Rasulullah s.a.w pernah bersabda, mafhumnya, “Hak muslim pada muslim yang lain ada enam yaitu,”(1) Apabila engkau bertemu, berilah salam padanya, (2) Apabila engkau diundang, penuhilah undangannya, (3) Apabila engkau dimintai nasehat, berilah nasehat padanya, (4) Apabila dia bersin lalu mengucapkan ’alhamdulillah’, doakanlah dia (dengan mengucapkan ’yarhamukallah’, pen), (5) Apabila dia sakit, jenguklah dia, dan (6) Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya. (HR. Muslim)
Undangan Pak cik Amat ni hukumnya memang wajib kami penuhi atas 2 sebab; satu ialah kerana dia sendiri datang ke rumah menghantar kad jemputan dan yang kedua, beliau adalah sahabat lama mak dan arwah abah.
Kalau dulu, saya memang jenis malas nak pergi kenduri ni. Selalunya arwah Angahlah jadi wakil keluarga tapi sejak dia tiada, saya tak bolehlah pulak ambil ringan hal-hal wajib pergi ni.
Yang pakai spek hitam tu lah kitorang panggil Pak Cik Amat Kretapi. (jgn tanya macamana ada gelaran kretapi tu, saya pun tak tahu, arwah abah mungkin tahu kot)
Pelamin yang simple dan cantik di luar rumahnya.
Kumpulan cak lem pong dari Meru Klang. Nyaman je alunan muziknya, tak lah bingit telinga ni. Makan pun sedaaap je.
Meja makan pengantin sangat cantik dan klass, vass, macam-macam lagilah.
Siap ada chandelier lagi kat atas tuu haaa!
Jamuan makan adalah dari Anjung Seri Catering.
Antara hidangannya adalah nasi sayur, kurma ayam, kari daging berduet dengan umbut, sambal tempe dan buah-buahan.
Oh ya, paling best sebab ada cendoi dan bubur kacang. Sedaaaapp.
Inilah yang saya sangat suka sebab zaman sekarang ni, budaya bagi bunga telur ni macam dah nak pupus pulak. Orang asyik bagi gula-gula, bahulu dan sapu tangan je. Kat majlis ni semua orang dapat bunga telur.
Gambar pengantin tak de sebab hari adalah sangat panas berdentang. Kapla sudah dapat migraine!
Balik-balik ghumah kak wok bising sebab tak amik gamba pongantin. Apo nak buek mak, tak dayo doh. Paneh na lak harhi ni! Kang pengsan anak mak yang lomek ni kat totongah jalan tu kang!
Terimakasih pak cik atas jemputan. Perut dah kenyang, kami gerak dulu bagi ruang kat orang lain pulak untuk makan.
Sebelum balik rumah ada satu perkara wajib iaitu memenuhi janji pada cik Nisya yang menangis-nangis nak ikut tadi. Siap dah pakai ‘tudung pergi’, tapi sangat kesian sebab kak wok kata, Nisya tak yah ikut Ateh! Apa lagi menangis meraunglah dia. Kenalah upah dengan aiskrim.
0 comments:
Post a Comment