Katanya pergi MAHA sampai 3 hari berturut2 kan.Takkan cukup citer MAHA 1 post je. Hari ni akak nak kasik fokus citer pasal bunga pulak.
Ada beratus2 spesies yang dijual kat sini. Rasa tak nak balik. Cantik sangat. Yang peliknya kat tempat lain kemain membahang lagi tapi bila masuk kawasan bunga ni....sejuk je. Nyaman. Satu pasu tu dijual dengan harga antara RM12 hingga RM18.
Tapi yang ni mahal sikit. Unik. Cer tengok batang dia tu. Lain kan. Harga sepasu pulak RM40. Tapi kalau nak beli anak dia yang jual sebatang2 tu hanya RM10 sahaja. Tapi kena pandai tanamlah. Kalau tak pandai, bila bawak balik terus jadi arwah. Akak ni masuk kategori tak pandai. Mak akak memang pandai tanam orkid. Siap jual lagi masa kitorang kecik2 dulu. Biasanya orang beli bila ada kenduri kawen, nak hias hantaran atau pelamin ke kan. Sekarang ni mak dah tak larat lagi.
Pokok ni semua orang tahu kan. Alah.....inilah dia kepunyaan kera yang menang masterchef 2011 dulu. Siap tayang lagi periuk dia. Vangga sangat.
Bermacam2 orkid ada. Ada orkid gumuk.
Ada jugak orkid kurus. Kaki panjang2 macam supermodel kan.
Ini orkid batik. Agaknya lah. Macam baju batik kaftan pulak kan. Yang ni jenis hybrid. Mahal jugak. Sepasu lebih kurang RM40 kot. Atau mungkin mahal lagi. Akak tak beli pun. Sebab dia ni jenis sensitif. Kena air banyak tak boleh, kurang air pun tak boleh. Sentaaaaaap manjang.
Yang sesuai dgn akak ialah spesies rugged. Jenis yang don't care....whateva nih. Namanya Dendrobium. Akak beli warna purple dan kuning utk tambah koleksi kat rumah. Harga adalah berbeza2 dari satu gerai ke gerai lain. Ada yang jual RM12 sepasu. Kalau beli 2 hanya RM20. Tapi pilih yang daun dia hijau dan gemuk2 ya. Supaya lebih rugged bila sampai rumah.
Ini yang memang ada kat rumah akak. My lovely purple fighter. Sangat meriah berbunga all year round. Walaupun akak tak jaga sangat pun. Kadang2 tak duduk rumah lebih seminggu. Berpanas, berhujan je dia. Tapi dia tetap don't care, whateva..... Tetap berbunga. Terharu akak.
Yang ni pulak 2 spesies dendrobium yang akak beli kat MAHA. Siap patah lagi setangkai bunga tu masa bawak balik. Akak kan ganas. Bawak lenggang kangkung...apa tak nya. Patah bertangkai2 lagik. Nasib baik bunga ni rugged.
Kalau tak suka orkid tak pe. Ada jugak bunga lain. Bunga kekwa macam2 kaler ada.
Bunga ros pun ada. Yang besar tu RM25 sepasu dan yang kecik2 comel tu RM15 sepasu. Ada jugak yang bunganya besar tapak tangan. Yang itu RM35 sepasu.
Cantikkan. Pegi MAHA cepat. Bagi yang bertangan sejuk tu, tanam apa pun menjadi....memang berbaloi beli. Akak tak payahlah. Asal nak amik sepasu je, terdengar2 pesan omak. " Cukuplah tu Da. Tak usahlah diboli laiie. Oghang nak tanam bungo ni kono ghajin. Kau tu polasou. Tanam ghumput pun bolun tontu monjadik."
DUSH sekali dari mak. Polasou tu kan bahasa orang nismilan yang maknanya pemalas tahap gaban. Tapi pronounce biar betul ya, jangan pelat2....nanti lain maksudnya.
Setelah beberapa kali nasihat mak direplay dalam kapla, akak pun sedar diri dan makan cili. Moh lah kita balik minum air. Huhuhu.