Pages

Saturday 3 September 2011

Kotuk-kotuk Syawal di ghumah Mak Ulu den

 

Haaa, tengok tak hari tu, Ketuk2 Syawal? Itulah rumah arwah mak sedara saya di Kg Tembun, Jelebu. Masa kekecik dulu, mak ulu saya ni kira macam mak angkat saya. Mak bapak saya nak tengok anak2 dia menjadi, bila besar nanti macam anak-anak mak ulu saya yang ramai tapi semua baik2 belaka. Sebab tu lah dia macam agih2 pada mak ulu saya ni, bukan jadi anak angkat bebetul cuma macam omputih tu, kira godmother lah.  Dan sepupu2 kami tu kira macam idola kami semasa membesar. Macam tu lah hasrat mak bapak saya.

 

153 Tiap2 tahun raya, inilah rumah pertama yang kami pergi lepas solat sunat. Dan tahun ini, pertama kali kami beraya di sini tanpa mak ulu kerana arwah dah meninggal pada 26 Mei lepas. Sedih sungguh rasanya kerana beliau lah kakak sepupu arwah abah yang paling disayangi. Sangat lembut tutur bahasanya, tak pernah menyakiti hati orang lain.

Tangga tu masa kekecik dulu cukup curam. Mak2 menjerit2 marahkan anak2 sebab kitorang suka main gelongsor kat situ. Sangat thrill. Ada jugaklah yang berjahit di dahi bila jatuh. Masa kekecik, itu semua tak jadi hal, janji seronok main.

 

154Kat tepi tangga tu ada taman anggur. Nyaman je duduk kat bawah tu bila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

 

155 Ada jugak buah anggur tapi tak meriah, maka tak sampai hati pulak nak petik.

 

 

158

Rumah induk yang kat atas tu tak bertunggu sangat. Semuanya dah tak larat nak mendaki tangga. Makan minum pun kat bahagian dapur ni saja. Sayu pulak rasa hati mengenangkan ramai orang tua2 yang dah tiada. Sepupu2 kami ni pun ramai yang dah pencen. Cucu2 diorang pulak agaknya yang main gelongsor kat tangga tu.

 

157

Inilah antara cucu2 yang tak boleh duduk diam. Sekejap aje bersampin dan berbaju kurung. Masuk tengahari, sampin melayang dan baju kurung pulak jadi dress.

2 comments:

Dinas Aldi said...

Entah kenapa syahdu sungguh tengok rumah tu...mungkin sebab kak Aidah cerita tuan rumahnya dah takda lagi..

Tapi kasih sayang yg kuat masih lagi memberi semangat pada rumah tu.

Al-Fatihah buat arwah Mak Ulu..

Aidah said...

Banyak perkara yang membuat hati sayu di syawal kali ini.