Pages

Sunday 5 June 2011

Resipi Daging satay

 

 

Hari ni di Port Dickson hujan lebat dari pagi, lepas subuh sampailah tengahari . Walaupun hujan, kereta yang datang ke PD ni berduyun-duyun jugak. Jalan adalah sangat jam, maka semua orang kena duduk rumah sahaja, tak leh jenjalan.

 

P6050743Pempuan-pempuan dalam rumah cik wok ni kena gak kluar ke pasar pagi-pagi ni.

Hari ini saya berhajat untuk menuntut serba sedikit ilmu memasak dari cik wok. Pada hari ini, selera adalah cenderung kepada daging iaitu daging satay goreng.

 

P6050744

Resipi untuk daging satay ialah :

1kg daging batang pinang (lembu).

Segenggam  tangan cik wok jintan manis

Segenggam tangan cik wok jintan putih

Sebesar ibu jari kaki cik wok halia.

5 batang serai di hiris-hiris

(semua bahan di atas ditumbuk tapi daging tu tak yah la tumbuk)

Kunyit secukup warna.

Gula dan garam secukup rasa.

Kalau nak lebih sedap tambahkan sedikit gula enau/merah yang dihiris-hiris.

Minta maaflah ya dengan sukatan dalam resipi ni. Saya cuma sampaikan apa yang cik wok beritahu saya saje. Maklumlah cik wok ni chef veteran zaman dodulu.

 

P5280807Haa den dah bagi gamba ibu jarhi kaki den. Jangan kau nak komen lak yo! Agak-agaklah bosar mano halio tu!

 

P6050747Gaul bahan-bahan yang dah ditumbuk dengan daging hingga sebati. Kemudian tambahkanlah garam, gula dan kunyit. Perapkan selama 2 jam. Lebih lama, lebih bagus.

 

P6050751Lepas tu, apalagi, gorenglah. Tak kose saya nak cucuk –cucuk ngan lidi. Sangat pemalas atau lebih tepat lagi, bak kata cik wok sepatah ‘Pelaso’. (term ni untuk orang yang selalu malasss saja)

 

P6050750 Tapi ada jugak yang terlebih rajin dan membuat SATU cucuk satay lalu dibakar di api gas semasa orang malas ni sibuk menggoreng.

 

P6050752 Untuk rasa yang lebih sedap dan lembut, jangan goreng daging ni terlalu garing.

 

P6050749Kami ada tetamu pada hari itu iaitu adik cik wok, cik Pesah, yang datang bersama-sama anak dan cucu-cucunya. Hidangan kami hari itu ialah hasil kerjasama 2 beradik catering.  Nasi panas dimakan bersama daging satay goreng, gulai ikan merah berduet dengan sawi jeruk, goreng berlada pepahat dan goreng kacang panjang.  Cik wok bertindak sebagai pengarah drama pada hari ini.

Selamat menjamu selera!

5 comments:

Dinas Aldi said...

fulamaks mengancam nih! cek suka satay. kengkadang bila beli lebih, esoknya tu buang lidi masuk daging satay tu dalam nasik goreng, hehe

Aidah said...
This comment has been removed by the author.
Aidah said...

Cikgu Dinas, terimakasih atas idea buat nasi goreng satay berlebih. Nanti saya try lenkali.

Tijah said...

cik wok duduk mano? sey kok lalu pd salu boli kuwe kek dopan mesojed bagan pinang tu. sodap2 kuwe eh.

Aidah said...

Den duk KL. Omak den,cik wok ado kek toluk komang. Tu yang slalu balik kampung tu. Memang botul kek situ kuwe eh sodap, mughah, banyak pilihan. Dah lamo tu, maso den kocik laii dah ado jua kuwe kek situ.