Pages

Friday 23 November 2012

Lama tak nampak....

 

Assalamualaikum

Biasalah keennn....akak kan retis. Sibuk kot hujung2 tahun ni dengan awards di sana sini. Muahahaha...

Tak de maknanya aduuiyaiii. Lebih kurang 10 hari lepas akak balik kampung kan. Macam biasa, kalau akak balik kampung macam masuk PLKN. Tak dapat langsung nak updet blog. Busyyyyyy manjang.  Dengan menyambut deepavali sama achi sokkabar depan simpang tu lagi, dengan program kenduri kat surau malam maal hijrah lepas. Dan lassst sekali sebagai penutup, akak jadi pengiring mak yang berhajat nak bercuti. Penuh sangat jadual akak. Bukan orang je yang bosan bila jengok blog akak. Akak pun bosan jugak. Balik2 tajuk balik kampung jap. Patut tukar tajuk jadi berada di kampung sehingga diberitahu kelak.

Oleh itu hari ni akak isytiharkan I'm Back Baybeh. Kemain kan. Siap baybeh. Macam baru balik london.

 

Apa citer?

202

Atuk Milo masuk wad hari tu. Sakit mulut bertambah teruk pulak. Air liur pun asik meleleh. Bila kita alas tempat tidur dgn tuala, sentap pulak dia. Merajuk, langsung tidur luar.....tak nak masuk bilik pun. Berat badan pun makin turun. Sekarang ni dah 5.7kg sahaja. Risau akak. Lalu buat keputusan masuk wad dan Dr. Yasser Arafat bagi dia makan a/biotic tiap hari selama 5 hari. Punyalah payah...... sampai berlubang tangan doktor tu kena gigit. Sekarang ni dah kurang merah sikit gusi dia tapi lambat eloknya kata doktor tu. Kena sabar.

 

 

375

Minah ni pulak, citer berat sikit. Memula cer tengok bentuk badan dia tu. Melentik semacam je kan. Kuang kuang kuang. Dia tengah heat lah pulok. Tension akak. Sepatutnya sebelum raya deepavali tu antar dia spay. Tapi akak kan banyak urusan sana sinun. Delay lah kejap kan. Sekali tu tetiba dia purring dan mengiau sekuat hati. Lepas tu bergolek2 tak tentu pasal. Bila pegang badan, melentik je macam tu.

Akak tengok minah ni macam kecik je lagi. Tak sangka period awal pulak. Macam baru darjah 2.....dah period. Kesian. Tapi kalau time dia gatal sangat tuh rasa nak lempang laju2 je. Sangat loud dan gedik tau.

Dan bila dah heat, tak de maknalah doktor nak spay kan. Tak berani, katanya. Sebab uterus sangat rapuh masa ni. Nanti takut kalau clamp, dia pecah pulak. Jadi sila lah sumbat telinga dgn kapas sepanjang seminggu ni. Panggilan mengawan dia tuh boleh buat kita sewel tau. Betul, tak tipu. 

 

 

006

Peah bagusss. Dia kan ajk keceriaan dan kebersihan. Lepas ni rasa2nya boleh naik pangkat jadi presiden kelab pulak. Tak banyak citer pun.. setakat ni lah. Kang puji lebih2 lain pulak jadinya. So far so good, Peah.

Yang kelakarnya, dia pun menyampah dgn minah kaktus tu. Sebab minah tu kan, dgn Peah pun dia nak menggedik jugak. Apa kes? Kecelaruan identiti ke apa? Sempat jugak Peah lempang Minah hari tu, akak tengok. Nasib baik cepat akak leraikan.  Kalau tak, entah sape lah yang bertuah jadi tempang pulak nanti.

 

 

096

108

Alhamdulillah dihujung2 tu ada aktiviti bercuti kat sini. Hilang sikit stress.

Hari ni akak dah bersiaran dari rumah sendiri di KL. Tapi stress jugak sebab rindu kek omak. Lebih seminggu asik berkepit bawah ketiak mak je kan. Bila balik KL rasa sunyi sangat. Lepas tu hari jumaat ni cuaca pun mendung je. Makin sayu rasa. Me don't like this feelin....huhuhu.

23 comments:

Irfa said...

PATUTLAH LAMA SEPI..MASUK PLKN RUPANYA ;)

Aidah said...

Irfa,
Hahaha. Camtu lah lebih kurang.

Acik Erna said...

salam Aidah..lamo akak tunggu cerito ni..raso2 nak sms yo tanyao..tapi akak soba yo..tak nak kacau..dah agak dah ..mesti tongah dok colah ketiak omak..tu yang tak dapek update,..he he..bertuah tau aidah..ado omak..dan omak aidah pun botuah ado anak pompuan..

zard said...

Rinduuunyaaa.. Hari2 kita belek takut terlepas entri baru.. Kesian Milo.. Cepat sembuh ya darling.. Tell me about the 'heat' session.. Kat rumah ni dah kalah opera house..fenin! Apa2pun velkam back babeh!

p/s: Hachi belum sunat lg MK..hihihi

Dinas Aldi said...

Rindu bangat kat akak tapi panggilan PLKN adalah lebih penting jadi tahan jalah rindu ni, huhuuuu! But so glad you're back, bebeh! Kehkeh!

Teruk jugak panggilan mengawan tu eh. Saya rasa tak pernah dengar lagi panggilan2 gitu. Kalau bunyi deram2 kucing jantan masa dah nak mengawan tu pernah la dek kucing2 di belakang rumah saya tu.

Murni Alfathunnisa said...

seronok tau kepit celah ketiak omak!..ekekeke..

kucing kalau tengah on heat..jenuh sabau kan kak..memang rasa nak pelempang laju2..tapi in the meantime kita pun rasa kesian tgk 'penderitaan' diorang...tergolek-golek..asyik keriau je sepanjang hari.

home sweet home...selamat berhujung minggu ye kak..

fadz said...

hi kak aidah.. alahai kesiannya milo sakit laa plak... hope atuk milo akan kembali sihat walafiat... sakit gigi.. ntah2 gigi nak luruh kot... hope u n ur family including geng kaki 4 always in pink of health :)

tunfatimah said...

as long as u all are ok....tak pela, kita org bole bertahan tunggu u...:)

si kecik tu dh kene period eh, bsar gelak i...tau sgt jeritan dia tu mcm mana, sama mcm si bongsu i Lily...pun sama..suara tak pasan dgn badan bole jadi tuli kita dibuatnya.....lily i pun lum di bwk klinik sbb jejaka idaman kat rumah suma dh kene 'potong' so...kira selamat

Iz said...

Dulu Hime mula nak melentik-lentik masa umur 4 bulan kak. Baruuu nak masuk 5 bulan. Geram betul saya, menggelabah kakaknya malam tu bila sedar dia mula melentik-lentik badan. Tapi Hime ni silent heat. Dia tak bunyik. Tapi aksi dia yang menggedik tu buat saya risau haha. Next day, terus pegi spay. Nasib baik Dr berani buat, tapi jahitan lebih la. Hehe

Dils said...

Kak Aidah nanti jangan lupa pegi book sale yg start 7 december next week tuu. Ramai orang berkumpul nak gi. Sume akan bawak troli. Kalau akak and anak2 pegi bawak Milo dalam troli pon orang tak sedar. Jangan penyek atuk Milo dengan buku pulakk

Unknown said...

dah seminggu bawah ketiak mak pastu tuh sah la rindu kan...:)

Suara Kalbu said...

Alololololo...Milo cakit. Cian dia. Cepat sihat ye sayang

Aidah said...
This comment has been removed by the author.
Aidah said...

Acik,
Boleh yo kok nak sms, acik. Kalau dah balik PD, manjang tak sompek yo nak bukak blog. Anak mak duo yo. Akak sey kojo lak. Tinggallah sey soghang yo mongurus mak. Cam tu lah cito e acik.

Aidah said...

zard,
Terima kasih beribu2 intan, my friend. Memang appreciate lah your support.
Miki dah selamat di spay 2 hari lepas. Sekarang ni dalam pantang. Hihihi.

Aidah said...

Dinas,
Punyalah payah nak mengarang n3 sejak 2 menjak ni, dinas. Sibuk mengalahkan YB je akak ni. Tapi memang Yang Bertugas pun...untuk mak. Hihihi.
Miki punya panggilan mengawan memang horror, dik. Suara dah lah nyaring. Pekak kejap.

Aidah said...

Murni,
Kan. Sementara mak masih ada marilah kita bermanja.
Trauma betul dgn panggilan mengawan tu. Tak boleh sentuh langsung dia. Gedik semacam. Tapi memang kesian tengok. Terutamanya sebab kucing kat rumah semua dah sunat. Tak dak geng.

Aidah said...

Fadz,
Kesihatan dia memang tak menentu. Badan dia dah tak kuat macam masa muda2 dulu. Kesian akak tengok.

Aidah said...

tun fatimah,
Berkat doa semua..alhamdulillah i sihat.
Mula2 ingatkan tak nak spay tapi bila dia melolong2 sekuat hati macam tu, tak sanggup, tun. Memang boleh pekak. Nak tidur malam pun dia melalak jugak. Alhamdulillah dah selamat spay 2 hari lepas.

Aidah said...

Iz,
Kucing kampung memang cepat matang kan. Stress akak tengok badan dia melentik2 macam tu. Mata pun stim, kuyu je. Gatal sangat. Nak usik pun tak boleh. Mesti melentik balik. Lepas tu bawak klinik, dr pulak tak berani buat sebab dah 2 hari macam tu. Lalu terpaksalah akak tunggu 10 hari lebih kurang. Sekarang ni alhamdulillah dah selamat dan tengah dalam pantang.

Aidah said...

Dils,
Alamak dik, akak mungkin tak dapat pergi sebab bertugas di kem PLKN lagi minggu tu. Tapi terimakasih remind akak ya.

Aidah said...

Papa Mifz,
Sementara masih ada mak, itulah saja tempat akak bermanja.

Aidah said...

Suara Kalbu,
Ha ah. Dia tak sihat sampai kurus badan dah. Macam2 ubat dah bagi. Hopefully dia sihat lepas ni.