Pages

Friday 16 September 2011

Mengimbau kenangan 31 Ogos 1984

 

Sajalah nak cerita jugak zaman bangga kembang hidung akak sebab terlibat dalam perarakan merdeka di Dataran Merdeka. Masa tu akak form 4. Biasalah kalau sekolah, kalau ada event besar mesti bebudak form 2 dan form 4 kena kerah. Kalau form 3 dan form 5, tak buleh sebab exam classes. Yang form 1 ni pulak hingus meleleh lagi sebab asik menangis, homesick bagai kan.

Akak masa tu masuk brass band jadi meratalah kitorang perform di bandar JB tu. Yang paling gah, mestilah merdeka ni kan sebab dapat perform kat KL. Haruslah jakun dan kembang hidung tak sudah.

Preparationnya saja lebih kurang 5 bulan. Instructor untuk marching formation kitorang pulak diimpot dari Singapore. Masa tu, kitorang bergabung dengan satu sekolah lain di JB iaitu SIGS. Ini memanglah our arch enemies dari zaman senior2 yang dah veteran lagi. Maka persembahan pun meletop2 lagi bila dua sekolah ni bergabung. Bila marching tu, time 180 turn atau 360 turn, siap lawan lagi sape punya turn paling sharp. Dahlah pakai  short skirt yang ada pleats penuh masa tu. Mentang2 sekolah pompuan. Tak kisah lansung kalau nampat shorts kat dalam tu. Haa shorts yang pakai pun kena seragam warnanya tau. Tak bulehlah pakai yang gambar bunga2 hawaii ke apa kan.

On the actual day itself, kami kena bersiap untuk bertolak pukul 4.30 pagi. Kami diberi penempatan sementara di asrama stadium hoki Tun Razak. Tak de lah jauh mana dari situ nak ke dataran merdeka tapi cikgu2 kami tu saje nak kitorang jadi yang paling awal. Tah ape2. Akak curi2 solat subuh masa tu, waktu subuh belum masuk lagi tapi akak tawakal sahaja. Dalam band ni memang strict macam lebih kurang askar jugak. Kalau tak obey arahan, kena denda macam2. Kena tempik, jangan cakaplah, boleh pekak sekejap.

Tempoh perfomance kitorang tu sekejap je, lebih kurang 15 minit. Ada jugaklah masuk gamba akak dalam TV. Hiiii....bangga, sampai haus tape VCR tu akak rewind, tengok muka sendiri. Hehehe. Untuk formations tu pulak kami diberi steps masing2. Contoh macam logo merdeka, akak diberi arahan untuk Left 5, forward 8, 180 6 dan 90 5. Kawan sebelah, mungkin lain stepsnya dan serentak kami akan buat as arahan tu. Tup2 jadilah bentuk logo merdeka di akhir lagu. Memang susah dan mencabar nak ingat semua plus main lagu2 marching.

Walau macamanapun akak tetap treasure memories tu semua. Rindu zaman sekolah dulu walaupun ada masanya terseksa jiwa raga jugak.

 

001 Akak adalah salah sorang dalam reramai tu. Masa ni kitorang dalam formation konsert untuk hari terbuka sekolah.

Gambar dalam 31 Ogos tu tak de lah pulak. Entah kemana melayang tak tahulah. Hanya ada kenangan sahaja.

 

002Masa ni pulak akak form 2, sedang menunggu ketibaan pengantin diraja yang baru berkahwin iaitu Raja Zarith Sofia dan Tengku Ibrahim (sekarang ni Sultan Johor).  Masa ni topi kitorang kemain tinggi lagi, keras lak tu. Uniform Band ni memang selalu gak ditukar tapi skirt pendek masih lagi. Ish..ish. Istighfar bebanyak sekarang ni. Bebudak zaman sekarang dah boleh pakai tudung kalau join band sebab uniformnya ialah seluar panjang. Kenapa yek zaman dulu macam orang tak nak pentingkan sangat aurat ni. Tapi syukurlah sekarang ni dah berubah kan.

Tapi bila kita join band macam ni, sangatlah patriotik rasa di jiwa. Semangat pasukan dan disiplin tu memang melekat sampai sekarang. Akak bersyukur sangat sebab dapat merasa semua tu. 

4 comments:

Ajzie said...

Hi Sis.. ini band sekolah SIGS ke?

Aidah said...

Ooops bukan. Ini band STF, akak sekolah situ for 5 years.

Dinas Aldi said...

Tang skirt tu yg paling mahal tu, kihkihkih! Zaman tu PJ pun pakai shorts, selamba badak ja takda feeling apa2, heheheh!

Aidah said...

Memang kelakar zaman dodulu. Itu kira zaman tak ingat mati. Hehehehehe.