Pages

Thursday, 29 November 2012

Dalam pantang II

 

 

Setelah dekat 10 hari bertahan dgn bunyi macam siren kat rumah ni. Telinga pun dah naik kebas. Siap tutup telinga pun boleh dengar lagi ngauman mengawan dia tu. Dan berjuta2 kali panggil pun, hero hindustan masih tak datang. Maka setelah dia mula slow down dan tak heat lagi, akak pun hantar Miki untuk spay.

 

377

Dah dekat 2 minggu, macam ni je posisi badan dia. Pantang usik. Usik sikit je, lagi meliuk lentok dia. Puas dah akak sabar. Telinga pun dah makin tak berapa nak dengar sebab asik dengar ngauman bergema Miki yang gatal sangat.

 

 

378

Close up sikit muka gatal. Kesian memang kesian tapi nak buat camana. Yang jantan tunggal kat rumah ni hanya deddi. Takkan nak bersumbang mahram pulak. Lagi pun deddi tu dah sunat doploh tahun dulu. Dah tak de perasaan lagi dah. Setiap kali Miki gesel2 badan kat dia, dia macam pelik je. Apahal budak ni?

 

 

009

Hari Ahad lepas akak hantar klinik dan hari Selasa dah boleh jemput. Harga utk pakej 3 hari 2 malam di wad biasa ialah RM120.

 

 

011 

Benang biru uolls. Peah dulu benang hitam. Pandai dr. ni matchkan benang dgn kaler bulu kucing. Tapi kan, Miki ni payah sikit nak jaga time dalam pantang. Lasak kemain. Asik nak melompat atas katil, turun katil. Nak kurung dalam cage, tak sampai hati pulak. Nasib baik Farah masih cuti lagi. Jadinya Farah lah jadi confinement lady. Masa Peah dalam pantang dulu memang ada amah jaga dia. Mana pulak pegi amah tu kan?

 

 

020

Amah ni dah tak koser. Badan dia sendiri pun tak terjaga, inikan pulak nak jaga orang lain.

 

044

Nak suruh Peah jaga adik dia...jangan haraplah. Pemalas lipas dia ni. Keje dia sehari suntuk berjemur tepi tingkap, nak bagi tan lagi badan tu. Lepas tu posing atas sofa ni. Maklumlah calico kan. Tomey dgn Uteh memang kagum betul dgn Molly ni sebab mewah kaler kat bulu dia. Kucing lain, satu atau 2 kaler je, dia....3 sekaligus. Haruslah hot setuff kan. Cer tengok muka tu. Angkuh lagi sombong je akak tengok. Perasan supermodel. Makan pun diet ni tau. Tak macam Miki. Selagi ada kat mangkuk tu...kasi habis licin. Sampai boroi sudah perut dia. Kadang2 makanan Milo pun dia habiskan. Kalau ada makanan sepah2 atas karpet pun dia vacuum terus.

 

053 

Cer tengok peha seksi Peah tu. Camana tak meleleh air liur Tomey dan Uteh tengok. Sangat menggiurkan.

 

 

056

Sinilah pot dia berjemur. Kadang2 sampai pukul 11 pagi. Dah panas badan dia tu, barulah dia pegi pot seterusnya iaitu atas sofa. Posing pulak agak2 setengah jam.

 

 

001

Tapi adik ni sejak dah period sekali hari tu, pandai pulak dah posing sexy. Cer tengok pose ala Angelina Jolie tu. So Sexxxxayyy!!!

 

 

061

Astaghfirullahalazim.......anak-anak aku. Apolah nak jadi agak e.

Makin serabut kepala Milo. Dahlah sakit mulut.......tak boleh nak berleter. Zikir je lah Atuk oii.

18 comments:

Suara Kalbu said...

Kahakahakahkahakhakhakahkah....

Akak ni suka buat saya gelak tau. Kelakar la akak ni.

Love you all tucing somel...

Dinas Aldi said...

Fuhhh Peah sekarang ni, kemain lagik! Siap sunbathing lagi tu, fewit! Tapi bulu dia memang cantiklah kalernya, tuan dia pun jaga bersih ja.

Atuk Milo jaga diri baik2 na, sayu pulak tengok dia..

Miki, hang jangan buaih2 sangat, nanti stitches tu tercabut, sapa yg susah? Be good, ok :)

Dils said...

Syukurlah Miki ni sudah dispay dengan selamatnyee.


Saya Wolly tu.. tak boleh nak ditegahnye dari bermain. Tapi bile pasang kon kepala tu kurang la sikit lasaknye.

Eh.. Peah saya nampak makin membulat la. Makin membulat ni makin jelita pulak

Acik Erna said...

Aidah..adoi ai..sakit poghut acik nahan golak maco e.kok tengok sendiri tak tau la camno he he

Aidah said...

Suara Kalbu,
Kucing ni yang selalu buat lawak ida. Akak tukang citer je.

Aidah said...

Dinas,
Peah memang paling hot sekarang ni. Balik kampung je, pusing kepala semua kucen jantans pandang dia bila dia lalu.
Miki pulak memang buas. Hari ni je dah berapa kali dia tarik stitches tu dgn mulut nak bagi cabut. Seriau akak.
Atuk Milo memang sedih dan sayu je dinas. Dia semakin menyepi diri dari akak. Tak mahu tidur dekat lagi dah. Akak selalu doa dia panjang umur dan sihat.

Aidah said...

Dils,
Makin bulat kan. Peha dia tu makin tembam. Rasa nak goreng lepas tu cicah sos. Hehehe.
Miki pun adakalanya kena pakai kon. Hari ni especially selepas bbrp attempt berani utk mencabut stitches.

Aidah said...

Acik,
Bobudak kek ghumah ni golak siap guling2 laiie menengok an kolaku kucing e. Kolaka amek. Hahaha.

Iz said...

kekenit saya memang kena pakai kon la kak. Kalau tidak, memasing pun time tu lah nak jadi pembersih, dok jilattttt je. Tapi bila pakai kon, terus macam budak kena dera, jalan pun menundukkk je.

Sookie kimsalam kat abang Milo. Kata dia, "awat abang dah kurus ni.. I masih lagi debab.. entah bilalah nak kurus gamaknye.."

Aidah said...

Iz,
Memang betul. Time tu lah nak menjilat setiap 5 minit. Kalau tak de benda berjahit tu, sampai rupa belacan akak tengok bulu tu. Tak diendahkan pun.
Abang Milo kimsalam balik. Dia cakap...kalau gebu macam Sookie tak pe...orang indon kata 'montoks' gitu. Tapi kalau nak turunkan berat badan pun boleh. Usaha tangga kejayaan. You can do it, beb.

hasliza ain said...

kah3!!! sonak poghut bilo baco entry kak ida nih tau tak. sian milo makan hati yo lah nengok ghagam anak2 eh tuh, nak d libeh kan sayang..baeh yo lah milo ooooiiii!!! pastu zikir jangan honti mintak ampun pasal dogho anak :P

zard said...

insya Allah, Hachiko and Bintang akan berkhatan sabtu ni.. tak laratlah asik mengejar bebudak kenit empat ekor tu sampai si Benjy pun nak dilanyaknya dah lah anak2.. buat malu je..haha.. semuga Miki cepat lah sembuh. Molly tu mmg lawa lah ye tak ye.. Seripah SePaeh kann.. Sian Milo sakit mulut ea.. meh gang dgn Blackie boleh belajar kemam air liur..hahaha..

Murni Alfathunnisa said...

seksi nyaaaa peah..suruh dia jaga aurat sikit kak..haram bagi jantans2 semua dok tengok..haha...

si miki tu besor gak kesan jahitan kat perut tu..macam ni rupanya bila kena spay..yg kat rumah nun..entah la bila..sejak2 dah beranak dua ni daddy pun kemain lagi galak nak menyondol mummy dia..yang mummy pulak masa tengah gatal tu macam ndak sgt..lepas tu lari merata ceruk..haha...jenuh pekak gak tahan telinga ni haa...sama situasi le kak oi..

Aidah said...

hasliza ain,
Milo memang bapak baik. Jontik anak pun tak ponah, dik. Sayang amek tuu. Kihkihkih.

T.kasih singgah blog akak.

Aidah said...

zard,
Ada buat kenduri tak sempena nak khatan ni. Bestlah Hachiko dan Bintang, khatan ramai2. Miki dan Peah solo je sebab lain2 fasa matang.
Susah wo nak jaga si Miki. Asik nak lompat je. Takut jadi bentan pulak nanti.
Seripah tu memang jadi siulan jantans kalau balik kampung. Semua terpegun dgn kejelitaan dia.
About Milo tu kan, memang sedih i tengok dia. Kadang2 mengalir airmata. Maklumlah bela dari kecik. Bila dah tua macam ni, tak sanggup nak tengok.

Aidah said...

Murni,
Peah tu dik, suka ati dia je bila nak tutup aurat. Kadang2 alim mengalahkan ustajah. Tapi bila mood sexy suda mari, hilang tudung semua.
Kalau kucing betina memang rumit sikit. Jantan paling senang. Snip2 je...dah boleh balik. Tak yah masuk wad.

Nini D.. said...

giler gorjesss Peah.melampau keh!
selamat dah kene operate ye cik Miki kita....
ulser mulut Atok tak baik lagi ke kak?..nini baru dapat online arini.tu pon menumpang kasih laptop & berokband cik abg tu.kalo nk harapkan pc nini,mmg lambatlah sbb line streamyx blom dpt transfer ke rumah baru lg.

cikguAnum said...

besar jgk ye tmpt spay die. dlu..amboi mcm lame jer..dlm 3,4 bln lps, spay bdk Ecah ni. kecik jer bekas. tu pun ari2 sy meraung tgk. sedih mak.