Pages

Wednesday 30 November 2011

Jangan jadi anak kurang asem dan garem.

 

 

Mak akak, kak wok selalu tak dapat tidur malam sekarang ni. Kadang2 sebab sakit, kadang2 matanya yang tak mahu lelap. Ada satu malam tu dia lansung tak boleh tidur. Dahlah tak boleh tidur, sakit pulak sampai tak boleh duduk dan baring. Berjalanlah dia ke hulu kehilir dengan tongkat kaki empat tu. Menangis dia sorang2 sampai pagi. Dia kata macam nak telefon akak kat KL ni tapi takut ganggu tidur pulak. Akak pun malam tu seperti malam lain2 bukannya dapat tidur nyenyak. Sebenarnya akak tak kisah kalau dia call akak pun malam tu sebab pukul 3 pagi tu memang akak dah bangun . Tapi mak, memang macam tu, kalau boleh bertahan dia akan bertahan. Tak mahu susahkan anak2 katanya. Sedih akak mendengarnya.

Mak akak ni ada slipped disc sebenarnya. Akak dah lupa tulang vertebra nombor berapa yang slipped tu. Tahun 2006 lagi, kalau tak silap dah dikesan masa bawak dia pegi x-ray. Masa tu teruk jugak tapi  on off lah sakitnya. Bila dia tak sakit, mulalah dia sibuk mengemas dan memasak. Kadang2 bawak kereta pergi pasar lagi padahal kaki tu kebas. Lama2 akak tak bagi lagi dia bawak kereta, rasa nak sorok je kunci kereta tu.

 

325 Dua tahun kebelakangan ni sakitnya makin menjadi. Kaki dan lutut dia pun mula lemah. Dulu boleh je dia jalan tanpa tongkat tu tapi sekarang tak boleh lagi. Mak masih bersyukur sebab dapat uruskan diri sendiri, mandi dan pergi toilet bagai. Dia risau betul kalau menyusahkan orang walaupun akak selalu cakap yang akak akan jaga dia walau apa pun keadaan. Sebenarnya akak pun pernah jaga mak mertua yang bedridden selama 2 tahun. Bagi akak, kalau dapat jaga mereka ni seolah2 macam kita beli saham untuk akhirat kelak. Entah cukup entah tidak saham akak tu sebenarnya sebab kena tolak dgn dosa yang dilakukan tiap hari kan.

 

 320

Semalam akak pergi belikan wheelchair ni untuk dia sebab teringin nak bawak dia keluar berjalan. Dah berbulan2 mak hanya duduk dalam bilik dia dan tak keluar rumah. Kesian akak tengok.

Selagi mampu akak akan buat yang terbaik untuk mak. Yang penting jaga hati dia. Maklumlah orang tua, bila sakit lagilah mudah tersentuh.

 

237

Jangan jadi anak yang kurang asem macam Moli ni. Selamba je main kepala bapak dia. Milo tu sabar lagi nampaknya. Alah budak kecik, maafkan jelah, Milo. Hihihi. 

4 comments:

mama maman aka yana said...

Selagi ida mampu jaga.. jaga la sebaiknya... kekadang org sakit nih sensitif.... kuatkan semangat ye.. moga2 mak ida akan sihat semula..

Dinas Aldi said...

Saya pun ada prolapse of intervertebral disc. Macam time bomb, kena sangat berjaga2. Saya memang takda lasak sangat tapi suka hati ja bila nak panjat bukit la (pada kelajuan nenek saja), merangkak2 masuk gua la, setakat ni alhamdulillah ok. Mintak2nya akan ok la sampai bila2, ya Allah..

Semoga ibu kak Aidah diberi kesihatan yg baik olehNya, amin!

Aidah said...

Mama maman,
Memang itulah amanat arwah abah. Itulah satu2nya ibu saya tentu akan saya jaga sebaik2nya insyaAllah.

Dinas,
Tak tahu pulak akak, Dinas. Akak ni sebenarnya malas nak pergi buat MRI tapi sekarang ni tengah kawan baik dengan sorang pakar spine tu. Kadang2 akak ada jugak tanya2 dia sebab akak selalu kena muscle spasm. Dinas kena jaga diri baik2tak boleh angkat barang berat2 tau. Terima kasih kerana doakan mak akak.

Murni Alfathunnisa said...

moga mak kak aidah diberikan kesihatan yang baik...dan semoga kak aidah terus diberikan kekuatan dan semangat utk menjaga bonda...

jaga orang sakit ni memerlukan tahap kesabaran yang tinggi...