Pages

Thursday, 29 September 2011

Chef Suster Ngesot.

 

Minggu lepas akak balik kampung. Kiranya kali ni agak lamalah tak balik iaitu dah 3 minggu katakan. Semuanya sebab anak2 berperang dengan major exams di sana sini.

Dua tiga hari sebelum balik, call mak, dia cakap Puan Alang nak buat open haus untuk bebudak kliniknya. Menu pulak adalah laksa Johor dan sate. Nyum...nyum..dah terasa2 kesedapannya. Agak terharulah jugak sebab kepulangan akak  kali ni disambut dengan majlis open haus. Rasa macam perantau obersi pun ada gak masa ni.

Hari Jumaat akak dah sampai kampung. Jengah ke dapur, tengok bahan2 masak berlambak atas meja. Biasalah dengan cili kering, bawang dan rakan2nya.

Lepas tu akak naik atas, jumpa mak dan salam mak dan mmmuah2  bagai. Eiii, apasal tangan mak hanyir semacam ni?  Lepas tu mak akak jawab, " Mak barghu solosai ngan ikan kombung tu haa. Lopeh ni bawak tughun bawah, mesen. Lopeh tu buek samba belacan lak. Gogheng lu bolacan ngan cili tu, bia wangi."

"Haa, jangan lupa mesen cili kering sekali da. Nasi impit pun kena rebus malam ni jugak tau!", sampuk Puan Alang. Masa ni akak masih terpinga2. Senyum pun dah mula nak kelat. Alahhaiii akak ke tukang masak terbilang yang bertugas untuk open haus ni? Aduhhh mak aiiii, akak ingat akak ni tetamu kehormat. (perasan tak habis2)

Hehehehe. Macam tu lah ceritanya. Mula2 adalah terharu  lepas tu cembeng pulak. Tapi tak pe lah, siapa lagi nak uruskan kalau bukan akak. Puan Alang kerja, mak akak pulak dah uzur, setakat tolong dengan ikan kembung pun, akak dah bersyukur sangat.

 

 004 Inilah dia hasil kelentung kelentang akak di dapur. Laksa Johor.

 

 

002  Samosa, nasi impit dan kuah kacang.

 

 003

Dan yang paling dinanti2, sate yang ditempah dari Hj Samuri.

Nasib baik sate boleh tempah, kalau tak merangkaklah akak keluar dari dapur. Dah macam sister ngesot pulak gamaknya. Muka dahlah cembeng, buruk na rupa akak masa tu. Tapi adalah juga dibantu oleh Farah dalam bab menggoreng samosa dan Puan Alang dalam bab air dan penyediaan dan pengemasan pinggan mangkuk.

Tapi yang tak boleh blah ialah statement mak akak lepas tu. "Haa, lopeh ni bulehlah kito bukak ketering lak yo! Mak ghaso kau buleh buek, da. Haa, canno?"

Akak terus mengensot masuk bilik sendiri sambil cembeng. Lepas tu kunci pintu. Yang kedengaran hanyalah suara seram seorang perempuan 40an melolong dan menangis.

7 comments:

NM02 said...

saya suker giler ngan sate

tapi pilihan saya sekarang bukan haji samuri

ahaksssss

Dinas Aldi said...

Adoih kak Aidah! Penat la saya gelak baca entri ni, especially tang last tuh, kahkahkahkah!

Waaahhhh sodap sate Hj Samuri tu! *lap ayaq lioq jatuh ke dagu*

Aidah said...

NM02,
Akak puuunns. Tapi kat PD tu tak byk pilihan. Hj Samuri je yang senang ditempah.

Dinas,
Kali ni salon pas pun tak dapek nolong. Letih akak buat semuanya tanpa Bibik. Tak pe, kumpul pengalaman kan.

Tijah said...

kihkihkihhhh. kok dah sampai cembeng mmg buleh imejin cemano lotih eh tu kan? ooo..laksa johor mmg centu ko caro potong timun eh? cam mejo pengantin lak

Aidah said...

Bab potong timun tu kes mak akak dah tolobih maso lapang. Oghang dah biaso buek lauk pongantinlah kato an. Sib baik bawang tu tak digubah2 an jadi bungo. Kehkehkeh.

siti murni said...

hehe...lawak aih baca entri kak aidah nih! dah la tengah guling-guling atas katil nih...

bab merangkak tuh entah ngape -- saya terbayangkan ju-on pulak aduhai..

Aidah said...

Alamak, Ju On tu budak hingusan je dik. Akak dah veteran, maka suster ngesot sangat sesuwei gitew. Kihkihkih.