Pages

Friday, 6 April 2012

Bunga untuk orang yg tak berapa nak hijau tangannya.

 

Akak memang suka tanam bunga tapi bunga sangat tak suka dengan akak.

 

020

Macam pokok bunga ros ni. Masa mula2 beli dari CH kemain cantik berbunga. Tiap2 pagi akak spray sikit dgn air, lepas tu bagi dia sinaran matahari pagi tu. Tak juga menjadi. Kejap je tahannya. Dalam seminggu dah mati.

 

026

Sedih tau. Yang tinggal kenangan hanya gambar ni saja.

 

045

Jadinya sekarang akak dah insap. Tak de makna nak tanam pokok bunga lemek macam bunga ros. Tanam saja pokok bunga orkid yang rugged. Dah lama akak beli orkid ni. Akak beli ni masa Ekspo MAHA di Serdang, 2 tahun lepas. Bukan berjaga sangat pun. Akak hanya letak baja dari gunung berapi tu. Dia macam bentuk batu dan diambil dari volcano di Indon tu. Akak beli kat MAHA jugak. Tapi akak almost give up nak tengok bunga dia ni. Tak berbunga sejak beli dulu. Baru2 ni  akak cakap dgn mak, apesal tak berbunga lansung. Mak akak kan pakar bab2 orkid  ni. Dia tahu je spesies apa orkid ni. Akak? Tok sah tanya lah, buat penat je. Mak akak cakap, orkid spesies tah apa namanya ni (akak dah lupa apa mak cakap) memang susah nak berbunga. Tup..tup, mak akak balik je ke PD, dia keluar kudup2 tu dan terus kembang berbunga dan nak sampai 3 bulan masih kembang.

 

048

Bagus kan...kena tegur, terus insaf dan berkembang.

 

nikon2 029

nikon2 040

Orkid yang best friend forever ngan akak ialah si purple ni. Asik munge je sepanjang masa. Harganya pun murah. Sepasu RM19.90, akak beli di IKEA. Tapi sejak akhir2 ni dah lama tak keluar munge. Majuk ke??  Atau nak kena babab baru nak munge balik.

9 comments:

mama maman aka yana said...

akak.. akak ngan sy sama.. org kata tgn panas.. hehehe

Irfa said...

kak..
saya pun ada tanam bunga ros kampung tu..kalau musim hujan mmg lebat dia berbunga :) wangi je kuar pagi-pagi

tak penah tanam pokok orkid ni
lawa jugak kan?

tanam bunga plastik la tahan lama :)

Akma_cikyong said...

kak..dari daun dah tahu mmg xder umur yang panjang pokok 2..kihkih
akma kt umah mmg xleh nak beromantik tanam pokok bunga ros cz bapak kucing kat umah 2 dah wat "tanda" pengenalan dkt pokok..then pokok pun mati~~hakhak

Aidah said...

Yana,
Ha ah. Lebih kuranglah tu. Akak ni bukan takat tu je, malas nak membaja pun ya jugak. Camana pokok nak cantik.

Irfa,
Bunga orkid ni tahan lasak. Tahan panas dan hujan. Kalau ros tu susah sikitlah pulak. Mak akak kata bunga ros ni kena tanam atas tanah, kalau dalam pasu macam tak berapa nak subur.
Itulah kan, bunga plastik jugak nampaknya. Tapi perangkap habuk pulak.

Akma,
Kucing tu pun nak beromantik jugak dgn bunga ros tu akma. Hahaha. Berani dia buat tanda kan, kena duri baru tahu. Hihi.

Dinas Aldi said...

Saya ingat lagi masa saya sekolah rendah dulu, pernah baca kat majalah, orang dulu2 kalau tanam pokok buah tapi tak berbuah, dema ambik kapak & "ugut" pokok tu. Dema kata kalau tak berbuah jugak engko lepas ni aku tebang jek.

Dengan kuasa Allah, berbuah pokok tu, kihkih. Err dengan pokok bunga boleh buat tak gitu eh? Hehehe..

siti murni said...

saya pun sama kak...tangan tak sesueeii bercucuk tanam..yang boleh hidup segar bugar pun pokok hijau yg hidup dalam air tu..hehe...kira pokok hijau atas tanah tu boleh tolak ansur lagi la...jangan pokok bunga, pokok sayur..confirm layu di hujung mekar gitu..! haha...

tapi kira ok la tu..bunga orkid pun antara spesis pokok yang susah nak maintain..dah menjadi kira sesuai la dengan tangan akak tu...

Nini D.. said...

nampaknya nini pon kene bela bunga orkid versi yg rugged nih..barule hati tak sentap.kikiki

Dinas Aldi said...

Insyaallah saya tetap akan datang ke blog akak. Saya pun sama gak, mesti nak ke sini walaupun akak belum update, kihkih..

So Shy Lady (SSL) said...

sy tringin nk tanam orkid tp ada sorang dr. alternatif kt t.ssuai klau ada risiko nyakit osteoporosis, nenek sy ada