Pages

Saturday 5 November 2011

Rindu, syahdu dan sedih.

 

Tatkala tahmid bergema , rindunya rasa hati. Bilakah agaknya tiba hari istimewa untuk akak dijemput menjadi tetamuNya.

 

images  (gambar dari Google)

Mohon akak agar akak sihat dan dapat menjadi tetamu Allah dan berpeluang menjalankan rukun Haji dengan sempurna kelak. Pernah bermimpi satu ketika dulu menyaksikan baitullah. Meleleh lagi airmata. Dalam mimpi pun sangat indah tak tergambar dengan kata2. Alhamdulillah atas rezeki kurniaanNya dapat lihat baitullah walaupun hanya dalam mimpi.

Hari ini hari wukuf. Mak, Puan Alang dan Farah dapat menyelesaikan puasa sunat. Alhamdulillah.  Akak je yang tak dapat sebab uzur, nak buat macamana. Orang kata, kalau masa wukuf tu kena banyak bersabar kerana ramai diuji ketika di sini. Akak dan keluarga juga tak lepas dari ujian. Seharian menangis, masak rendang pun menangis. Pernah tak rasa dikhianati orang yang rapat dan yang kita sayang. Itulah yang akak rasai. Selama ni tak percaya bila orang mengadu dan bila tiba2 orang yang baik dgn kita menjauhkan diri. Rupa2nya ada orang memfitnah dan menghasut dibelakang kita. Astaghfirullahalazim. Itu saja yang mampu akak ucapkan.

Si polan ni terkantoilah pulak mengumpat kami sekeluarga bila dia tertekan redial pada telefon dan masuk dalam voice box. Tak ke kes haruuu di situ. Agaknya macam muncung mak bedah (bukan nama sebenar) masa dia mengata kami ni. Patutlah ada orang yang mula berubah sikap dengan kami. Isy! Tak sangka betul. Selama ni akak memang susah nak percaya dia ada kebolehan mengata kami macam2 sebab kat depan, manis je muka, baik orangnya. Muka memang naif sesangat. Tapi Allah nak tunjuk perwatakan sebanar dia, kan. Mak akak paling sedih bila diperlakukan begitu di hujung usianya ni. Akak cuma mampu istighfar dan maafkan je lah si polan ni. Akak pun banyak gak dosa, bukan manusia sempurna. Biarlah. Allah Maha Mengetahui. Walaupun membantunya diwaktu dia susah dulu menyebabkan akak rasa macam melepaskan anjing tersepit, akak redha. Walaupun akak pernah dihujani surat lawyer kerana urusan dia, akak pasrah. 

Mintak mahap pada semua orang bila akak hanya melayan jiwa yang terguris hari ini di tanah akak ni. Tak tahu nak luahkan kat mana.

Sedih sangat sampai hampir lupa nak ucap Selamat menyambut Aidil Adha pada semua. Sekali lagi akak nak mohon maaf pada semua.

5 comments:

Dinas Aldi said...

Sedihnya..

Sabarlah kak, nasib baik dia terkantoi tu, dapat jugak tahu perangai sebenar dia. Kita doakan semoga dia sedar & insaf akan kesilapan dia tu. Semua insan pun tak terlepas dari berbuat kesilapan, begitu jugak saya. Kalau ada terkasar bahasa & tersilap kata, saya mintak maaf na.

Aidah said...

Memang mood merudum habis hari tu tapi akak mencari juga kesilapan sendiri atas berlakunya kejadian tu. Akak anggap itu satu cara Allah berbicara dgn kita supaya kita jugak ambil iktibar dan perbaiki diri. Alhamdulillah.

PCL said...

salam singgah bw sini..moga akak tabah n redha atas segala ujianNya...DIA akan tunjuk bila sampai masanya akan kita ketahui jg...Maha besarnya Keagungan Tuhan pencipta alam Allah azzawajalla.

Unknown said...

sedih sangat baca cerita akak ni..byk2 sabar yer? salam ziarah kak

Aidah said...

PCL,
Memang betul tu. Dulu akak selalu mintak Allah tunjukkan sebab akak tak suka buruk sangka dan tuduh2 tak tentu pasal. Sekali bila Dia tunjuk, terkedu pulak jadinya. Hehe. Apa2 pun Alhamdulillah.

suw,
Terima kasih bebanyak atas ziarah adik. Akak sabar dan sentiasa maafkan dia supaya akak jugak dpt ketenangan, insyaAllah.