Pages

Saturday 25 June 2011

Astigmatism yang diwarisi.

 

Anak-anak kak wok, tiga-tiga pakai spek. Cucu-cucu kak wok pulak sorang saje yang tak pakai spek. Yang lain semua adalah bermasalah dalam bab-bab mata ni.

Yang paling latest ialah budak dua orang ni.

 

P6250977 Entah mana belajar amik gambar mesti nak muncung bibir tu.

 

P6250952 Memula yang nak di test ialah si abang, Miss Nisya hanya tumpang glamer. Tapi dah alang-alang bawak dia sekali, suruhlah uncle tu check mata dia sekali.

 

P6250963Dalam bilik gelap ni Miss Nisya telah memeranjatkan uncle spek tu bila disuruh baca semua huruf yang ada di depannya. Berdasarkan saiznya yang tonggong, uncle tu ingat dia dah darjah 1 at least, walhal dia baru je 3 tahun. Bila di suruh sebut satu-satu huruf kat tester tu habis meraban-raban semua huruf dibacanya. Siap yang tak de kat situ pun disebut. Ini sudah bagus. Bila sarung spek saja, semua alphabets boleh nampak. Magic glasses ke apa?

 

P6250964  Dia tak peduli, dia tatap nak pilih pink kaler tau!

 

P6250967 A fully satisfied customer. Kembang hidung tu amik gambar dengan spek baru.

 

P6250965 Ini yang pertama dia try. Tak puas hati ok sebab rupanya macam makcik-makcik.

 

 

P6250966 Yang ini dia sudah berkenan. Nampak tak perbezaan pada tahap kemanisan raut muka dia tu.

 

P6250968 Sangat curious. Nak tengok jugak camana orang tu fitkan glasses tu pada frame yang dia dah pilih.

 

P6250974 Senyum baiiiiik punya sebab dapat spek kaler pink.

 

P6250975 Kau ni bang, memang osah tol jobo eh! Apo lak sonyum cen tu! ( translation : wahai anakanda, kenapa lah anakanda terlalu membangga diri? Kenapakah duhai anakanda tersenyum begitu?)

 

Oh ya, bebudak dua orang ni terpaksa  memakai cermin mata kerana astigmatism sejak lahir dan tiada kena mengena dengan tuduhan orang bahawa mereka ini terlalu banyak membaca buku. Begitu juga dengan dua orang sepupu mereka yang berkondisi sama. Jumlah buku yang dibaca oleh dua orang sepupu mereka juga ala-ala kadar sahaja bilangannya. Sekian.

2 comments:

Dinas Aldi said...

kehkehkehkehkeh nasib baik ada translation, kotidak memang meraba2 nak faham kat gambar akhir tu.

ohh penyanyi popular pun dah pakai spek dah :D

Aidah said...

Penyanyi femes tu ada hajat nak pakai contact lense kaler pink tapi masih tak dpt kelulusan badan penapis kak wok. kah kah kah.