Pages

Friday, 30 November 2012

Citer MAHA 2012 lagi

 

 

 

Katanya pergi MAHA sampai 3 hari berturut2 kan.Takkan cukup citer MAHA 1 post je. Hari ni akak nak kasik fokus citer pasal bunga pulak.

 

041

Ada beratus2 spesies yang dijual kat sini. Rasa tak nak balik. Cantik sangat. Yang peliknya kat tempat lain kemain membahang lagi tapi bila masuk kawasan bunga ni....sejuk je. Nyaman. Satu pasu tu dijual dengan harga antara RM12 hingga RM18.

 

 

038

Tapi yang ni mahal sikit. Unik. Cer tengok batang dia tu. Lain kan.  Harga sepasu pulak RM40. Tapi kalau nak beli anak dia yang jual sebatang2 tu hanya RM10 sahaja. Tapi kena pandai tanamlah. Kalau tak pandai, bila bawak balik terus jadi arwah. Akak ni masuk kategori tak pandai. Mak akak memang pandai tanam orkid. Siap jual lagi masa kitorang kecik2 dulu. Biasanya orang beli bila ada kenduri kawen, nak hias hantaran atau pelamin ke kan. Sekarang ni mak dah tak larat lagi.

 

 

039

Pokok ni semua orang tahu kan. Alah.....inilah dia kepunyaan kera yang menang masterchef 2011 dulu. Siap tayang lagi periuk dia. Vangga sangat.

 

 

042

Bermacam2 orkid ada. Ada orkid gumuk.

 

 

057

Ada jugak orkid kurus. Kaki panjang2 macam supermodel kan.

 

 

078

Ini orkid batik. Agaknya lah. Macam baju batik kaftan pulak kan. Yang ni jenis hybrid. Mahal jugak. Sepasu lebih kurang RM40 kot. Atau mungkin mahal lagi. Akak tak beli pun. Sebab dia ni jenis sensitif. Kena air banyak tak boleh, kurang air pun tak boleh. Sentaaaaaap manjang.

 

 

059

Yang sesuai dgn akak ialah spesies rugged. Jenis yang don't care....whateva nih. Namanya Dendrobium. Akak beli warna purple dan kuning utk tambah koleksi kat rumah. Harga adalah berbeza2 dari satu gerai ke gerai lain. Ada yang jual RM12 sepasu. Kalau beli 2 hanya RM20. Tapi pilih yang daun dia hijau dan gemuk2 ya. Supaya lebih rugged bila sampai rumah.

 

 

 

205

207

Ini yang memang ada kat rumah akak. My lovely purple fighter. Sangat meriah berbunga all year round. Walaupun akak tak jaga sangat pun. Kadang2 tak duduk rumah lebih seminggu. Berpanas, berhujan je dia. Tapi dia tetap don't care, whateva..... Tetap berbunga. Terharu akak.

 

 

032

024

Yang ni pulak 2 spesies dendrobium yang akak beli kat MAHA. Siap patah lagi setangkai bunga tu masa bawak balik. Akak kan ganas. Bawak lenggang kangkung...apa tak nya. Patah bertangkai2 lagik. Nasib baik bunga ni rugged.

 

 

045

Kalau tak suka orkid tak pe. Ada jugak bunga lain. Bunga kekwa macam2 kaler ada.

 

 

083

Bunga ros pun ada. Yang besar tu RM25 sepasu dan yang kecik2 comel tu RM15 sepasu. Ada jugak yang bunganya besar tapak tangan. Yang itu RM35 sepasu.

 

 

071

074

075

Cantikkan. Pegi MAHA cepat. Bagi yang bertangan sejuk tu, tanam apa pun menjadi....memang berbaloi beli. Akak tak payahlah. Asal nak amik sepasu je, terdengar2 pesan omak. " Cukuplah tu Da. Tak usahlah diboli laiie. Oghang nak tanam bungo ni kono ghajin. Kau tu polasou. Tanam ghumput pun bolun tontu monjadik."

DUSH sekali dari mak. Polasou tu kan bahasa orang nismilan yang maknanya pemalas tahap gaban. Tapi pronounce biar betul ya, jangan pelat2....nanti lain maksudnya.

 

 

 

088  

Setelah beberapa kali nasihat mak direplay dalam kapla, akak pun sedar diri dan makan cili. Moh lah kita balik minum air. Huhuhu.

15 comments:

hasliza ain said...

har3!! kalau den nak ngomen kono golak dulu kak. samo lah kito..poloso. cantik bonar ros tuh, ghaso nak poie senanyan nnt, dah mintak cuti dah. angkut pulak 4 ketol RYAN4 tuh, tak tau lah apo yang akan jadik..dapek ko tidak ko boli pokok :P

Aidah said...

hasliza ain,
Hihihi. Mak akak kan copek yo nak mompolaso kan oghang. Duo tigo kali sughuh, tak yo maun buek...siaplah. Memang polaso ekau ni, kato e.
Poii copek, dik. Haghi Ahad ni ado lelong agak e.

zard said...

zaph pun polasu gak..haha.. suka beli pokok tapi polasu nak jaga..haha.. sampai kan pokok yang rugged pun boleh arwah gak.. mmg sadist polasu zaph kat pokok.. geram nau tenguk pokok cili tu ya.. lebat buah dia.. alangkah bagusnya kalau dapat tanam kat rumah.. tapi apa kan daya diri ni dah polasu..hehe.. sedap plak word tu..

~mrs azmi~ said...

hoho.. tahun ni langsung takde celah masa nak g maha.... tahun ni takde shuttle bus ke? tahun lepas ade juga bas rapid dalam tu.. cepat sikit sampai

Murni Alfathunnisa said...

uish..chek suka la orkid segala mak nenek spesis ni kak oi..suka tengok. nak tanam memang tak daya. orkid ni chek suka yang kaler kuning kaki panjang ala supermodel tu. ia klasik dan ada sentimental value. arwah tok cukup suka orkid jenis ni..dia tanam dan hidup agak lama..masa tu chek kecik lagi. unfortunately, lepas arwah meninggal..pokok tu pun mati tak lama lepas tu.

teringin nak pi MAHA ni..tapi jauh la kak. takpa lah..kak aidah dah tolong pi untuk chek..layan gambar saja la nampaknya. tu pun alhamdulillah..boleh jugak tengok dan ambik feel. jaga elok2 orkid yang akak beli tu...

Acik Erna said...

Aidah..bukkan ko hari sabtu penutup e..suko acik tengok gambar2 ni..taun i acik tak lopeh poie..hari cuti ado keduri..kalau poie MAHA acik jaghang nengok bungo2 ni...asek poie tompek lain yo..

Aidah said...

Zard,
Hahaha. Geng kita. Tapi kan i tengok herbs garden u tu okey je. Siap dimakan lagi dek geng bulus. I ni hari tu mak bagi sepasu pokok kunyit. Daun kunyit tu i asik ambik buat gulai kuning. Lama2 arwah jugak. Sempat 2 kali ambik je.

Aidah said...

mrs azmi,
MAHA ni luas sangat dik. Kalau nak pegi kena sehari suntuk jugak sebab setiap pameran tu jauh jauh. Tercabut kapla lutut nak jalan. Tak pe. Mungkin 2 tahun lagi boleh pegi ya, inshaAllah.

Aidah said...

Murni,
Owh ya ka, dik. Spesies supermodel tu sangat rare tau. Ada satu gerai ja yang jual. Ambiklah sepasu dua arwah tok punya bawak balik rumah. Mana tahu Murni ada bakat arwah tok.

Aidah said...

Acik,
Donga e, abieh duo haghi bulan. Tapi agak e haghi tu ado jua lelong. Poii lah acik. Mano tau ado joki nak bawak balik kamben ko lombu ko seko. Buleh buek kondughi, lopeh tu ajak sey datang makan yo. Hehehe.

zard said...

Hohoho..jgn tertipu Aidah, pokok herbs tu mcm menjadi je sbb masa tu baru beli mmg lh nmpk sogar.. Masa I balik kg hari tu trus jadi arwah.. Huhuhu

Nini D.. said...

hakhakhak...tobat kak.kita serupa.org mcm kita nih memang sesuaaaiiiii jaga bunge jenis rugged & tahan lasak.

Dinas Aldi said...

Saya apa jenis bunga pun boleh tembak saja, nak bela memang tak hidup. Tangan saya ni memang panas. Suka tengok tembakan kak Aidah tu, terasa berada di situ :)

Rindu bangat dengan kak Aidah.

yana halim said...

pergi MAHA sampai kasut terkopek. Hebat betul penangan berjalan di MAHA. hehe

Wak Gelas™ said...

wak pon X sempt nk gi Maha 2012 tuu.. Uhhuuu