Pages

Thursday, 1 November 2012

Sheripah

 

 

Wahhhh...kemain kekdah updet akak minggu ni. Setiap hari uollls. Kejap je ni pun. Selagi stok masih ada, kata orang. Edisi terhad. Terhadlah sangatttt. Sebabnya bila datang rasa tak sihat tu nanti, duduk dendiam je lah akak nyer pun.

Hari ni nak citer pasal 2 minggu lepas. Kan akak bawak 2 beradik anak tan sri tu ke rumah akak kan.

 

164

Best betul rumah akak. Meriah sangat. Tiap hari macam ada kenduri.

 

 

041

Bila penat tidur, diorang main.

 

050

Kat rumah akak memang banyak menan kucing. Rambang mata okey, nak pilih mana satu nak main. Kalau kat kampung tu, tan sri tu kedekuit sikit. Mainlah anak2 dia ni dgn plastiklah, tutup botol lah, plastik aiskrimlah. Menan tang kedai ni memang tak pernah nampak pun. Uncle Milo pemurah. Semua kasik beli untuk anak2. Kat Mines tu je pun. Jalan kaki pun boleh. Hehehe.

 

048

Minah kaktus ni memula tu malu2 jugak. Tengok pun tang jauh je. Kang tetiba join main kang, dituduh gatal pulak. So tahan dulu rasa membuak2 nak main tu.

 

062

60 saat kemudian. Tak boleh sabar tau. Mestilah nak join. Bukan selalu dapat geng ramai2 macam ni.

 

065 

65 saat kemudian. Tetiba dah duduk sebelah Tomey. Masa memula sampai dulu, kemain hissing lagi bila nampak kelibat anak2 tan sri. Cepat warm tau, minah kaktus ni. Friendly sangat. Tapi ada yang tak suka dan berbulu tengok.

 

 

058

Tu haaa yang dok atas katil tu. Kemain marah lagi. Dari mula budak 2 ekor tu sampai, hinggalah hari nak balik, hissing dan mengrrrrr grrrr je all the way. Tak campur langsung.

 

106

Sepanjang 7 hari  anak2 tan sri ada di rumah akak, Peah ni membawa diri dan bertapa di bawah katil, di balik langsir dan bawah kerusi. Pendekata di semua balik dan bawah. Keluar bila malam2 je, time budak 2 ekor tu dah masuk dalam cage dan bila Arif angkut dia pergi toilet. Kadang2 cukup susah nak tarik dia keluar. Khusyu' sangat bertapa.

Bila citer dgn mak akak kan, dia cakap " Si Peah tu keturunan sheripah agak e. Tak campo ngan orang kebanyakan. Nyampah den. Sok balik kampung den nak kobar an kek dio. Tok sah lah kau nak boghangan nikah ngan syed yo doh. Sok kok tak laku. "

Translation: That Sofia must have thought that she was of sherrrifah's descendant. (kemain, bila translate Peah jadi Sofia. Gasaklah. Hahaha) Pfft. Don't want to mix around? Who does she think she is? Rubbish den. When you come back, let me talk to her. Don't dream of getting married to a 'syed' only. You'll be expired before you can meet a pure syed.

Haa amek sekali. Kemain dasat translation kali nih. Kalau ke laut tu, mintak mahaplah ya.

 

200

Terkesima kejap Peah dengar tazkirah mak akak. Sedih. Dalam hati masih berangan nak kahwin dgn sedarjat. Konoooon.

17 comments:

tunfatimah said...

hahaha...what a surprise...seronok klu u rajin update, we all yg menumpang membaca ni teramat lah suka......citer2 psl kenits2 bulus ni mmg forever best....tp kan mmg agree la dgn Mak u, klu si Peah ni ada keturunan sheripah...cer u tgk muka dia...mancung je gitu, kan?Dah tu badan panjang slim... tu klu org mmg cantiks la...
si kaktus dgn 2 bulats tu muka kan lain bulat je ....hahahhahahah...tu yg tak suka org baru......geli hati je ...

Acik Erna said...

ha ha ha..adui..sakit poghut acik golak..peah tak pedulu aidah..memang dio raso darjat tinggi tu he he

zard said...

wah best lah Aidah, ada new entry mcm tergiang-giang je dgr suara Deko bersama Alex saplaisss!!!

a'ah lah Peah ni ada macam muka arab pun ada gak.. dgn hidung mancung tambah bercelak keliling mata.. boleh lah tukar nama jadi sharifah sapeah.. hehe

apa-apa pun zaph doakan Aidah akan sentiasa sehat walafiat. insya Allah.. aminn.

Tihara said...

as salam

cumel2 nya kucing..ske tengok :)

Dils said...

Hehe. Seronok la akak rajin update, lagi2 update gamba pelbagai kucing.

Geram comel betul tengok Tomey tu. Rase mahu gomolll. Rupa die memang bukan macam typical stray. lawa tawww... memang suspek anak buangan bangsawan ni.

Saya malas kenkadang nak beli mainan kucing, tak sampai 2 jam, Bobby dah pegi gigi tali tu sampai putus. Lama2 ikat reben kat stick2 tu as mainan tu semua dah putus.

Dinas Aldi said...

Seripah yeh, kahkahkah! Tengokla gambaq last tu muka lepas dengaq tazkirah, adoyai, lawak laaa!

Murni Alfathunnisa said...

Buat renungan cik Peah a.k.a Sofea

dont be too choosy my dear. Kalau yang datang tak 'syed' pun takpe...janji ensem okes...haha...

buleh tera tu advise saya kat cik Peah...? menambahkan lagi luka di hati mendengar tazkirah dari mak akak....haha...

Bonda Ryan said...

Keturunan syed n sheripah kbanyakannya cantik2!! shuker2!!

Aidah said...

Tun fatimah,
Hihihi. I pun macam tak caya je. Sebenarnya ikut rasa hati. Bila dah tak sihat dan kepala pun sarat dgn masalah, hati pun tak mampu nak berblog. T.kasih kerana sudi baca. You all semua penguat semangat I sebenarnya tau.
Ha ah kan. Peah ni mata pun bulat macam Arab. Tapi minah arab yang garang tau. Hehehe.

Aidah said...

Zard,
I pun seplais dgn diri sendiri. Hahaha. Semua ni sebab hepi, my mother dah beransur pulih. Syukur sangat pada Allah. Sekarang ni mak pun dah boleh joke around. Best.
Celak memang tak tinggal Peah tu. Tiap hari mekap. Hehehe.
Terima kasih atas doa dan I mendoakan U jugak agar sihat dan dilindungi Allah selalu. Amin.

Aidah said...

Acik,
Mak sey kan, ghamai kawan golongan Seripah ni. Memang zaman dulu komain strict laiie. Tak buleh langsung kona ngan oghang kobanyakan nih. Tapi taim ni, agak e dah tak do cam tu laii kan, acik.

Aidah said...

Tihara,
Terimakasih sudi singgah. Si cumel2 ni lah pengubat hati duka.

Aidah said...

Dils,
Kan. Tomey tu akak pun tak tau mix dgn apa dik. Tanya doktor diorang pun cakap bukan macam kucing buang. Mungkin mak dia tu kena buang istana kot. Hihihi.
Menan kucing akak ni kan kena simpan dalam laci bila diorang dah penat main. Kalau tak, habis dibawak lari dan tak jumpa lagi. Kadang2 tinggal batang je.

Aidah said...

Dinas,
Ha ah dinas. Gambar last tu tetiba dia pi sengetkan kapla dia bila akak snap. Kelakar tul si Peah ni. Perasan golongan bangsawan dia nih. Kihkihkih.

Aidah said...

Murni,
Hahaha. Kak Murni pun bagi tazkirah jugak. Dia buat pekak je dik. Siap tutup telinga dan nyanyi lalalala lagik. Hahaha.

Aidah said...

Bonda Ryan,
Ha ah kan. Diorang ni hidung mancung, putih dan mata pun cantik bulat. Kira macam citer P.Ramlee pulak antara 2 darjat. Hehehe.

Iz said...

Amboiiii SOFIA katanyaaaaa. Sharifah Sofia? HAHAHAHAHA.. Pasrah je kak, pasrah. Ni la perangai calico yang saya paling tak boleh blah. Eksyen dan angkuh tu memang sifat semulajadi. Aoi masa Hachiko baru datang dulu, sampai susut badan dia. Nak makan pun tak selera sebab ingatkan kakaknye dah tak sayang kat dia lepas ada adik baru. Dan sampai skrg pun Hachiko masih takleh rapat sangat ngan dia. Hangin puting beliung dia tu bila-bila masa je boleh terbalikkan rumah. Hahaha.. Kwn saya ada 3 ekor calico, lagi dasyat, semua kena duduk 1 cage, depa takmo bercampur dgn kucing kaler lain. POYO! hahahaha