Pages

Friday 2 November 2012

Entry alang kepalang....

 

 

Alang kepalang kata orang kan. Dah 4 entry berturut2 minggu ini. Maka hari ni marilah kita borak lagi. Wahh...akak pun tak caya boleh buat post banyak2. Padahal orang lain macam kacang je. Akak je yang baru 5 entry seminggu dah nak kecoh. Pfft...

 

101

Hari tu masa mak akak tak sihat tu kan, akak kerap ulang alik PD - KL. Sempatlah jugak celebrate birthday Thaqif, abang si Nisya tu. Orangnya kecik je tapi dah 9 tahun. Kalau bab makan kussemangat.....setakat lemang tu 2 batang sekali jalan je. Macam bela jin pulak gamaknya budak ni. Kalau buat maggi goreng, 2 bungkus untuk dia saja. Sila jangan cukai selai pun maggi tu. Bakal menjadi amukan nanti.

 

081 

Oleh kerana jamuan pun untuk kita kita aje, makanan pun kita2 aje yang rancang dan buat sendiri. Lepas tu malam2 kita2 aje yang sakit pinggang dan sapu minyak pun kita2 sendiri aje. Burger itu adalah double cheese, double meat dan TANPA SAYUR. Birthday sendiri bolehlah diikutkan. Hari2 lain, sila makan sayur ya, anak2.

 

 

090

Niat hati nak buat spring potato. Tapi mesin khas tu tak sampai2 lagi, padahal dah order 10 biji hari tu dari Korea. Hehehe. Tapi tak pe. Sedap jugak menelan masing2. Rebut2 lagik. Dekat 10 biji akak goreng ni.

 

092

100

Yang ini menu untuk orang tua2 yang dah banyak lemak. Iya, akak masih sedar diri. Hehehe. Akak buat wrap sahaja untuk orang dewasa. Sayur kena letak banyak2 sikit dan daging ayam pun akak guna yang less fat dan skinless.

Itu je lah pun. Cake tak dak. Sebab birthday boy pun tak nak. Dia nak burger tu je 2 biji dan  spring potatoes tak jadi tu semangkuk.

Jadilah kan. Alhamdulillah dalam pada mak akak yang tak sihat masa ni, dapat jugak kami menjamu selera sesama sendiri.

Oleh kerana n3 ini adalah pada hari Jumaat maka akak dengan hepi dan bangga mengucapkan hepi wiken pada semua. Maklumlah jarang2 bersiaran di hari Jumaat keennns. Hihihi.

17 comments:

mama maman aka yana said...

happy wiken gak buat akak..:p

Acik Erna said...

happy weken aidah..
happy birthday untuk dah Thaqif..sonang yo minat e..burder..nak jamu pon sonang kan Aidah..

Dinas Aldi said...

Dari yg atas sampai la ke bawah semuaaaaa sedaaaap! Walaupun kak Aidah kata tak jadik tapi nampak menawan potato tuu! Wrap sayoq satuuu!

Murni Alfathunnisa said...

lawa la chicken wraps akak. apesal saya buat tak lawa cenggini pun.....arrr....mohon tunjuk ajar cikgu! :-)

simple menu tapi saya percaya semuanya lazatttt seperti rupa paras nya yang indah itu.

Ros said...

Assalamualaikum Aidah,

Pos mai kat Kak Ros sikit kat sini maih...he.he..teliur nih he.he..

Selamat hari lahir buat Thaqif ya..semoga dikurniakan yang baik2 saja dari Allah...

zard said...

Hurrah for Aidah..i really loike it..hari2 ada entri..best best.. Btw Happy Birthday Thaqif. Malam ni mmg esei boleh tido dgn hati yang tonang yo.. Hepi wiken!

Dils said...

Potato tu menariikkk. Nampak sodap semuanye. Untung la Thaqif dapat celeb birthday reramai sesama family lagi akak masakkan

Aidah said...

mama maman,
Yeay..selamat berhujung minggu..

Aidah said...

Acik Erna,
Ha ah. Sonang yo. Tak payah kelebek blog resipi oghang. Kok buat e nak kek velvet meghah tu, pueh dibuek e. Hihihi.

Aidah said...

Dinas,
Shekali shekala bolehlah makan comfort food ni kan. Kalau selalu bertambah kentanglah akak ni ha. Kihkihkih. Nak wrap sayoq ya...okey siap...cepat sambut, dinas.

Aidah said...

Murni,
Kalau nak isi tak terkeluar kan, pakaikan wraps tu dgn tali pinggang mekah yang besar tu. Hihihi. Akak lawak ja. Akak kasi gulung ketat2 dik macam gulung tikar tu dan isi pun letak sempoi2 ja. Tapi ni pun entah dah keberapa puluh kali baru jadi lagu tu.

Aidah said...

Ros,
Alaikumsalam kak ros. Menu simple je kak. Guna ilmu yang ada atas kapla ni ja. Tak payah pening2 bukak resipi. Janji budak2 suka.

Aidah said...

zard,
Hepi wiken, zard. Minggu ni je kot macam ni. Minggu depan mungkin start bz semula. TQ for your support and take care, my dear friend.

Aidah said...

Dils,
Makanan cincai2 je sebab bukannya banyak kudrat dan masa yang ada pada tukang masak pencen ni, dik. Hihihi.

fadz said...

hi kak aidah,
thanks ye mai singgah blog fadz.. sorry fadz selalu singgah blog akak tp x sempat nak tinggal komen.. biasa laa busy laa ni.. sorry naa :)

Bonda Ryan said...

wrap sayur tuh sgt menggoda as nampaknya..hihi. godaan nya bisa buat lupa sekejap kat atok milo yang di cintai itu..:).biasa2 pun totap buat kita ingat detik nih kan kaka..apa pun yang bersama org tersayang, semuanya indah -luv-

Iz said...

Amboi, western style sangat besday party ni.. hehehe.. Sorrylah kak, saya lama tak update blog. Server internet terbakar! hahaha. Tensen sungguh. Ni pun pakai broadband yang signalnya kejap ada, kejap tak ada. Entry banyak nak buat nih, kang bertangguh lama-lama nanti dah jadi malas hehehe