Pages

Thursday 22 September 2011

Kucing Debab

 

 

007

Ini kucing. Namanya Milo. Kucing ini sangat gemuk. Dia sangat suka makan. Makanan kegemarannya ialah Royal Canine (hair and skin). Saya sangat sayang kucing saya.

 

P5090618

Hobi kucing saya ini ialah makan dan tidur.  Dia tidak suka bermain-main. Kucing saya ini juga sangat manja. Saya sangat sayang kucing saya.

 

014 Ini ialah permainan baru kucing saya. Namanya ialah buluan burungan. Kucing saya sangat suka main permainannya ini. Saya sangat sayang buluan burungan.

 

024 Ini Milo. Milo sedang bermain dengan buluan burungan. Walaupun hanya bergerak sebanyak 2 atau 3 inci di atas katil. Katil itu sangat empuk. Saya sangat sayang katil empuk. (tetiba)

 

021Setelah penat bermain selama 2 minit, Milo akan tidur semula. Begitulah cerita Milo, kucing gemuk saya. Saya sangat sayang kucing saya.

Haiissy! Penat aiih nak cerita cam gitu.  Milo ni sebenarnya lebih kurang 7 tahun umurnya. Tahun lepas masa bawak annual check up di vet, beratnya cecah 7.2kg. Vet dah warning suruh kitorang catu makanannya. Nak catu sakan2 memang taklah sebabnya bila dia tak cukup makan, dia akan mengacau orang tidur memalam nanti. Bila catu lebih kurang, beratnya naik lagi dan sekarang ni hampir 10 kg.  Serammm nak bawak jumpa vet tak lama lagi untuk check upnya. Yang pasti, ahkak jugak kena sound ngan vet tu kang. Jadi saya pun belikanlah permainan baru tu. Sebelum ni kitorang beli yang berbulu biasa dan ada tali plus loceng sekali, tak de diendahkannya. Tapi yang ini memang buat dia bergerak dan mahu bergurau semula. Jadi sebelum check up seterusnya, Milo akan dipaksa bermain dengan buluan burungan setiap hari. Kalau tak nak main, tak leh makan. Amacam, cukup tegas tak?

7 comments:

fadz said...

hi kak aidah..

tu dia aiihh milo dh nak dekat 10 kg. mau terkejut vet tu kalau tgk milo nanti... huhuuhu.. milo kena praktis diet + pakai thread mill... huhuuhu

Dinas Aldi said...

Tu diaaaa berlapeh dagu dia macam cek ni haaa, kehkehkeh!

Bagus, kena suruh dia exercise, untuk kebaikan dia jugak kan :)

Nina said...

hehe,sama la cm sepupu saya. bukan setakat kucing,dgn dia2 skali dah takut nak jumpa vet. sebab kucing dia gendut sangat,pastu bila catu makanan pandai pulak merajuk. dua2 pun vet bagi ceramah,haha,lawak sungguh. eyy,geram tgk milo gendut ni. send him this stranger's kisses n hugs xxxx

Murni Alfathunnisa said...

milo memang debab~! geram saya dibuatnya...nyau2 kitorang pun makan RC..tak lama lagi debab macam milo lah...besar dia pun dah naik mendadak selepas beberapa bulan.

syok je dia tido atas katil empuk ek..

kitorang sayang kucing kitorang...ahaks...hehe...

Akma_cikyong said...

hai..salam perkenalan~~
hamboi kucing akak..sgt gumoks!huhu bez gile kalau dapat pelok kuat2..hihi

Aidah said...

Fadz,
Susah nak suruh dia jalan, nak gi toilet dia pun kena dukung tau. Kalau naik thread mill, lagilah hareeeemmm!

Dinas,
Ada orang kata, muka tuan pun lelama akan menyerupai petnya juga. Akak punya badan debab ni pun Milo lah punya pasal. (tetiba nak salahkan kucing). Kehkehkeh.

Nina,
Tq for visiting. Memang seraammm akak nak gi vet bulan Disember nii. Si Milo tu sardin je muka dia, ahkak jugak nak kena tahan leter doktor tu nanti.

Siti Murni,
Memang betullah, sejak makan RC mendadak naik berat badannya. Sedap sangat kot. Nak tanya kat Milo, tak faham pulak bahasa melayu. Kehkehkeh.

Akma,
Terima kasih singgah di laman akak. Memang Milo ni macam bantal, sedap dipeluk, gebus dan panas je badannya.

Akma_cikyong said...

kak aida,nk geget let x pp dia..ish!geram tol r!da lah pemalas..makan jer kuat..hihi
cam nak babap2 jer peha dia yg gebus 2..
loceng 2 mcm xmuat jer kt leher..kikikiki