Pages

Friday, 23 September 2011

Mata sepetku.......

 

Dulu masa sekolah, memanglah akak tak pakai tudung. Dressing pun tak mau kalah, wa cakap luuu. Baju kurung memang tak de dalam agenda. Yang ada cuma skirts and blouses. Kalau baju kurung moden tu adalah jugak selai dua.

Kalau akak gi kedai mana2, memang selalu orang ingat akak cina. Siap mengorat dalam bahasa cina lagi. Kadang2 akak jawab jugak, "saya bukan cina lah!". Tapi ada masanya akak blah je dari situ, malas nak layan sebab dah selalu sangat orang cakap cina ngan akak.

Lepas tu sebelum abis sekolah, akak pun pakai tudung. Bajet baiiik punya, konon bertaubat sebelum SPM kaaan. Walhal sebelum tu pakai skirt belah sana sini. Tapi sebenarnya cahaya keinsafan tu adalah jugak masuk sikit dalam kepala otak ni. Sampai bila nak free hair, free betis bagai kan.

Tapi bila pakai tudung dan jalan2, ada jugak orang ingat akak ni mualaf pulak. Begitulah sepetnya mata akak. Dan asal usul mata sepet ni ialah dari mak akak yang sememangnya anak cina tulen yang diadopt masa dia baby lagi.

Bila dah berkeluarga, barulah dia jumpa balik dengan adik beradiknya yang berjaya dikesan, ala2 jejak kasih. Adik perempuannya juga diadopt oleh keluarga Islam, Alhamdulillah, tapi abangnya masih menganut agama Budha sehinggalah dia meninggal dunia beberapa tahun lepas. Dulu masa kitorang kecik2, uncle ni selalu datang rumah. Kitorang ni pulak tak tahu yang dia ni abang mak. Memang marahlah bila tengok mak mesra semacam je dengan dia. Bila mak cerita, barulah kitorang faham. Tapi saya tabik sebab Uncle Lee ni sangat sayang dan prihatin pada adik-adiknya. Selalu je bawak buah tangan untuk mak.

 

004  Inilah my chinese family. Yang kiri sekali tu lah Uncle Lee, abang mak saya. Akak pulak yang paling kanan sekali tu, di barisan depan. Sangat amoi kaaaannn.

 

001 Haa cer tengok kesepetan mata akak. Tapi bila akak kahwin dengan En.AHBY yang muka ala2 mamak dan bermata besau, anak perempuan akak pun ikut macam mata dia, besau juga. Tapi anak lelaki akak tetap dengan mata sepet.

 

034 Inilah produk kebanggaan kami, anak-anak Malaysia. Sorang sepet dan sorang mata bulat.

7 comments:

siti murni said...

okey la tu kak..sorang sepet, sorang mata bulat..so, dua2 takyah gaduh2...ada turun gen masing-masing.

unik kan..family campur ni..

Dinas Aldi said...

Memang terserlah keamoianmu, kak Aidah! Hehehe..

Saya tak sepet tapi orang tetap ingat saya cina. Haritu masa pi sembahyang raya, sembang dengan orang yg duduk sebelah saya, dia tanya saya ni Melayu betul ka, kehkehkeh!

Aidah said...

Siti Murni,
Gaduh jugak depa dua orang ni tapi pasai hal lain pulak.

Dinas,
Tang mana letak keamoianmu pulak Dinas kalau mata tak sepet? Kulit putih melepak agaknya ya.

NM02 said...

salam kenal

singgah sini terus follow

sudi2 le follow ai pulak

maceh

^_^

Akma_cikyong said...

uish..sepet2 jgk kak..jangan sepet smpi xnmpak jalan suda..hihi
tp ok per fmly akk.1 malaysia..wweeeeeeeeee~~~

So Shy Lady said...

wah sorang mcm heroin hindi sorang mcm hero hongkong

tp dua2 putih mlepak ;D

Aidah said...

NM02,
Mekasih singgah. Jap gi akak gi singgah sana lak ye.

Akma,
Haha..lawak tu, sepet sampai tak nampak jalan. Ada gak sedara akak yang cam tu.

SSL,
Dulu kalau akak bawak si Farah jalan without husband, orang suka tanya, "u kahwin dengan benggali ke?" Akak senyum je lah.