Pages

Thursday 10 May 2012

Rasa macam besday pulak.....

 

 

Hari ni rasa tak berapa sihat sangat sebab semalam tak boleh nak tidur. Terkesan betul dengan video mak kejam yang mendera anak tu. Sakit dada menengoknya. Walaupun dah ditangkap tapi trauma yang ditinggalkan pada budak sekecik tu mesti tak tertanggung olehnya. Kesian anak tu. Kalau tak nak, bak sini. Akak boleh jaga macam anak sendiri insyaAllah.

Kalau nak tahu setiap kali akak baca berita tentang orang buang bayi, akak wish sangat dia buang depan rumah akak. Akak memang suka budak kecik ni. Dulu masa akak sekolah rendah, ada orang tipu akak. Dia kata kalau akak nak sangat adik kecik pergilah KL. Kat KL ada orang lelong baby. Akak memang tertipu tipah jugaklah. Lepas tu merengek2 kat mak suruh pergi KL dan beli baby tu. Tapi sampai sekarang tak tercapai nak adik tu, maka jadi anak bongsu je lah sepanjang hayat.

Walau macamana pun ramai jugak adik2 blog akak sekarang ni. Baik2 pulak tu. Siap hantar hadiah lagi. Hari ni akak dapat satu lagi hadiah.

 

001

Dah keluar dari kotak, kastam ni check dulu. Ada bau-bauan kucing lain tak.

 

004

Okey, pass. Siap peluk lagi. Nak buat harta sendiri agak eh.

 

005  

Lama jugak duduk celah ketiak dia tu. Sampai panas. Nak ambik takut sebab atuk bad mood hari ni, datang bulan agaknya. Hihihi.

Yang kelakar budak pos laju tu lah. Macam boring je sebab tiap hari hantar pakej kat rumah akak. Tak tanya apa pun. Hulur pakej dan hulur borang tu suruh sain.

Hari ni memang akak asik terserempak dgn budak pos laju je. Tadi nyaris sorang mat pos laju nak langgar kereta akak. Akak dah signal nak masuk parking sebelah kanan. Dia datang dari belakang dgn lajunya nak potong kereta akak yang dah membelok separuh ke tempat parking tu. Akak berhenti kereta dan tanya, "adik tak nampak ke signal akak?"  Lepas tu mamat ni macam terpinga2 je sambil pandang signal akak yang berkelip2 tu.  Akak pun nasihatkan dia,"Baik2lah bawak motor tu. Nanti kemalangan susah pulak" Lepas tu dia boleh dengan kurang ajarnya marah kat akak " Rileklah, tak kena pun kereta kan! Tak kena pun kan!"

Akak pun cakaplah, "Memanglah tak kena tapi hati2 lah bawak motor tu nanti awak jugak yang susah nak kerja bila cedera." Lepas tu dia terus pecut motor dia sambil buat muka kat akak. Apa kena dgn budak2 ni. Orang nasihat elok2 pun dia nak marah. Datang bulan jugak agaknya budak tu. Kesian kan bila orang lelaki datang bulan. Hahaha.

Terimakasih Akma kerana hadiah yang kiut tu. Happy akak bila balik rumah ada mat pos laju yang bawak hantaran spesel ni. Serta merta terpadamlah dari kapla akak kes mat pos laju yang kurang ajar tadi tu. Terima kasih ya, dik.

14 comments:

tunfatimah said...

As Salams....i baru berkenalan dgn ur blog...tp dh baca suma....my god ..love it. Ada my fren introduce to me, knowing i hantu kucing gak......
Salams perkenalan.....hugs n kisses to all ur buah hati tu....for Milo...u peluk kuat sikit...geramnya i tgk...i got 7 at home...mcm2 character ada...n i loving it....u take care

Aidah said...

Alaikumsalam. Malew pulak. Hihihi. Merapus je Tun. Tak de citer membina pun. Sekarang nih lagi lembap bab update nih sebab makin tua, makin selow pulak nak fikir. Anyway, thank you for dropping by. Datanglah lagi ya.

Murni Alfathunnisa said...

macam2 profession atuk milo nih..hari ni jadi pegawai kastam pulak..nasib baik masih ensem!

hangin pulak dia. dah elok cara akak tegur tu, camtu pulak respon dia. confim datang bulan!

Akma_cikyong said...

kak aida
wehuuuu~~sama-sama kembali..hihi
eee..akma nak culik gambar atok peluk adiah 2 taw kak =) hikhik
*npe atok lg ensem dri teddy bear 2??kihkih

Akma_cikyong said...

lupa nak tulis tdy,malu komen 2x..ngeee~~
haha comel sungguh lah kisah akk ngan abg posmen 2..kihkih

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah setakat ni mamat2 pos & poslaju yg saya jumpa sangat bersopan santun orangnya. Cuma masalahnya ialah bila depa asyik hantaq surat yg salah ke rumah saya. Orang dok jalan lain pun mai hantaq rumah saya..adehhh...

Saya cukup sakit hati kalau orang kurang ajaq gitu. Lama nak hilang kalau dah terkena dengaq ayat2 kurang ajaq camtu..mintak dijauhkan.

Kita dapat hadiah yg sama, kak Aidah! Saya pun dapat hari ni, yeh yeh! Terima kasih pada Cikyong!

So Shy Lady (SSL) said...

ihiks oooooo dtg bulan rupanya atuk!
eh sy blum mnengok lg vdeo tu. wajib tngok neh!

bdk2 muda skrg ni mmng takde budi bhs langsung. anggap org lbih tua mcm baya2 dia je kan! tahniah kak dpt gift, baiknya akma. nak kwn ngan akma jugak! ;D

Aidah said...

Siti Murni,
Mencabar kesabaran bila kita cakap elok2 dibalas dgn kurang ajar kan. Tapi tak pe lah. Agaknya bila balik rumah nanti dia akan fikir baik2 nasihat akak tu. Adrenaline rush agaknya yang menyebabkan dia respon macam tu.

Akma,
Ambiklah gambar tu akma. Atuk tak kesah pun. Terimakasih sekali lagi, dik.

Dinas,
Pengalaman betul kat akak, Dinas. Terkedu kejap. Ingatkan dia nak cakap sori tapi akak pulak kena marah. Tak pa lah. Agaknya dia ada masalah sampai tak boleh concentrate bawak motor. Tapi kalau budak pizza mmg sempoi. Siap buat lawak lagi kalau hantar pizza. Nampak mcm hepi aje. Maklumlah bawak makanan. Hahaha.

SSL,
Memang betul. Akak kdg2 risau tengok budak2 sekarang yang kurang ajar dgn org lebih tua. Nak jumpa budak yang tunduk bila lalu depan orang tua sangat susah sekarang ni kan. Kalau jumpa tu, kompom boleh dipertimbangkan jadi menantu. Kihkihkih.

Nini D.. said...

atok dtg bulan?..oh tidak!!
seronok kan kak bila jumpa kawan2 blog yg baik & suweet...
pasal adik pos tu,..tak koser nk komen..malas menambah sakit hati.hahaha

TopsyTurvyMum said...

Ganteng Atuk, belum menopos!Haha
Video mana tu kak? Sibuk tanya tapi memang tak sampai hati nak tengok.
Tu mat rempit tu mmg...tak sopan langsung. Memang sah datang bulan. Kasi nasihat free pun nak buat muka..Nanti suh Atuk gi cakar muka dia.

Acik Erna said...

Aidah..samo lah ngan acik..acik pun sakit hati tengok vieo tu..tapi tak tau nak marah sapo kan..yang paling sakit hati ngan tukang rakam tu..tolong la..bukan merakam yo kojo..

Aidah said...

Nini,
Ha ah. Semalam dia bad mood semacam. Tak boleh usik, asik nak ngap tangan akak je. Tak cukup duit nak kawin kot. Kawin koboi je lah, boleh tak wahai bakal mertua?Hahaha.

TTM,
Akak nyesal tengok video tu sebab tak boleh tidur lansung. Asik terbayang baby tu je. Kesian sesangat tapi tak dapat nak menolong. Atuk ni dah dekat menopos ni, period pun macam orang sembelit. Kihkihkih.

Achik,
Kan. Tapi sokkabar hari ni cakap pompuan yang amik video tu nak buat bukti bagi polis. Tapi kalau seylah kan, nak amik video 10 minit tu pun tak sampai hati. Agak eh takat sominit yo. Lopeh tu dah sey amik baby tu bawak laghi. Sobolum amik anak tu, sey lompanglah mak eh cukup2 dulu. Gogham sey.

mama maman aka yana said...

cumil...:)

Irfa said...

saya salah sorang adik akak jugak kan?yes yes..saya anak sulung.selalu teringin nak ada kakak :(