Pages

Saturday 6 August 2011

Delivery Boys

 

Satu perkara yang meriah di bulan Ramadhan ni kalau duduk di kampung ialah bertukar-tukar juadah. Daripada dua hidangan boleh bertambah menjadi 4 atau 5 jenis hidangan.

Hari ini menu berbuka kami ialah ayam golek dan macaroni goreng. Punyalah penat nak menyudahkan kedua-dua hidangan ini sebab maklumlah bibik bercuti. Atas arahan kak wok, saya telah masak lebih kurang 750g macaroni dan kalau ikut ukuran kak wok pula ialah dua biji kuali macaroni. "Banyaaaaak tuh omak!" keluh saya. "Buek yo lah. Jangan banyak cerito, den nak sodokah."

Oleh kerana salon pas lupa nak beli, saya hanya lumurkan seluruh belakang badan dengan yoko-yoko untuk perjuangan di dapur. Ini baru masak untuk berbuka. Masak untuk sahur lagilah pulak lemah longlai. Tapi tak pe lah, hanya sebulan sahaja peluang untuk buat pahala berganda masak untuk keluarga kan.

009

     Hasil kelentang kelentung di dapur selama setengah jam, siaplah dua kuali macaroni goreng.

 

019 Siap-siap masukkan dalam bekas untuk diagih-agihkan kepada jiran-jiran.

 

020 Masuk dalam bakul basikal delivery boy yang begitu bersemangat nak menjalankan tugasnya.

 

022Kemain laju dikayuhnya basikal, nasib baik tak tergolek macaroni tu atas jalan. Kak wok dah bising dari atas balcony bilik. " Alahaiii cucu den. Abieh tumpah macaroni tu kang! toksah lah kona baring. Cubo kayuh polahan, lambek laie nak buko!"  (Sorry ya, mesin terjemahan saya berasap hari tu, kena hantar servis agak nya. Jadi hari ini terjemahlah ikut suka hati masing-masing) .

 

026 Ada lebih kurang 5 buah rumah yang merasa air tangan saya hari itu. Delivery boy yang kecik tu masih berpangkat trainee, belum pass lagi kalau nak pergi menghantar juadah sorang2.

Satu lagi juadah saya untuk berbuka hari itu ialah ayam golek tapi tak tergolek sangat hanya terlentang dan tertiarap.

016 Resipi ni memang resipi ciptaan mak saya sendiri. Masa dulu, ramai orang tempah ayam golek ni dari dia untuk lauk pengantin. Sepatutnya masuk sekor ayam kat dalam microwave tu tapi saya tak kuasa nak memotong-motong bila nak berbuka nanti jadi saya hanya gunakan peha ayam dan dada ayam yang dah dipotong2.

 

 

005Dan upah pada delivery boys ini pulak ialah dapat main playsation selama sejam sebelum berbuka.

3 comments:

Tijah said...

kak, nak la resepi ayam golek perantin tu. huhuu

Dinas Aldi said...

huih cenggini den pun teringin nak jadi neighbour kak Aidah, kehkehkeh!

Aidah said...

Tijah,
Buleh. Tak do salah eh doh. Tapi esok-sok yo Jah.

Dinas,
Boleh gak Dinas. Tanah sebelah umah akak ni dah lama kosong. Buatlah banglo sebijik. Petang2 boleh lepak bawah pokok jambu sama-sama. He he he.