Mak ni memang hobinya memasak. Selagi terdaya dia akan masak untuk keluarganya.
Dulu, masa arwah abah bekerja di KPM, mak selalu masak masakan yang dasyat-dasyat untuk meraikan kawan-kawan abah. Setakat gulai lemak cili api itu macam auto pilot je lah!
Arwah abah pulak memang suka memburu. Dalam freezer tu ada saja ayam hutan. Kitorang adik beradik memang biasa sangat makan hasil buruan abah. Tak menolak lansung. Kadang-kadang makan rendang pelanduk, gulai burung punai, rendang landak dan gulai ayam denak.
Baru-baru ni masa balik kampung, mak tetap nak masak untuk kami. Seperti biasa kami ni tak menolak. Seeeeedaaaaaaap sangat.
Masak lada hitam ayam.
Masak asam pedas ikan tenggiri.
Kami makan sampai licin pinggan. Lepas tu……….
Makan apa lak ni?
Layan pulak mangga muda.
Cecah dengan kicap yang dipotong cili api, gaul dengan belacan goreng dan sedikit gula. Ssssssp kecur air liur dibuatnya.
0 comments:
Post a Comment