Pages

Tuesday, 17 April 2012

Moli, a typical teenager.

 

 

Dah lama rasanya tak citer pasal Moli ni. Sekarang ni Moli dah nak masuk 8 bulan. Dah 2 kali vaksin untuk bersiap sedia di spay kira-kira 2 minggu lagi. Moli ni boleh kata tough jugaklah. Tak demam pun lepas injection tu. Kalau atuk ni kena vaksin memang melepek jugaklah walaupun diberi cuti seminggu dari dimandikan. Siap pantang semua pun boleh demam tau. Manja tul atuk ni.

Kalau ikut human years, Moli ni macam budak 12 tahunlah. Lebih kurang macam baru dapat period kan. Logiklah kalau hormon berada di tahap celaru untuk kucing ni. Sebab apa ya akak cakap macam tu.

 

012

Sebaaaaabnya ialah dia ni lansung tak boleh berenggang dgn atuk merangkap boipren dia ni. Walaupun atuk tu seolah2 macam tak de perasaan, Moli tetap nak menggesel2 kat dia.

 

010

Hampir2 nak bercium mulut tapi sempat dicantas oleh pegawai pencegah maksiat seksyen 04. Eeeeeuuuwwwwww!! Kata anak akak Arif. Harap2 sampai besarlah eeuuuwwwnya pada adegan ni ya.

 

022

Ini satu lagi perangai yang akak tak berapa berkenan. Cium bun***  Milo tu. Tak payahlah Moli. Atuk tu bercebok dgn sabun lagi setiap kali lepas ke toilet tau. Serius. Memang rutin anak akak setiap pagi dan petang. Hantar kucing ke toilet lepas tu basuh kaki tangan dan cebok ngan sabun. Sejak Milo kecik lagi tapi masa tu senanglah nak dukung dia. Sekarang ni mengahlah jugak nak angkat. Tapi Milo ni memang tak retilah nak jilat sendiri private part dia tu. Dah boroi ni, lagilah tak mampu nak bongkokkan badan kan. Kalau kitorang tak basuh, memang berkaratlah semua. Hahaha.

 

080

Satu lagi perangai Moli yang macam typical teenagers ni ialah sangat conscious dgn bentuk badan dia. Dah slim pun masih nampak gemuk depan cermin. Suka na dia makan makanan diet atuk tu. Adoiiiiyaii. Dah jadi satu keje, akak nak mengasingkan makanan atuk kat tempat lain setiap kali atuk habis makan. Kalau tidak, licin dihabiskan Moli. Makanan dia sendiri tak diusik. Lepas tu kalau dengar orang tuang air dia dalam bowl tu, berlari2 dia datang minum. Asik minum je dan makan kurang.

 

025

Slim kemain. Pose sexy ni kalau dapat centre spread kat majalah 'playcat', mahu meleleh air liur kucing jantan ni. Hahaha.

 

p/s   Ada gak orang tanya pasal Micki. Micki sedang di quarantine atas nasihat doktor sebab dia ada banyak masalah kesihatan. Dah 3 kali akak berulang alik ke Hospital Vet UPM tu menguruskan Micki. Harap2 dia sihatlah lepas ni.

16 comments:

Iz said...

Sabarlah kak ye, menjaga budak umur 12 tahun ni, perangai dia memang annoying. Nasib baik la Moli ni nampak molek je perangai dia. Kalau si Hime, dia dah 10 bulan lebih, nak apa2 je mesti menjerit. Tak reti bersabar. Dah la suara nyaring. Nak makan, menjerit. Nak masuk bilik, menjerit. Nak keluar bilik, menjerit. Nak ikut masuk bilik air (tu yg tak tahan tu), pun menjerit. Bila org tak dukung, menjerit. Tapi bukan menjerit marah la. Macam eekkkkkkk.. gitu. Geram rasa. Hahaha

Nini D.. said...

giler gempaks gambar yang 1st & no.2 tuh...mau meroyan dobot kalo dia nampak...

kalolah nini dpt pinjam atuk milo nih seminggu..mau kurus atuk ni sebab sepanjang masa kene kepit dgn nini..akan daku gomol sehabisnya!!..eh,bakal mak mentua pulak yg hover!!

Aidah said...

Hahaha. Kelakarlah si Hime ni. Akak rasa kucing Iz ni memang macam2 betul perangainya. Tak sunyi hidup. Best.

Irfa said...

pandai jaga badan dia ni yer :)

So Shy Lady (SSL) said...

muahahaha duk btenet kat tepi tasik ke tuewww?

aksi utk majalah playcat memang t.leh blah he..he..he meleleh dah hingus ni

Aidah said...

Nini,
Nini, jangan lebeh2 tau. Nanti kena gegetan chenta dari Dobot lagi. Hihihi.

Irfa,
Akak tengah cuba menggemukkan dia. Tak cantiklah kalau kurus. Hahaha.

SSL,
Melekat macam belangkas. Kadang2 Milo pun meluat dgn perangai Moli. Akak ni pulak terpaksa mengadap je aksi tak sesuei depan akak. Kihkihkih.

Akma_cikyong said...

haha eee..atok nie terober2 manja btul sampai p membuang dok akk cebuk kan..hihi klau atok dtg umh cikyong,hmmm..konpem kurus mcm lidi cz kne babab ngan si blue..hihi
a'ah lah kak..ape lah plak kisah si micki kan..si moli nie sepesen dan sejebik mcm kucing cikyong..hihi

marinahunny said...

hahahha agelak tak hengat baca psl kucing2 ni.. comelnye hehehe

Acik Erna said...

Aidah cammano nak gomok kan..kalau asek suko makan makanan diet atuk..he he..kemain dio mengendeng atuk..

Naz said...

kemain ko Moli..

siti murni said...

Moli nampaknya suka benor berkepit dengan atuk milo...betul la tu..tengah confuse dgn status la tu.

Ataupun di mata moli...atuk milo jugak yang paling hensem...mungkinkah??

Khairunnisa' said...

Cara Akak bercerita, fuh, penuh drama :] Saya pun terhibur.

Nak tanya, hospital vet UPM ni di mana ya? Tak pernah tahu tentang hospital ni.

Nisa'

Aidah said...

Akma,
Dia mmg spoil brat. Kalau campak kat hutan, kompom termangu2 nih. Tapi kucing akma sangat oren dan kiut. Suka akak tengok.

marinahunny,
Terima kasihlah sudi singgah blog akak. Kucing2 ni kira badut tak berbayar akak lah kat rumah ni. Hihihi.

Achik,
Kengkadang kelakar pun ado gak nengok eh. Gatal komain . Atuk ni pulak blur manjang. Sekor mintak bolai, sekor tu macam nyampah yo. Hihihi.

Naz,
Tak sangka kan, pandai dia jaga badan.

Siti Murni,
Akak tak tahulah apa yang dalam kepala Moli tu. Camana Milo tak kompius. Tak lama lagi bila MIcki dah habis tempoh jel, makin kompiuslah atuk tuh. Sian kan.

Nisa,
Hospital vet UPM tu jauh jugak dari kampus induk. Dekat dgn MARDI. Besar hospital tu. Semua kes complicated refer kat situ.

shazruls said...

berapa ekor kucing akak ni

Dinas Aldi said...

Adehhh la Moli! Ni kena cepat2 spay nih, lain macaaaaaaam ja dah tuu..Kehkeh!

Miloooo! Dobot dah meghoyan dibuatnya dek adegan2 romantis kat sini, kahkah!

akusucikaukeji said...

teringat masa i remajew dulu kak.. ekekekeke