Masa mula-mula dapat dulu, rasa macam tak percaya. Betul ke kita mampu, bang?
Rasa macam berangan-angan je. Yang bekerja suami saya sorang. Saya ni duduk melangok tanam anggur tak sudah-sudah.
Masa mula-mula kahwin tu, protonlah ke sana-kemari. Lepas accident teruk, tukar pulak kepada KIA. Yang ini memang teruk. Mula beli je dah problem sana-sini. Belum habis bayar dah terpaksa let go. Nasib baik company kereta yang amat bermurah hati ni sudi amik kereta KIA dan ditukar ke jenama kereta sekarang ni. Yang penting kami tak rugi bila let go sebab value yang diamik tu pun boleh tahan. Alhamdulillah dah rezeki kami. Dapatlah merasa bawak kereta dari jenama ini even though it’s the cheapest model of that brand.
Setelah 7 tahun kami sangat bersyukur. Tapi kesian kat kereta ni sebab habis dicalarkan dek bebudak sekolah time kita park kat tepi jalan tu sementara nak tunggu dua orang pakcik dan makcik ni balik sekolah tiap hari. Macam-macam kaler pulak tu dicalarkannya. Ada merah, biru. Tapi tak pe, saya boleh sabar lagi. Tunggulah bila kau orang dah besar dan boleh pakai kereta. Berasap ke tidak kalau orang usik kereta kamu.
Tapiiii…..insiden hari Isnin lepas memang mencabar. Ada pulak sekumpulan budak-budak berhingus lagi, dengan lajunya mereversekan kereta MYVI warna hitamnya dan melanggar kereta saya yang sedang elok park kat depan Ban Soon tu!!!! Anak-anak saya yang takut nak kluar kereta (maklumlah skarang ada org buat trick langgar dan kidnap) sempat jot down no. kereta tu. Bebudak setan, kurang ajar, bahalol tu terus sped off lepas langgar kereta saya. Cer cakap, berasap ke tak berasap kepala saya. Siap keluar bebola api lagi kat dedua telinga!!! Nasib baik kereta saya tak terperosok kat longkang besar depan kedai tu. Anak-anak yang tinggal dalam kereta sikit punya terperanjat.
Calar sikit, kemek sikit tapi hati manyaaaaak panas!!! Repot polis juga pergi buat!!Just to teach them a lesson.
Janganlah sesuka hati langgar dan lari. At least say sorry. Kalau cedera sikit macam ni saya pun tak suka heboh-heboh, claim insurance bagai. Saya juga takkan mintak duit kalau mereka tu hanya student dan tak berduit.
ALL I’M ASKING FOR IS A SIMPLE ‘I’M SORRY’.
3 comments:
em sori kak. ehhh. tapi bukan sey yang langgar tau. hikhik
memang panas kalau kena macam ni. PANASSSS!!!
bior dema rasa, mesti report! kalau keluar permohonan maaf tu, kurangla sikit panas tapi ini pakai cabut camtu ja, memang melampau!
Itu lah bebudak zaman sekarang.
Post a Comment