Pages

Friday 18 May 2012

Salam ikhlas hari jumaat dari nenek kebayan

 

 

Wah! Macam sponsored post pulak n3 akak sejak akhir2 ni ya. Lepas 3 hari, satu je keluar. Kelasss. Ha ah, Sponsored lah sangat! Tak de maknanya pun aduooiyaii.

Dan macam biasalah tajuk memang sipi2 je. Tak pernah tepat pun dengan isi. Kalau kat sekolah ni memang kena pangkah besar karangan akak ni dgn cikgu. Pen marker merah lagik. Kepala akak ni ha. Macam highway jalan lurus je. Bila ada banyak simpang kiri kanan nak masuk tu maka tersengguk2lah sikit. Nak cari tajuk pun macam sembelit. Duduk termenung depan laptop tapi taaak jugak keluar ilham.

Akak sibuk sikit sekarang ni menguruskan anak akak nak masuk asasi sains lagi 2 minggu. Punyalah banyak barang nak beli. Penuh je jadual akak ke sana kemari. Dengan hal si Micki lagi.

 

017

Si bertuah ni punyalah susah nak jaga. Dari kecik dengan masalah cirit birit dia, dengan kurap lagi. Baru2 ni sembelit pulak. Sampai berdarah montot. Berarak lagiiii akak ke klinik. Duduk wad sehari. Membesar kat sepital je lah nampaknya.   Dia sekor je sampai 3 klinik akak dah pergi. Opinion doktor ni pun kadangkala tak sama. Doktor yang akak rasa expert sikit, doktor kat klinik swasta lah. Kalau kat UPM tu asik check darah je. Lepas tu tak elok jugak. Tiap minggu nak berulang ke situ. Dah monyok si Micki ni, akak tengok.

Tapi bila dah asik ke klinik je, si Micki ni eksen sikit. Macam no hal lah. Alah best fren kita je, doktor2 tu. Kemain aktif lagi dia bergurau. Tak takut pun dgn doktor tu. Jangan Puteri Peah. Dalam kereta lagi dah menggigil.

 

025 

Weekend ni jadual akak padat lagi sepadat badan Milo dalam laundry basket tu. Nak hantar anak amik gambar passport size tu lagi, nak beli barang2 keperluan lagi dan nak survey jugak tempat dia nak belajar ni. Dengar citer nya, ulu jugak kampus tu. Tapi tak pe lah, ulu pun tapi masih dekat kalau banding dgn gopeng tu. Jauh betul gopeng tu kalau ikut standard piawaian akak yang dah berumur ni. Lebih 2 jam duduk dalam kereta dah macam nenek kebayan berjalan. Terbongkok2. Agak-agak  10 minit baru boleh lurus pinggang.

 

062                                          Nenek kebayan tersenyum simpul.

Makanya, adalah pada hari ini, akak mengupdate 2 entry buat minggu iniiiii....Itu je nak cakap. Hehehe. Sangat merapussss sekali kan. Happy wiken everybadeh dan tak lupa juga salam jumaat penuh barakah untuk semua muslimin, muslimat dari ustajah nenek kebayan. (at least ada jugak perkataaan nenek kebayan dalam n3 ni. Hihihi. Bolehlah cikgu bagi 1 markah)

p/s  Pagi esok dari pukul 4 pagi sampai 9 pagi ada qiamulail kat masjid wilayah. Anjuran YADIM dan semestinya tak de kena mengena dgn apa2 parti samada parti tupperware, pyrex atau avon sekali pun. Dengar2 nya sampai 10 ribu dijangka hadir, insyaAllah. Akak dah merancang tapi tetiba ada penjajah jepun datang maka tak dapatlah nampaknya.

13 comments:

Murni Alfathunnisa said...

Taik penyakit jugak si Micki ni yer...kalau kami dlm family ni selalu sebut macam ni.. "keturunannnnnnnn"...haha..means penyakit yang diwarisi la tu..ada setengah2 kucing ni elok je kita jaga..tak banyak karenah..jenis bangsawan la tu, macam atuk milo yang ensem tu....tido...maaaakan je keje dia ye kak..hehe.

salam jumaat jugak untuk akak. :)
semoga kita semua mendapat keberkatanNya. Amin.

Naz said...

dok dlm basket tu sbb tgu turn utk didobi ke ? hehe

hmylieen said...

nakkkkk pinjammm milooooo...comel giler milo akak niii!!

Iz said...

Sian Micki. Takpe kak, ada hikmah tu. Moga-moga bila sihat nanti, terus takyah pegi klinik dah bertahun tahun hahaha.

Puteri Peah memang sama macam Aoi. Tapi Aoi dlm kereta cool lagi. Setapak masuk klinik je, terus meroyan amukan puaka dia. Sampai anak2 kucing org lain yg tgh tunggu giliran pun ketar lutut agaknye dengar kakak aoi ni macam pompuan gila.

mama maman aka yana said...

nenek pun nenek la... hehehe

Nini D.. said...

huk aloh...lagi sekali kecelaruan jantina..haduuiii....bakal menantu,..sila pastikan jantina betul2.kalo x,camno nak kawen nie!!....hahahhahahaa


lupa pulak nk bagitau..geprenmu si dobot demam..nnti la bakal mak mentua update entry ye.bizi nak packing beg ni

Aidah said...

Siti Murni,
Ha ah memang betullah, dik. Asik sakit je. lemas akak. Si Atuk ni memang jarang sakit. Steady ja. Cuma sekarang ni ada sikit sakit lutut. Maklumlah masa muda dulu teruk mengerjakan sawah. Tetiba....kehkehkeh.

Naz,
Badan dah kepam sangat tu. Lamaaaaa tak mandi. Maklumlah dah tua, akak takut dia demam. Hantar dobi je lah. Senang sikit nak sental.

hmylieen,
Bagi alamat, akak poskan ya. Tapi mengah juga abang posto nak ngangkut nih. Hahaha.

Iz,
Akak tak sabar nak tunggu dia besar. Micki ni pulak tak padan kecik. Asik stress je. Duduk lama dalam cage pun boleh buat usus dia meragam. Susah betul nak jaga, Iz. Walaupun pungut kat pasar je. Hihihi. Mengalahkan pure bred pulak.
Aoi tu sewaktu dengan puteri peah agaknya. Mulut kemain bising lagi. Belum sentuh dah menjerit. Drama lebih tau.

Aidah said...

Yana,
Kan. Kita semua ni pun bakal jadi nenek jugak satu hari nanti, insyaAllah.

Nini,
Patutlah dia mentidur je sehari suntuk. Domam ghupo eh. Dah makan ubat lum. Milo tengah risau tu. Risau sambil lolap. Hehehe.

So Shy Lady (SSL) said...

2 n3 tu kira ok dah kak! watak nenek plak mmng versatile si atuk neh

hb sy pon ada bgtau gak psal qiamullail neh tp dia jelah yg pgi...klau tde aral mlintang kt nya

Dinas Aldi said...

Aisehmen, awat gambaq nenek kebayan tersenyum simpul tu tak keluaq, rasa rugi la plak tak dapat tengok gambaq apa tuh..

Sibuk jugak buat persiapan tu kan, nak pastikan anak selesa, semua barang disediakan. Kalau ulu, takut dia tak dapat cari barang untuk dibeli pulak kalau tertinggal itu ini kan.

Semoga semua urusan kak Aidah & keluarga dipermudahkan olehNya, amin!

Akma_cikyong said...

aaalaaaa...nape atok nye gambar lg vogue wlpun hnya berskaft??hakhak
salam jumaat kak..
hope micki cpt sembuh..

Suara Kalbu said...

Phewiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttt...
Milo..apsel pakai tudung ? Nak gi mana ? Gigit idung tu kang baru tau hihihi

molliesa said...

haha..comelnye lah pakai tudung tu!