Pages

Monday, 16 April 2012

Setahun Jagung

 

 

Baruuuu setahun atau dah setahun rupanya. Itulah dia ungkapan tepat untuk hari ni yang menggenapkan usia setahun blog akak.

Bagi sesiapa yang dah baru nak kenal tapi malas nak tengok n3 sebelum ni akak bagi sinopsis sikit ya.

Akak ni namo eh Aidah. Namo mak...., kak wok. Adik boradik..., ompek, moningga  duo orang. Tingga lah akak ngan Alang duo boradik. Akak duduk kek Kolumpo, mak akak kek Podeksen. Tu lah kadang2 asik cito pasa PD yo tu.

Sotakat ni buleh paham tak? Kalau tak buleh, kobar yo. Jangan main angguk yo! Kang sampai habieh den citor, korang molopong yo. Hahaha.

Umor akak baghu nak masuk ompek puluh tigo tahun ni. Dah kahwin sojak tahun 1993 laiie. Anak ado duo tu yo. Soghang pompuan soghang laki. Dapat sopasang toruih tutup kodai.

Kucing pulak, momulo eh ado satu yo, Milo. Lopeh tu baghu2 ni tambah sekor laiie, Moli. Lopeh tu, tah camano ado lak sekor laiie. Sumo kucing akak, akak kutip yang oghang dah tak nak. Momulo datang, komain kuruih. Dapek kek akak, toruih kombang badan eh. Tanjat den.

Okeylah. Kesian kat orang yang kurang faham. Cakap nogoghi ni ada lagunya. Kang kalau tak berlagu tak jadi pulak so akak cakap cam biasa je lah ya.

Mula akak tulis blog tu, kononnya nak selitlah sikit moral ke pengajaran ke macam cikgu BM kat skolah ajar buat karangan dulu kan. Haraaaaammm. Lama2 merapus je akak sampailah sekarang. Dan yang kelakarnya masa mula2 kemain bagus bahasakan diri saya. Kalau cakap aku macam kasar pulak untuk akak yang dah tua ni. So saya lah paling selamat. Lepas tu bila dah masuk 6 bulan tulis, rasa macam dah tua pulak. (baru sedar) Tetiba lebih selesa bahasakan diri akak pulak. Ya lah kan. Rasa2nya ramai yang baca blog akak ni muda belia je dari akak, jadi akak kenalah insap.

Lepas tu kan, masa mula2 berblog akak ingat nak tulis pasal gi jalan atau gi makan luar ke kan. So dapatlah orang jadikan panduan bila nak gi mana2 (macam bagusss je). Tapi bila pikir balik, banyak na ke duit asik nak gi jalan dan makan luar je kan. Tak jadi jugak. Lepas tu nak buat blog pasal masakan, jangan haraplah. Akak kan pemalas lipas.

 

068  

Tetiba je dan tak semena2 blog akak penuh dgn citer makcik dan atuk yang kompius jantina tuh.  Akak pun tak sangka jugak. Bila ada citer pasal dua ekor ni kemain ligat orang masuk blog akak. Ramai betul peminat kucing kan. Lepas tu ada jugak khabar angin cakap, atuk konfius dan makcik eksyen ni nak pakat2 tuntut royalti tau. Macamlah banyak na untung akak menulis blog ni. Memanjang telur ayam je. Hehehe. 

Follower akak pun dari sorang , makin bertambah. Tapi bertambah tu macam orang tua sakit lutut mendaki bukitlah gayanya. Slow and steady je. Tapi akak bersyukur sangat. Tak sangka boleh buat kawan dengan blogging ni. Akak sangat2 menghargai sebab semuanya best2 dan setakat ni tak de pun yang menyinggung perasaan. Sayaaaaaang sangat2 pada semuanya samada yang suka borak dgn akak atau yang senyap sahaja.

 

051

Sempena genap setahun ni akak jamu jagung je lah ya. Nama pun setahun jagung kan. Terima kasih pada semua yang bertandang. Akak sangat menghargainya. Semoga ukhwah kita berkekalan dan bila waktu akak dah tiba untuk kembali, adalah orang hendaknya yang sudi kirimkan akak dgn doa dan fatihah kelak buat bekal. InsyaAllah.

18 comments:

Nini D.. said...

:)
nini pon lupo camno boleh menyinggah blog akak tapi memang nyaman mata bila pandang bakal menantu dlm blog nih (walaupon dia selalu kompius jantina)

moga akak tak jemu untuk terus menulis blog sambil update kisah akak & yang lain2..moga akak jugak tak selalu sakit jiwa baca komen nini setiap kali sebelum akak approve untuk publish..muahahahaha

Aidah said...

Jangan tak tahu, komen Nini mmg akak tunggu2 tiap kali ada n3 baru. Sakit jiwa mmg taklah tapi senak perut gelak adalah. Hahaha.

Acik Erna said...

Aidah..setahun jagung mutiara tak po aidah..mahal..
selamat ulangtahun blog aidah.
aidah baru 43,,tuo acik 10 tahun dari aidah..

fadz said...

hi kak aidah.. hehehe suka laa kak aidah tulis dlm bahaso nogori tu.. den pun suka nak blajo cakap bahasa nogori.. paling den suko tu haa... cito moli samo si milo... cumo mana poie si micki... amboii bukan main comel si moli tu tutup aurat... hehehe ada rupo macam yuna... hehehe atuk milo tu pun tutup kepala gak ka? almaklum laa hr tu pakai bulu kabaret.. gamak dh insap laa tu.. hehehe sorry den tak pandai nak nulis dlm bahaso nogori.. well keep it up in blogging... n keep in touch.. wish all the best 4 u..

mama maman aka yana said...

akak... cuba la tepek pic akak sekeping.. request nih tau.. hahaha.. sy mula2 terjebak kat blog akak psl akak cite psl jemur baju.. mmg ingat la entry tuh.. menyentuh dijiwa.. hahaha..

Iz said...

Mak oii kakk,, tu jagung sedap tu. jangung berlian namanya. Manis gila. Kalau buat jual pun untung jugak, hahahaha. Happy birthday to blog akak!

CT NoArIzAh ArIs said...

Setahun jgg tapi mantap menyengat mcm jgg rebus tu... suka baca blog akk ni walaupun akk kt merapus (blog sy pun sama byk meraban ea..)dan sy suka selak org punya blog sampai ke akar umbinya sampailah sy terkezut bila terbaca satu entry tuu ...."eh org kg dennn!!"..:)

And then everyday sy melangok kek umah akk ni haa..:D

Happy 1st annivesary for your blog.

Akma_cikyong said...

awat cam sedap jer nampak jagung 2 dlm blog akk nie..ish!tension..haha
hppy anivrsry kt blog akk...hihi

Aidah said...

Achik Erna,
Alhamdulillah saya dapat kona ngan achik yang byk dah pengalaman ni. Mudah2an dapat gak ilmu serba sedikit pada saya yang tak berapa tahu ni. T.kasih Achik yo.

Fadz,
Timo kasih, dik. Kalau dokek, buleh blaja ngan akak cakap nogoghi. Akak ingat, Fadz antara terawal follow akak. Thanx ya.

Yana,
Masalahnya yana, akak ni segan sangat. Belum lagi dapat ilham nak tepek gamba dalam blog. InsyaAllah satu hari nanti ya. Ha ah, akak ingat kisah jemur baju tu dan yana komen sbb ia mengimbau kenangan kan.

Iz,
Ye ke namanya jagung berlian? Akak tak tahu pun. Ada orang sedekah tu dari CH. Akak pun kukuslah. Thanx Iz kerana sudi baca blog akak.

Aidah said...

CT NoArIzAh,
Hii..malu lak akak bilo tau ada gak oghang selak cito montah dulu2. Sojak anak2 dah bosa panjang ni, akak mmg sunyi sikit. Memang sangat dialu2kan lah kalau ado oghang datang molangok borak2 ngan akak. Hehehe.

Akma,
Biasalah tu akma. Akak ni tak dapat tengok gamba pun, tapi kalau akma citer je pasal makanan, mesti akak rasa menikam qolbu tau. Hahaha.

siti murni said...

Kak Aidah...baru setahun eh..rasa macam lama je..haha...adehh...bukan..maksud nya tu..macam dah lama kenal akak kat arena blog mem-blogging ni.

kadang-kadang terasa hampa bila tengok tak ada entry baru dari akak..yelah..lucu baca entry atuk milo and makcik moli tu..sangat entertaining!

Dinas Aldi said...

Hepi eniverseri untuk blog kak Aidah! Haa dah cukup setahun dah pun haa. Terima kasih akak sudi datang baca & komen kat blog saya, lalu kita pun kenal la bermula dari situ. Rasa ada chemistry ja nak kawan dengan kak Aidah.

Terus menulis yeh kak, saya konpem datang baca, insyaallah! :)

hmylieen said...

tahniahhh walau setahun jagong bnyk juger cite best!! especially pasal milo & moli!hiksss

Aidah said...

Siti Murni,
Terima kasihlah dik sudi baca blog akak walaupun tak informatif pun. Hehehe. Akak kurang sihat sikit. Tulis pun apa yang akak nampak depan mata je. Yang sentiasa meneman akak atas katil ialah si Milo dan Moli. Itulah pasal balik2 pasal dia dua ekor je.

Dinas,
Akak masih ingat lagi waktu belum start blogging, akak dah baca blog Dinas tapi tak tinggal komen pun. Masa awal2 menulis tu, beranikan diri tinggalkan komen. Dan sangat suke bila tahu Dinas pun baca blog akak. Mmg akak rasa macam dah kenal lama ngan Dinas. Harap persahabatan ni utk selama2nya hingga akhirat nanti ya, dik.

Aidah said...

hmylieen,
Adakalanya idea akak sejak dah tua2 ni keluar macam sembelit dik. Hahaha. Terimakasihlah sudi baca dan tinggalkan komen, ya.

Irfa said...

sayu je baca entri ulang tahun akak ni.tapi bila baca blog akak buat saya teringatkan kakak keseyangan saya Kak Erna tu ;) mungkin sebab akak ngan kak erna satu nogori

So Shy Lady (SSL) said...

waduh dah stahun jagung.tahniah kak. mleleh air liur la tngok jagung tuu... tadi mleleh tngok moli. asyik mleleh aje hari ni he..he...


yg btudung nmpak alim tu baru slesai bc doa ke tu

Aidah said...

Dah tua2 ni dik, hati akak selalu je sayu. Kadang2 tengok gambar kaabah pun boleh meleleh2 airmata. Asik emo je. Akak pun dah selalu ke blog Achik. Memang suka ke situ jugak tapi tak tahu pulak akak dia org nogoghi. Ingatkan dia ramai kawan orang n9.