah direcycle tah berapa kali. Lepas tu dah dekat 3 minggu dah sampai sini. Kalau kitorang ambik, maka tinggal seminggu saja lagi nak kena ambikkan permit pulak. Padahal tak tahulah kerja dia ok ke tak. Maklumlah dah reject dek orang lain kan.  Haiiiihh....susahnya nak dapat agen yang ikhlas, jujur ni.

Akak bukannya tak pernah offer mak tinggal sama2 ngan akak tapi dia tak nak. Dia nak duduk rumah sendiri jugak terutama bila kaki dah tak berapa kuat dan badan pun dah selalu tak sihat. Puan Alang pulak kerja dari pukul 9 pagi sampai 9.30 malam. Masa break lunch tu lah dia masak dan angkat kain semua. Mak akak ni pulak mesti nak tolong jugak walaupun ditegah. Terbongkok2 dia mandikan cuculah, angkat kain lah, menyapu lah. Pakai tongkat pulak tu. Siap menggigil2 lagi kaki dan tangan dia buat semua kerja tu.  Bila malam2 dia tak boleh tidur sebab sakit2.  Risaunya akak. 

Hari tu beli ikan2 kat Pengkalan Balak tu kan. Haaa, masa beli tak hengat. Bila balik rumah, siaplah senseng lengan baju, nak cuci ikan semua tu.

090 

094

Ini baru setengah je. Yang gambar atas tu ialah ikan jenak dan ikan bawal mas. Ikan bawal mas tu akak beli 3 ekor. Sedap tau dari bawal biasa. Harganya RM24 sekilo dan sekor tu tak sampai sekilo biasanya.  Gambar bawah ni pulak ikan mayong. Ikan ni isinya memang lumayanlah dan murah sikit dari ikan lain.

 

104

Nak sampai ke stage ni, menanges lah jugak sebab lebih  sejam duduk kat singki tu membersihkan segala2nya.

 

096

Termasuklah sotong gedabak ni. Siap jumpa anak ikan lagi dalam perut dia tu. Ada satu masa tu, kat PD ni ada kejadian bot org Indon karam. Ada jugak yang maut. Masa tu tak siapa berani makan sotong sebab ada yang terjumpa jari orang dalam perut sotong tu. Ngeri kan.

Sebenarnya akak ni bukan selalu membeli sebanyak ni.  Mana larat kudrat dan poket nak menanggung. InsyaAllah cukup untuk sebulan kot.

 

105

Ikan mayong tu akak masak gulai tempoyak cili api. Sotong besar tu goreng tepung dan sebab laris sangat tak sempat amik gambar. Hahaha.

 

108

Ikan tenggiri pulak panggang dalam aluminium foil ni tapi bila dah curah air asam, jadi macam stim pulak. Sekali sekala makan besar macam ni sebab nak layan selera mak. Bukan senang dia nak berselera makan.

Weekend ni akak akan balik kampung lagi, jengok mak. Kalau lebih 2 minggu tak balik, dia akan muram dan sedih sebab rindu pada akak. Dan bila weekend tu lah akak cuba tolong Puan Alang buat apa yang patut sebab kami ni tinggal dua beradik saja. Kalau tak kami berdua, sape lagi yang mak nak harapkan.

Jadiknya, weekend ni akak akan senyap sunyi je lah kot sebab line wifi lembap selembap2nya kat kampung. Jumpa lagi lepas cuti panjang ni dan selamat menyambut maulidur rasul ya.

Thursday, 2 February 2012

Kasih sayang kucing.

 

 

Akak baru je tengok MHI pasal kucing2 gelandangan ni. Respek betul kat adik tu yang bela kucing jalanan sampai 21 ekor tu. Adibah Noor pun sama. Dahlah suara sedap, hati pun baik jugak. Susah nak cari orang cam tu. Bukan senang nak bela 23 ekor kucing. Dahlah sibuk nyanyi semua kan. Semoga mereka yang bermurah hati mengutip kucing jalanan ni dan bela,  dimurahkan rezeki oleh Allah, hendaknya.

Akak ni kalau tak de Jabatan Kawalan, memang penuh balkoni rumah tu dek kucing. Akak kalau gi mana2 nampak kucing melarat, sakit, kurus kering mesti nak amik bawak balik rumah bagi makan. Kasi gemuk macam Milo. Tapi Ketua Jabatan Kawalan tu srict habis. Tak jalan rasuah akak, kelip2 mata kat dia. No tetap no. Masa bawak Moli dulu pun lamaaa dia sejuk dingin beku ngan akak tau. Dengan Moli memang avoid eye contact betullah.  Tapi si Moli ni tak reti bahasa. Suka sangat pegi main2 kat kaki ketua jabatan tu. Konon macam nak amik hati tapi tak kena gayalah pulak.

Tapi betul kata orang, kalau kita murah hati bagi kucing terbiar tu makan atau bela sekali pun, insyaAllah rezeki kita murah. Lepas sebulan amik Moli, En.AHBY dapat keje. Setelah 3 tahun bersara, dia bekerja semula. Syukur Alhamdulillah sebab akak pun risau jugak. Maklumlah duduk kat KL ni semua mahal. Anak2 pun masih sekolah lagi. Dulu akak ada menjual kuih kat Cafe bawah tu. Kadang2 akak hantar donut dan samosa. Lepas tu tak berapa sihat, akak stop. Sekarang ni dah tukar owner lain dan akak pun tak bertanya lagi boleh tak hantar kuih, sebab badan masih belum sihat sepenuhnya. Akak berdoa sentiasa agar suami sihat dan kontraknya disambung oleh majikan setiap 6 bulan.

 

163

Banyak hikmahnya bela Moli ni. Si Boroi ni dah lama tak goyang2 buntut mengendap macam ni. Sejak akhir2 ni cergas dia bergurau dgn Moli. Lari sana sini. Tapi bergegar jugak katil akak kalau dia berkejar2an melompat bagai tu. Maklumlah macam karung beras 7 kilo kan.

 

047

Dan bila dia dapat tangkap Moli, siaplah segala keganasan 18SG semua keluar. Menjerit2lah Moli ni.

 

042

Bila dia himpit, memang boleh sesak nafas si Moli ni. Kahkahkah.

 

010

Bila dah tak tahan, pandai pulak dia lari menyorok.  

 

 

009

Debab ni pulak sambung ganas dia dengan mainan bulu-buluan tu atas sejadah akak. Dulu susah nak nampak Milo macam ni tau. Syukurlah kami dibuka hati nak kutip Moli yang dibuang orang ni.

Kucing2 ni pandai balas kasih sayang kita tau. Milo ni bila akak bangun tengah malam, buang air, dia akan bangun jugak dan tunggu sampai akak keluar dari bilik air. Bila akak tidur semula, barulah dia naik tidur sebelah akak. Kadang2 kalau lepas subuh akak baring je, dia mesti datang mengiau dan jilat2 tangan dan muka akak. Sebab dia tahu akak kurang sihat. Akak jarang baring lepas solat subuh. Selalunya akak terus bangun dan buat keje. Kalau akak nampak lemah je, dia dah faham dan akan duduk di katil temankan akak. Akak rasa nak hantar dia kursus belajar massage ni lah. Boleh gak tolong urut badan akak yang sakit2 ni. Daripada duduk tercongok tepi katil tu kan. Hahaha. Melampau taw.

Lagi satu, kalau akak terlepas azan subuh, dia akan kejutkan akak. Pandai pulak mengiau perlahan dan jilat tangan akak. Masa bulan puasa dulu macam tu jugak. Pandai kejut sahur. Tapi jaranglah sebab akak buat alarm semua kan. Melainkan terlupa ke, maka Milo ada utk kejutkan. Hehehe.  Macamanalah tak sayang kan. Akak rasa bertuah sangat dapat bela kucing2 yang akak kutip dari orang yang tak nak ni. Syukur Alhamdulillah.

Wednesday, 1 February 2012

Selamat Hari Wilayah

 

 

Di rumah ni yang sambut Hari Wilayah dengan begitu bermakna ialah 2 orang je iaitu EN. AHBY sebab dia cuti dan anak akak, Farah sebab dia anak wilayah KL.  Sebenarnya kedua2 anak akak lahir di hospital yang berhampiran iaitu lebih kurang 10 km apart tapi terletak di negeri berlainan. Farah dilahirkan di Hospital Tawakal, KL dan Arif lahir di Ampang Puteri, Selangor. Sorang anak WP Kuala Lumpur, sorang anak Selangor.

Daaaan oleh kerana suami akak cuti jadi dialah yang mengambil alih tugas akak kesana-sini meredah jam. Maka yang meraikan hari wilayah hari ini dengan sangat bermakna sebenarnya ialah AHKAK jugakk. Muahahaha.

 

005

Yang ini tak dapek nak nolong doh. Haghi2 cuti, haghi2 tobantier yo!

(translation: I cannot help this one, mah. Everyday want to holiday and lie down only loh! Then he goes makan2 until boroi all over. Haiyoh. So difficult, you see.) *mesin translator akak over pulak berleter hari ni. Padahal dia cuti lagi lama, kan.*

 

 

Selamat bersantai pada yang bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Tuesday, 31 January 2012

Shopping ikan di luar negeri.

 

 

Cuti CNY yang panjang dulu, akak dah citer betapa jem jalan kat PD kan. Nak pergi pasar pun susah sebab nak keluar simpang pun dekat setengah jam, kereta berderet panjang. Harus ada pulak yang kena gout nanti sebab asik masak sambal sardin, gulai sardin, kurma sardin, sup sardin dan segala masakan berteraskan sardin.

 

068

Yang paling selamat time jem ni ialah pergi ke arah Melaka. Dari Teluk Kemang akak pergi ke Pasir Panjang dan kemudian ke Tanjung Agas dan masuk ke sempadan Melaka. Memang luar negeri sangat kaaan.

 

 

082

Bila dah lepas jambatan Sungai Linggi ni maka masuklah kita ke negeri Melaka.

 

 

083

085

Sungai Linggi ni sungai terbesar di NS kalau tak silap. Ada udang galah dan ada jugak buaya. Ada sekali tu akak lalu atas jambatan ni, cantik je seekor buaya tembaga tengah menganga kat tebing sungai tu. Ramai jugak kaki pancing memancing di sini. Selalu jugak diorang dapat ikan besar2. Tapi biasanya ikan senanginlah. Siakap pun ada jugak. Mak akak kata ikan kat kuala sungai ni lebih sedap sebab pertembungan air tawar dan air masin kan. Abang ipar akak suka memancing kat sini. Kami kat rumah nganga mulut je macam buaya tembaga tu. Hehehe.

 

 

053

Dari Teluk Kemang ke Pengkalan Balak ni lebih kurang 45 minitlah. Jalan adalah agak lengang sebab ikut jalan kampung. Yang pasti pemandangan adalah sangat cantik dan mendamaikan.

 

 

081

079

Rumah kampung ala Melaka banyak kat sini. Akak memang suka tengok sebab cat warna warni terutama kat tangga tu. Lagi satu, rumah Melaka mesti ada anjung tempat lepak2 tu. Rashid Sibir suka buat shooting kat sini untuk drama2 dia .  Belakang rumah yang laman besar ni ialah pantai. Best kan duduk kampung macam ni.

 

 

067

Kat Pengkalan Balak ni banyak chalet. Kebanyakannya tepi pantai. Bukak pintu je boleh berendam dalam laut. Tapi pantainya tak landailah. Baru jalan sepuluh langkah, air dah sampai dada. Bahaya lah untuk orang yang tak reti mengapungkan diri macam akak ni. Rupa je macam pelampung, tapi masuk dalam air kompom tenggelam.  Biasanya kaki pancing suka tinggal sini sebab sepanjang pantai ni akak tengok ramai betul orang memancing. Punpun pun banyak jual kat tepi jalan. (ayat yang boleh buat org kompius. Bukan pun pun pun , bunyi hon ya. Hahaha) Punpun adalah bermaksud umpan ya.

 

 

065

Kat tebing2 batu tu memang ramai orang memancing. Dan sekarang ni akak tengok makin banyak tebing batu ni mengunjur ke tengah laut tu dibina. Mungkin utk kaki pancing kot.

 

 

054

Tujuan asal ialah nak pergi pasar ni beli ikan segar. Pasar ni, peniaganya semua orang perempuan macam Pasar Siti Khadijah kat KB tu. Diorang ni sangat ramah.

 

P1231255

P1231256

Ikan yang ada kat sini sangat segar. Akak bersihkan ikan tu bila balik rumah dan tangan akak tak bau hanyir pun. Sebaliknya bau air laut tau. Kebanyakan yang meniaga ni ialah isteri nelayan2 tu atau adik beradik perempuan dia. Kat sinilah akak selalu jumpa makanan laut yang pelik2 tapi sedap sangat macam kepah besar tu. Bukan oyster tapi tah apa ke namanya, akak dah lupa. Sangat heaven rasanya. Tapi harga ikannya adalah sedikit mahal dari pasar di PD. Ikan jenak lebih RM35 sekilo. Kalau kat pasar akak rasa dalam RM27 je sekilo. Tapi sangat manislah rasanya ikan2 yang dibeli kat sini.  

 

P1231257

Kat belakang tu adalah laut ya. Bot2 nelayan memang kebanyakannya di park kat belakang tu je. Senang nak angkut hasil tangkapan kan. Tak sedar membeli, dekat RM300 habis kat sini. Tapi itu kira belanja pasar akak untuk dua tiga minggu lah kan. Ketam pun akak beli jugak tapi ketam tempatan yang ditangkap kat tepi laut di belakang tu. Kecik2 je tapi sedap, manis je isinya.

 

 

055

Sebelum balik, singgah makan nasi lemak dan roti canai di pekan Pengkalan Balak ni. Kedai makannya kecik je tapi betul2 tepi laut siap meja pun letak kat pasir pantai tu. Maaflah gambar tak de sebab sibuk makan. Simple je makanannya tapi sedap terutama roti canai sebab makcik Melayu yang buat instead of mamak. Kadang2 muak jugak makan roti canai mamak ni kan.

 

059

Ini adalah pemandangan dari meja makan kat tepi pantai tu. Best kan. Tak sedar dah habis roti canai 2 keping. Muehehe.  

Dah kenyang, akak bergerak balik sebab nak basuh ikan yang dibeli tadi. Huhuhu. Tak de bibik, terpaksalah buat sendiri. Walau macamana pun kelasss akak kan, pergi luar negeri untuk ke pasar. Next weekend rasanya nak pegi obersi lagilah. Boleh? Huahuahua.

Monday, 30 January 2012

Biaseeee dia tu!

 

 

Assalamualaikum,

 

Selamat bertugas ya, pada mereka yang cuti panjang sempena CNY dan selamat bersekolah semula untuk sekolah yang amat pemurah bab cuti ni. Termasuklah anak akak yang baru mula sekolah hari ni. Tapi hari ni nak pergi sekolah matanya merah pulak sikit. Bila ditanya kenapa, dia cakap dia risau sebab namanya ditulis dalam buku kawalan kelas sebab lupa nak bawak buku log satu hari tu. Dengan pen merah pulak tu. Cikgu cakap nanti masa assembly, kena panggil nama mereka yang ditulis dalam buku tu dan kalau pen merah, kena rotanlah pulak. Tu lah yang buat dia risau sangat nak ke sekolah hari ni.

Alahaii...kesian pulak akak tengok dia stress. Masa zaman akak sekolah dulu, tak pernah akak nampak kawan2 yang dirotan. Kena panggil atas pentas pun jarang2. Kalau kena panggil pun,kesalahan yang besar macam duduk dorm masa broad daylight dan ponteng, ponteng prep, merokok, mencuri. Lepas tu ada lah first warning, second warning bagai. Jadi sempatlah nak insaf dan bertaubat kan.

Sekolah sekarang strict betul, ya. Akak tak tahulah sekolah lain tapi sekolah anak akak ni memang strict sangat. Kalau sampai lewat ke sekolah pun, macam kalau lebih 7.25am tu akan di panggil jugak atas pentas. Cikgu pun bagi tahu dia tak mahu terima alasan bas lambat ke rosak ke apa. Pandai2 lah sound ngan driver tu. Dan akak pun dah pesan dgn driver van anak akak supaya cuba sedaya upaya tak lambat.

Bukannya apa, kedua2 anak akak ni memang kecut perut betul kalau kena denda di sekolah.  Trauma sampai berpeluh2 sakit perut setiap kali nak ke sekolah. Puaslah akak membekalkan selawat dan doa hari ni untuk dia agar cikgu lembut hati dan maafkan dia. Maklumlah tingkatan 1 kan. Perlukan masa sikit nak sesuaikan diri dengan rutin sekolah menengah pulak kan. Tapi anak akak ni memang pelupa. Mungkin ini jadi pengajaran padanya untuk tak lupa lagi.

Kat rumah ni pun akak pening kepala jugak ngan budak sekolah dua ekor ni. Satu pelajar tua yang sepatutnya dah pencen tapi taaaaak pencen2 lagi. Dan satu lagi yang baru 5 bulan sekolah, lepas tu, apa pelajar tua ni buat dia ikuuuuut je. Macam idola lah pulak. Walaupun.

 

002

Dicakar2nya beg akak sampai melambak jatuh kebawah. Beg akak tu pun dah terburai2 benangnya akibat selalu dicakar Milo. Lepas tu sibuk2 macam dia boleh angkat dan susun balik. Saja nak ajar anak buat jahat jugak. Tapi Milo ni, bila akak buntang mata dan cakap, "BIASE DIA TU!!!!", dia faham. Selalunya dia tahu dia dah buat salah dan lari jauh2 menyorok.

 

 

040 

Kes ni biasa terjadi kalau dia kena marah tahap impak maksima. Sebab kesalahannya pun jenis impak maksima jugak macam nak kencing atau nak ber*** dan tak reti2 nak keluar cari tandas atau beritahu orang suruh bukak pintu. Selamba je buat hal atas alas kaki depan pintu bilik mandi tu. Bila akak masuk bilik tengok berlipat kemas je macam lipat nasi lemak tu. Bukak lipatan tu, dah ada hadiah ikhlas dari Milo sebanyak 3, 4 ketul. Memang kenalah naik atas pentas kan. Kalau muka macam tak insaf tu, kena bagi jugaklah selepuk dua dari akak. Lepas tu dia merajuklah konon dan lari bawah kerusi ni. Susah payah betul dia nak menyelit masuk kat tempat sempit ni. Tang perut je dah tersekat dua tiga kali. Konon macam "biarlah aku pergi membawa diriku. Uhuks." . Bawa diri hape? Bawah kerusi dalam bilik yang sejuk berhekon lagi. Kalau ya, nak bawak diri pergilah keluar kat balcony tu ke, tengah panas tu kan. Tak pun ke pintu dapur tepi tong sampah tu ke. Barulah orang lain pun tangkap syahdu. Tak payahlah merajuk, Milo, kalau setakat kat bawah kerusi tu. Buang masa je. Hahahaha.