Pages

Thursday, 26 April 2012

Que Sera Sera.......

 

Lamanyaaaa akak cuti. Dekat nak seminggu. Last sekali update jumaat lepas. Dah berhabuk laman cik wok ni.

Akak tak de ke mana2 pun. Cuma duduk rumah mengulit badan yang tak berapa sihat. Biasalah lepas weekend, selalunya macam tu lah akak. Lepas balik dari kampung, badan pun sakit2. Padahal bukan jauh pun, Podeksen je. Macamlah balik London. Saja badan ni nak ngada2 jetlag bagai. Lepas tu, hari ni baru battery akak full. Lusa dah weekend balik. Haiih...canno ni?

009 Ini hanya gambar hiasan. Tiada kena mengena dengan citer. Kalau nak kaitkan dgn citer boleh jugak tapi dalam kepala masing2 je lah ya. Hehehe.

Minggu ni anak akak, Farah dapat berita baik. Dia dapat tawaran masuk Kolej Matrikulasi Perak. Nun jauh kat Gopeng. Akak tak pernah sampai situ pun. Kalau jadi dia bermastautin setahun kat sana, maka muka akaklah balik2 kat Gopeng tu. Maklumlah anak tak biasa berenggang dgn mak. Mak pun susah jugak nak lepaskan anak pompuan sorang ni. Tapi tak pelah kan. Nak menuntut ilmu bukan saja2 melancong.

Kalau bab cita2 ni akak tak pernah pressure anak2. Bagi dia segala dorongan untuk menuntut ilmu sehabis baik dan terpulang pada dia untuk memilih. Tak delah nak jadi lawya, majistret, duktur je. Banyaaaaak lagi profession lain.

 

021 Gambar hiasan jugak. Layan je...free of charge.

Macam akak masa kecik2 dulu, bila orang tanya nak jadi apa. Cepat je jawab sambil kembang2 hidung "..Nak jadi pramugari!" (sila buat suara kiut2 masa baca ni ya) Seingat akak masa tu lebih kurang 5 tahunlah. Dan selepas 10 tahun, cita2 akak masih nak jadi pramugari. Walaupun bentuk badan tak seiring dgn cita2. Lepas SRP tu, kesedaran tu mula datang dalam kepala. Takkan saiz macam bas nak jadi pramugari kan. Nanti berhimpit2 pulak dgn penumpang dalam kapalterbang tu. Apahal pulak. Tolak trolley pun macam mengah je. Tak terbayang dek akal. Kahkahkah. Nasib baiklah cepat sedar.

 

 

012 Gambar hiasan lagi tapi ganas sikit.

Lepas tu akak amik STPM. Science stream pulak tu. Kedasyatan subjek Principal Maths, Bio, Fizik dan Chemistry masih memberi kesan nightmare kat akak sampai sekarang. Lab pulak ya hampun, masa bio memang kena bedah tikus, lipas, cacing dan yang paling akak geli, katak! Tetiba soalan STPM dapat sistem respirasi ikan. Dahlah tak pernah tolong mak siang ikan kat dapur. Maka terkial2 akak di situ.  Laluan akak nak masuk U memang sukar sikit. Sebabnya simple je, masa lepas SPM dulu, akak tak berduit nak beli borang setiap U.  Dulu tak de UPU macam sekarang ni. Kalau nak apply matriks atau diploma ke, sila pergi sendiri atau tulis surat mintak borang. Kena peka sikitlah kat iklan dalam suratkhabar bila dah dapat result tu.

 

095 Pun gambar hiasan. Tapi macam sayu je kan merenung masa depan.....

Bila dah tak dapat apa2, terpaksalah masuk form 6. Memang harulah nak study sebab dalam kelas akak ada 3 orang budak melayu. Kadang2 cikgu Fizik ajar pun pada kaum dia guna bahasa ibunda dia sahaja. Kami ni melopong je lah sebab kononnya kami ni budak melayu yang tak de harapan sangat nak score pun. Last2 dapat jugak result yang membolehkan akak masuk matriks di UPM setahun. Masa ni lah akak score kaw2 sebab semua subjek tu dah akak pulun masa form 6. Jadi masa matriks tu ulang benda yang sama jugak tapi doploh kali ganda lebih senang dari form 6. 

 

099 Gambar hiasan yang ala2 kom pius tentang masa depan.

Habis matriks akak nak ambil degree di fakulti veterinar, konon nak jadi vet. Tapi last minute, akak tukar. Masa hari nak submit tu, boleh pulak berbelah bagi. Ambil degree in Food Technology. Daaaan sekarang ni jadi minister of food di dapur sendiri dan rumah sendiri dengan jayanya.

 014

 Gambar hiasan jugak tapi dah dekat nak mengamuk sebab kena paksa pakai wig blonde.

Akak happy je tapi ada jugak stetmen yang mengguris perasaan yang akak dengar dari kawan2 dan sanak sedara. Akak ni kadangkala dijadikan contoh failure. Ada jugak yang cakap "kalau tak nak jadi macam akak yang tak bekerja ni, jangan pilih course yang salah."  Lepas tu ada jugak akak overheard kawan bercakap, kalau bayar pun, diorang tak nak jadi 'just a housewife' macam akak. Tak nak aku!, katanya. Sedih memanglah sedih. Itu sebablah akak tak teringin pergi reunion ni sebab tak de apa2 yang membanggakan pun. Akak hanyalah akak yang simple dan duduk rumah je selama ini membesarkan anak2.  

 

060

Dalam banyak2, ini je bukan gambar hiasan sebab kononnya tengah bagi comfort kat akaklah dgn menghulur tangan.

Daan jugak melayan karenah 3 ekor kucing ni yang sangat memberi ketenangan pada akak. Alhamdulillah.

12 comments:

Nini D.. said...

akak tau knp nini tak suka attend reunion geng2 kolej selain dari duduk jauh dari kolumpo?..sebab ex-bf adalah sekolej,se-batch cuma lain course aje.jadi,kalo jumpa kekawan lama,balik2 cerita yg sama diaorg tanya.."apsal ko putus dgn si polan tu?".."sbb ko dh dpt doktor ye,so ko tak payah susah2 keje dah kan?"..emm,,daripada sakit hati & sakit telinga,baikkkkle nini tak payah join sumer tu.hati pong senang!


payah sungguh nak puaskan hati sumer org..baikle nini duduk aje ceruk tepeng nih.hati pon senang!

kak,dtg gopeng roger2 tau.mana tau,kot kita boleh reunion kat jusco ipoh.kikiki

Akma_cikyong said...

waaaa!!rindu btul kak akk..ngeee~~
ambuih..buleh jdy cerpen stoli moli akk nie..hikhik akma pun kdg2 membe buat reunion..segan nak join..hui~maklum lerr keje idok ler segempak dorg..huhu
kak,iklan2 akk wat akma jap2 sengih..jap2 sedeyyy~~hakhakhak

Iz said...

Kak, kalau dibayar, saya nak jadi housewife. Sbb rumah sendiri, bukan rumah orang lain. Hahaha. Nanti nak tanya husband la, dia nak tak hire saya jadi full time housewife hahahahahahaha.. Sebab sekarang pun housewife, tapi macam part time pulak sebab bekerja lagi lama dari masa kat rumah.

DANNNNNNN.. cecita saya pun nak jadi pramugari kakkkkk.. ya ampunnn, saya pulak badan kerempeng. Nak pakai uniform pramugari pun loose. Hahaha

Teddy Akmal said...

Saya adalah silent reader tapi hari ni rasa mcm nak komen pasal jadi house wife...masa saya masuk uitm ada sowang kawan saya dia ckp lepas abis degree ni dia klu boleh xnak kije nak kawin jaga anak ajer then saya tanya kenapa sambung belajar? dia ckp sebab biar anak dia nanti bangga mak derang walau duk umah ada degree...masa tu saya gelak ajer..tapi now bila pikir balik tu mmg ada seronoknya jadi house wife dan xde salahnya belajar tinggi2 tapi duk umah..keja ni actually x seseronok mana tapi lebih pada terpaksa jer..saya klu diberi pilihan antara kerja dengan jadi suri rumah saya pilih jadi suri rumah jaga famili semua heheh

siti murni said...

Tahniah utk farah...:) selamat menempuh alam baru..yeay!

Nanti kerap lah akak jalan2 peyrock yer....hehe

Hampir tanjat mak jemah memandang sepasang mata yang bulat dan bundar itu...di awal2 entry lak tu...hehe..tak henti2 saya mengucap tengok gelagat 2 ekor tu....terhibur pun ada!

pssst...pramugari pon cita2 saya masa tecik2 dulu..namun tidak kesampaian...belum cukup pakai fair n lovely...haha...

Suara Kalbu said...

Salam Akak,

Tak yah rasa rendah hati la kak. Asalkan kita happy dan tak menyusahkan diorang sudah la kan.

Saya pun tak berapa nak join reunion sebab masing2 yg berjaya tu kadang tak sudah sudah nak menonjolkan apa yang diorang ada. Lepas tu nak merendah-rendahkan kita yang tak sberapa ni.Konon tak berjaya macam diorang.

Tuhan tu adil. Dia bagi lebih kat sana, sini pulak yg kurang. So sama la.

Duk rumah jadi housewife ? ...ohhhhhhhhhhhh cita-cita saya tu kak ..hihihihihi

Milo & Moli.. love you lah budak shomelllll

So Shy Lady (SSL) said...

saiz mcm bas nk jd pramugari bhimpit ngan pnumpang - tbahak2 sy glak, kak!


Kak, sy pon bkj d rmh sj. dulu lecturer skrg bukak tuition clas sbb mmng plan nk bkj sndiri

wlaupun kj t.glamer tp k best an nya b kali ganda bbanding ms kj jd kuli org dulu


pdulikan mulut org. ntahlah, bg sy takde bz lah kj n t.kj - rzeki bukan stkt pd wang ringgit kan moli, kan milo?

Naz said...

buat apa yg kita suka..yg penting hepi kak...nape akak xjadi vet..sy penah cita2 nk jadi vet, tp ustazah sy marah..hehe

Dinas Aldi said...

Salam kak Aidah, cak!

Saya ni sekarang teringin bebenor nak jadi surirumah tapi masalah BESARnya ialah pertama - saya takdak hasben & kedua - saya tak pandai buat keja rumah, kahkahkah! Kalau saya kawen pun, mencacak la hasben saya lari balik rumah mak bapak dia, warghkahkah! Sabaq jalah.

Rindu kat kak Aidah :)

Irfa said...

klakar la akak ni
tp yg penting akak penah gak masuk U.
saya cuma masuk Uklia je..hahaha

zaity zaliza said...

kak, best per jadik hwife. grdute per bukan kosong. saya dolu konon nak jadik vet tp leps spm belajo account. buat sijil jer pun. jadi ler pem akaun. kalau mr hubby mampu saya rela duduk umah kak. jaga family. bila keja ni kekadang rasa besalah tak dapat beri tumpuan pd anak anak. sib baik bos opes saya bole lebih kurang dpat gak lari gi sek anak kalu ada apa apa bila waktu keja.

Aidah said...

Terima kasih semua yang bagi komen manis2 je kat akak.

Nini dan ida sama mcm akak tak suka gi reunion. (calit sikit)

Akma pulak suka je layan citer akak yang merapus jugak. Hihi.

Iz pulak sama cita2 ngan akak tapi tak sama saiz badan. Meh akak kasi sikit lemak kat badan ni ha.

Akak nak ucap syabas kat SSL sebab dari rumah pun boleh berkarier. Akak ni setakat tuisyen anak sendiri je.

Naz, akak tukar fikiran pasal vet tu sebab takut tak mampu urus babi semua masa praktikal. Tapi ikut nasib gak masa praktikal tu sebenarnya.

Dinas, rindu akak kat Dinas. Bila datang singgah dan buat kelakar, terubat rindu. Hahaha.

Irfa, Uklia pun Uklia lah. Janji bulan2 tetap ada yang masyuuukk...

Utk 2 orang pengkomen terbaru akak, terimakasih banyak2 teddy akmal dan Zaity zaliza. Teharu akak baca. Tak sangka bila akak rasa ramai yang pandang rendah tapi lebih ramai yang sangat menghargai orang yang jadi housewife ni. Tak de lah manjang bawak watak tempelan je kan. Kihkihkih.

Kepada semua, mintak mahap ya, akak balas komen cam retis pulak hari ni. Sebabnya ialah dah lama tak jengok komen kat post ni maka adalah sangat pemalas lipas tetiba. Hahaha.