Pages

Sunday 26 June 2011

Taman bunga kak wok

 

 

Dulu masa saya kekecik, mak saya sangat suka dengan bunga orkid. Di laman rumah memang ada rumah orkid yang dibuat khas untuk mak. Spesies orkid yang mak ada masa tu berpuluh-puluh jugak. Ramai peminat orkid yang datang rumah untuk melihat sendiri koleksi mak. Kalau type tiger orchid tu memang tumbuh meliar di sekeliling pagar rumah.

Bila kami berhijrah ke PD, hanya tinggal sedikit koleksi orkid mak. Bila mak dah bertambah uzur, banyak orkid mak yang turut uzur. Anak-anak pulak sibuk masa tu dengan kerja dan keluarga masing-masing. Akhirnya tiada satu pun yang tinggal bernyawa dan semua tinggal kenangan pada kak wok, mak saya.

Sekarang ni AIK (abang ipar ku) pulak yang berminat dengan orkid ni. Adalah  serba sedikit yang dikumpulnya. Tapi AIK ni suka yang jenis orkid liar tu.

 

nikon2 141 Ini saja  orkid yang berbunga masa ni. Yang lain-lain tengah memendam perasaan.

 

nikon2 138 Kat rumah ni hanya ada satu saja pokok bunga mawar warna merah. Baunya sangatlah wangi. Tak berhenti berbunga sepanjang tahun.

 

nikon2 133 Cuba teka bunga apakah ini, anak-anak sekelian. Ini bunga kesidang namanya. Kalau orang kampung mesti tahu punyalah. Wanginya, mak datuk, kalau malam-malam memang tegak bulu tengkuk. (eh, bukan hantu raya ke yang berbulu di tengkuk tu)

 

011Memang meriah bunganya dan semerbak wanginya di rumah kami. Saya selalu ambil dua tiga kuntum dan letak dalam almari baju atau dalam handbag. Memang wangi segala mak datuk harta karun dalam handbag tu. Kalau letak dalam kereta pun ok jugak. Boleh jadi pewangi kereta yang sangat greeny dan economical tu kan.

 

016 Ini pulak macam pokok pisang mini. Tak berbuah pun cuma buat perhiasan je.

 

017 Bunga yang keluar macam jantung pisang. Pokok ni asalnya dari Melaka. Masa kami bercuti di  A-Famosa, bibik kami yang minat dengan bunga-bunga ni telah mengsonglap sebatang pokok ni yang di tanam dengan meriah di tepi jalan di bungalow itu. Sampai rumah, ditanamnya kat tepi pagar. Si pembuat jenayah ni telah pun pulang ke Indon so kami pun beranilah bukak cerita. Keh keh keh.

 

015King cactus ni dah lebih 15 tahun umurnya. Masa beli ni Puan Alang masih belum berkahwin dan cactus ni pulak hanya 5cm saja diameternya.

 

022  Ini pulak pokok buah delima. AIK yang tanam di depan rumah kak wok.

 

023 Sejak akhir-akhir ni sangat meriah buahnya.

Banyak jugak pokok bunga-bunga kampung yang ditanam di keliling rumah ni. Pokok bunga kemboja putih dan kuning pun ada tapi dua-dua tak berbunga masa ni so next time kalau ada yang tak memendam perasaan, akan saya amik gambarnya. Ada jugak satu pokok bunga kembang malam yang sangat eksotik dan hanya berbunga sekali sekala sahaja. Itu pun next time jugaklah nampaknya.

2 comments:

So Shy Lady (SSL) said...

salam k ida,

wah rajinnya mnanam..gmbar bleh dbuat wallpaper tuh...cantik

Aidah said...

Waalaikumsalam.
Rajin petik je. Selalu kena marah ngan kak wok sebab tak suka tend garden. (Banyak nyamuklah omak)