Pages

Sunday, 26 June 2011

Makan-makan dan beriadah di PD.

 

Cuaca di Pd weekend ni asik mendung sahaja. Tapi jangan haraplah udara nyaman dan sejuk macam cameron highland. Maklumlah kawasan pantai. Bila hujan dah teduh maka membahanglah panas dan berpeluhlah segala ketiak dan leher.

Kononnya nak pergi brisk walk sekejap kat tepi laut tapi hari Sabtu semalam hujan turun dengan lebatnya dari pukul 4.00 pagi lagi. Pagi Ahad ni nampaknya cuaca ok tapi agak-agak 15 minit berjalan, hujan turun dengan lebat.

 

nikon2 130Hujan ni kadangkala boleh buat kita rasa sayu kan.

 

nikon2 129If you have good eyesight, you can see a faint image of the rainbow in this picture. Cantik kan. Itulah keindahan ciptaan Allah. Bila hujan yang turun lebat tadi dah teduh, keluar pulak pelangi ni. 

 

nikon2 119 Banana boat yang dah siap untuk menerima penumpang.

 

nikon2 122 Selain dari banana boat ada satu lagi boat macam bentuk kerusi sofa besar tu. Duduk ramai-ramai kat dalam tu, lepas tu si penarik boat tu akan bawak laju-laju dan boat sofa tu akan berpusing-pusing.  Oleh kerana aksi lasak dan ganas maka saya yang dah tak kuat tulang ni tak pernah pulak mencuba. Kang tak pasal-pasal mintak dukung balik rumah. Haa sapa nak jawab. Silap-silap En.AHBY pun buat tak kenal je nanti.

 

nikon2 123Ini gerai menjual berbagai-bagai keropok dan jajan. Pagi lagi dah start meniaga. Orang PD dari golongan peniaga pantai ni memang gigih.  Kalau hari raya, mereka hanya tutup sebelah pagi sahaja. Petang raya pertama lagi dah mula berniaga. Apa taknya, jiran kami yang berniaga di gerai tepi pantai ni pernah cakap yang dia boleh untung ribu-ribu satu hari terutamanya masa cuti umum.

 

nikon2 125 Nak sarapan pun ada banyak pilihan gerai.

 

nikon2 126Kami makan nasi lemak sambal sotong, nasi lemak ayam, meehoon. Untuk 5 orang makan ialah RM18.00. Okeylah jugak.

 

nikon2 095 Ini pulak gerai makan di tepi jalan menuju ke Thistle Hotel. Di sini memang sedap makanannya. Ada nasi kerabu, nasi lemak, mee sup, mee goreng, mihun dan macam-macam kuih. Kalau sebelah petang ada dijual laksa power yang sedap.

 

nikon2 077 Kalau nak makan mee mamak sedap, pergilah ke Restoran Mohamed ni yang terletak berhampiran taxi stand PD. Rojak dan tosai di sini pun sedap jugak.

 

nikon2 078 Untuk yang bertekak melayu jati dan nak makan masak lemak cili padi, bolehlah ke Restoran Jamsari. Di sini ada gulai ikan semilang salai, gulai daging salai, gulai puyuh, kerabu perut dan banyak lagi lauk pauk melayu. Tapi kalau tak tahan pedas, hati-hatilah ya, gulai lemak cili apinya sangat berapi-api pedasnya. Kalau tak silap, owner dia ni orang Rembau jadi memang authentic masakan negeri sembilannya. Restoran ni ditutup hari Ahad ya.

 

008Kalau perut rasa lapar hari Ahad tu dan Restoran Jamsari pulak tutup, bolehlah pergi makan disini. Kedai Mak Mah. Lokasinya ialah di tepi entrance masjid PD tu. Kedai Mak Mah ini memang dah berpuluh tahun usianya. Ayam percik memang sedap di sini. Ada juga dijual nasi ayam dan nasi ayam penyet. Restoran Mak Mah ini memang femes di kalangan orang PD sebab  semua masakannya sedap dan harga pun berpatutan. Di bulan Ramadhan ada juga sorang pak cik berniaga nasi kerabu, laksam dan kuih akok di sini. Siap beratur lagi orang yang nak membeli.

 

002  Kalau nak makan cendol dan ABC pulak, inilah gerainya. Terletak di depan Pizza Hut di pekan PD.

 

005  Hari ini kami hanya beli ABC. Ditapau sahaja sebab mak kami, kak wok tinggal di rumah dan tangannya pulak baru dibaham oleh seekor harimau jadian yang bernama Milo.

 

P6260987 Isshhh ngeri tak ngeri tengok kulit kak wok yang dah terkoyak tu. Serta merta saya jadi nurse kejap. Cuci dulu luka mak dengan flavine, lepas tu letak minyak hitam/gamat. Kemudian tampal dengan gauze. Terus suruh mak telan augmentin atas arahan Dr. Alang. Maklumlah si Milo ni berbisa jugak taring dia tu, takut pulak dapat infection. Panic gak kejap sebab darah mak meleleh dengan banyaknya, Puan Alang pulak balik ke kampung mertuanya weekend ni. Reaksi Milo pulak bila dah melakukan jenayah besar ni…….??

 

P6260992 Biasa saje. Tak de rasa guilty lansung. Sape suruh cari pasal sama gua. Gua samseng keturunan harimau tau!

Mana pisang ni haa!!!! Nanti kau Milo.

3 comments:

Dinas Aldi said...

Ya Allah, kesiannya kak Wok..sedih tengok tangan dia tu..Semoga dia cepat sembuh na..

Aidah said...

Semoga cepat sembuh, Amin. Lega jugak bila Pn Alang kata tak perlu jahit lukanya itu sekejap tadi.

Naz said...

ganasnye harimau gumuks tu