Pages

Saturday 1 October 2011

Never fond of late night phone calls.

 

Akak ni sejak cecah 4 series ni, sangat cepat masuk tidur. Pukul 10 pm dah tarik selimut. Walaupun awal tarik selimut, kekdah lelap mata tu lewat jugak. Kadang2 sejam atau 2 jam lepas tu baru lelap. Pukul 4.00 am, akak dah terjaga. Kalau tak pun Milo yang akan kejutkan. Macam tu lah setiap hari. Cukup jarang akak dapat tidur nyenyak. Dah keturunan agaknya sebab mak akak pun cam tu.

Hari Khamis, malam Jumaat lalu, akak dah nak terlelap, bunyi pulak telefon rumah di hujung katil. Tengok jam pukul 11.35 pm. Hati dah mula berdebar2. Memang sahlah firasat akak, mesti bad news. Mak saudara akak (sepupu mak), telah pulang ke rahmatullah. Mak Itam akak tu meninggal dalam kereta, on the way to Kemaman. Beliau masa tu dalam rombongan menghantar saudaranya menikah di Trengganu. Al-Fatihah untuk arwah dan semoga Mak Itam akak, Narimah binti Hj Md Som ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Sejak abang akak meninggal 3 tahun lepas, akak sangat mudah muram terutamanya bila dapat berita kematian yang mengejut macam tu. Sehari suntuk semalam akak rasa mendung je. Serba tak kena apa yang dibuat. Badan pun rasa lemah semacam. Kereta pulak masuk bengkel untuk major service dari pagi sampai lewat petang. Nak ziarah pun tak dapat. Sedekah je lah apa2 yang patut dari rumah. 

Sejak akhir2 ni pulak ramai saudara mara akak yang sakit mengejut. Ada yang kena heart attack. Padahal sangat menjaga makan, exercise setiap pagi, routine annual check-up pun tak pernah ponteng. Akak fikir, tentu Allah sedang berbicara dengannya atau dengan orang sekelilingnya untuk bersabar dan menerima ketentuan Allah. Tiada siapa tahu apa perancanganNya. Yang kita pasti, sabar dan redha itu sangat besar ganjarannya dan insyaAllah gugur dosa2nya kan.

Tadi pun akak baru balik dari Gleneagle Specialist Hospital, menziarah sepupu akak yang diserang stroke. Alhamdulillah dia nampak okey cuma lemah sedikit di bahagian kanan badannya.

PA011115 Mula2 nak bagi dia buku ni, tapi dia dah ada 1 copy yang lebih kurang sama.

Rupa2nya angin ahmar ni ialah sejenis lembaga yang memang wujud masa zaman Nabi Sulaiman a.s lagi. Lembaga ni berupa manusia yang besar, gagah, hebat dan garang, memperkenalkan dirinya sebagai al-Raihul al-Ahmar yang mempunyai kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam a.s.

Nabi Sulaiman a.s gagal membunuhnya kerana ia sempat menghilangkan diri dan mendakwa tiada siapa dapat membunuhnya.

Rasulullah saw telah diberitahu melalui Jibril akan penawar untuk sakit yang disebabkan angin ahmar ini. Doa itu sangat mustajab bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali dalam seumur hidup, insyaAllah.

PA011117 

Panjang gak doanya. Adalah dalam 7 mukasurat. Tapi tulisannya terang dan maksud pun ada sekali.

Malam ni akak nak mula baca doa ini. Pencegahan lebih baik dari mengubati kan.

2 comments:

Dinas Aldi said...

Na'uzubillah, minta dijauhkan angin ahmar tu. Saya baru tau ni yg angin ahmar tu merupakan lembaga rupanya..bertambah pengetahuan saya hari ni.

Mak saya pun pernah kena pada tahun 2003 tapi mild stroke saja, alhamdulillah lepas tu pulih walaupun takla secergas dulu.

Aidah said...

Alhamdulillah mak Dinas dah pulih. Sokongan dari orang sekeliling sangatlah penting kan. Besar pahala menjaga mak sampai pulih begitu. Jangan sedih jika masih berseorangan. Akak percaya itulah letaknya keistimewaan Dinas.