Pages

Tuesday 9 August 2011

Resipi Ayam Golek Kak wok

 

1 ekor ayam

Bahan-bahan perap :

10 tangkai cili besar merah

3 labu bawang besar (pilihlah yang besar-besar macam tombol pintu)

6 ketul bawang putih (atau segenggam kanak-kanak 5 tahun)

6 tangkai serai (secekak tangan sendiri)

3.5 cm halia yang berdiameter 2.5cm (sila pinjam pembaris anak-anak)

6 cm kunyit yang berdiameter 1 cm

( ukuran halia dan kunyit tu versi saya, yang lain semuanya ikut mak saya, kak wok.)

Lengkuas sebesar ibu jari tangan.

1 sudu plastik putih bubur McD jintan putih

1 sudu plastik putih bubur McD jintan manis atau jintan hitam, kata si bibik.

1 sudu plastik putih bubur McD biji ketumbar.

Kesemua bahan di atas hendaklah diblend tapi boleh juga ditumbuk kalau nak dengki dengan bibik sendiri. Rasanya tetap sama cuma pahala adalah kureng kalau sesaje nak mendera bibik. Lagi satu, mintak mahaplah dengan ukuran bahan-bahan tu. Mak saya dah tak boleh jalan jauh lebih dari 10 tapak. Kakinya lemah dan terpaksa pakai wheelchair. Jadi sekarang ni kalau dia nak kitorang masak apa-apa, kena pakai remote crontrol. Dan rujukan bahan2 memang ikut apa yang ada di sekitar biliknya saja. Itulah timbul tombol pintulah, ibu jari lah dan macam-macam yang dia boleh nampaklah. Tapi kalau saya tanya banyak2, naik marah gak dia. "Ekau ni, sumo tak tau! Den cakap socokak, socokaklah! Apo lak susah na?" Terjemahan: Itulah akibatnya bila anakanda hanya tahu menternak lemak di badan sahaja. Apabila disuruh memasak, tidak keruan jadinya. Sekarang ni bila dayang tiada dan pulang ke Indon, rasakan!! Miahahahahaha!!! (Akan kuhempas juga mesin translator ni nanti!)

Okey, balik semula pada cerita bahan yang dah diblend tadi. Asingkan separuh bahan yang dah blend tadi untuk buat kuahnya. Yang lebih bolehlah dilumur sesuka hati pada ayam tadi bersama-sama gula dan garam secukup rasa. Jangan segan-segan untuk melumur ke setiap ceruk yang tersorok ya! Biarlah sah acara mandi wajib ayam itu. Lepas tu biarlah ayam tu termenung dalam fridge agak-agak 4 jam. Sila jangan ganggu ayam itu semasa proses termenungnya kerana hasil golekan ayam itu nanti akan menjadi tak semenggah!

Membuat Kuah.

Sila pastikan anda seorang yang tidak takut pada percikan lava gunung berapi sebelum memulakan acara ini. Dan jangan lupa mintak tolong En. Suami membeli santan sebanyak RM5.00 di pasar sebab akak lupo nak kobar tadi. Mahap yo!

Mula-mula amik kuali. Lepas tu masukkan minyak. Lepas tu masukkan bahan yang dah diblend tadi. Tumis sampai naik bau dan agak-agak kering. Barulah masukkan santan dan 3 batang serai yang telah dititik. Sila titik menggunakan lesung, bukan marker pen ya, adik-adik. Untuk proses selanjutnya anda diminta banyak bersabar. Kuah ini akan memercik lembut ke tangan si tukang masak, kalau nak makan sedap, tahan je lah ya. Kalau tak tahan, pakailah oven mitts tu macam anak dara saya setiap kali dia memasak di dapur. Kacau sampai pecah minyak dan sampai kuah pekat. Jangan lupa tambah gula dan garam secukup rasa.

Bila bakar ayam bolehlah  sapu-sapu manja kuah ni pada ayam setelah 20 minit acara pembakaran berlansung.  Jangan habis pulak sapu kat ayam tu, tinggalkan sikit untuk makan nanti.

 

014

Dah siap pun ayam golek kak wok. Bolehlah tunggu waktu azan untuk buat lauk berbuka nanti.

Sekian terima kasih. Selamat mencuba!!!

6 comments:

Dinas Aldi said...

Adoyaaiii sodap tuhhh!

Lawak sungguh bila baca ukuran bahan2 besar tombol pintu la, sudu McD la, kahkahkah!

Aidah said...

Macam itulah orang tua2, kalau mintak resipi. Kadang2 dia kata, agak-agaklah! Memang dia tak reti nak sukat gram2 nih.

Tijah said...

ohhh timo kasih la kak resepi ni. nak boli ayam ni...6.50 sekilo. sanun centu ko hago eh kak?

Aidah said...

Mughah ayam tu Jah! Kek sini tujuh hinggit sokilo. Maghah amek mak den dongar.
Masak sosodap yo!

honey said...

happy bila baca resipi kak wok ni...trgelak besar....but nice..good job kak wok

honey said...

nice one....trgelak besar bila baca k wok nyer resepi...but good job k wok...tak boring nak baca :)