Pages

Wednesday 22 June 2011

Kapla suda fenin!

 

Tolong! Tolong! Ribut telah melanda!

P5190558 

 

Orang tua-tua kata, tak kenal maka tak cinta.

Inilah kali pertama nak mencuba firefly sebab nak jimat kos katakan. Trip yang saya nak buat ni pulak more like trip tanggungjawab penuh hemah bukan leisure trip. TETAPI entah dimana salahnya, sistem ticketing online asik hang dan date pulak asik bertukar-tukar walaupun saya dah buat tarikh betul untuk pergi dan balik.

Agak-agak 1/2 jam saya duduk depan laptop tapi last-last date yang diberikan untuk balik SALAH!!!! Payment dah confirmed. Maka bopoluh-poluhlah saya nak membetulkan sekelian kesalahan. Saya call customer service, dan dia kata okey kita cancel saja. Bila saya tanya macamana caj yang kata confirmed tu, dia kata okey tak de masalah sebab saya dah cancel. Saya pun buat another set of travel itinerary untuk tarikh yang betul dan kali ni okey semuanya menjadi. Ini semua cerita last 2 weeks.

Last week En AHBY pulak dapat e-mail untuk 2 travel itinerary. Macamana pulak ni? Call credit card centre, dia pulak kata, ada charge untuk kedua-duanya. Bukan sikit, makan ribu jugak!

Lepas tu bermodalkan air liur, En AHBY telah bertelagah dengan firefly untuk demand explanation atas caj 2 kali ganda itu. Dari marketer biasa sampailah ke senior officer kami dok bincang. Last-last Miss Vitra, officer firefly bersetuju memberikan kami kredit untuk tiket yang dah overcharge itu. Thank you very much. Saya pun dah hampir nak give up. Alhamdulillah.

Semalam pulak rumah ni ribut macam pejabat tour agency amatur. Kelam kabut mencari destinasi cuti untuk kredit kami tu yang hanya boleh diutilise dalam masa 3 bulan saja. Tolak ramadhan, syawal, event sekolah anak-anak, tinggal 2 weekend saja available untuk kami travel kemana-mana. Sistem kat firefly pulak asik down sahaja. Memang sakit hati sebab setelah tunggu 1 jam dan dah key in data, sistem pulak down. Last-last saya pun cakap pada En.AHBY, tak pe lah, jangan fikir rugi tapi kena fikir berapa kita jimat untuk kos hotel bagai. Kalau lepas ni try tak boleh jugak lagi, kita halalkan je lah. Kapla saya pun dah fenin sebab dari pagi sampai petang kami berurusan dengan officer firefly.

At last at 3.00 pm lebih kurang, dia kata our itinerary got through successfully. Alhamdulillah. Lepas tu kelam kabut pulak mencari hotel.  Maklumlah weekend, cukup susah nak mencari yang available dan harga berpatutan. Agak-agak pukul 6.00 pm barulah selesai semuanya. Dan untuk 3 minggu seterusnya kami akan berada di sana dan disinun. Fuhhhh!! Lega, Alhamdulillah. Doakan kami selamat dalam semua perjalanan kami ya!

Sorry ya kalau ada yang penat melayan kefeningan saya yang panjang lebar ni. 

In the end, I saved about RM160.00 flying with Firefly compared to MAS. Berbaloikah fenin kapla ku ini?????

Jawabnya……..adalah berbaloi sebab di zaman sekarang ni semua sen nak kena kira.  Tak gitu cik wok? Cik wok berkerut memandang saya. Tak tahulah nak marah ke atau risau tengok saya yang kelam kabut sejak akhir-akhir ini. 

 

P5140590 Wahau pun berkerut muka jugak????  Sabar je laaaah.

2 comments:

Dinas Aldi said...

fuh nasib baik hepi ending stori fenin ni, kalau tidak saya pun tumpang fenin, hehe

selamat pergi & selamat kembali naa

p/s: saya sampai sekarang asyik nyanyi "itik bopoluh ayam pun bopoluh", kahkahkah!

Aidah said...

Lagu tragedi caik baba tu memang boleh jadi ubat fenin. Lebih mujarab dari panadol. Ha ha ha ha ha.