Sejak akhir-akhir ini tiap–tiap minggu kami balik kampung. Ada sahaja hal yang perlu diuruskan. Lagi pun satu-satunya mak kesayangan saya selalu uzur. Bila dah tiap-tiap minggu balik tu, tak pulak rasa jauh sangat KL-PD ni. Anak-anak okey saja cuma En AHBY yang memandu tu ada gak komplen penat. Bilalah anak-anak nak take over bawak kereta ni agaknya. Mak bapak ni dah tak sabar-sabar nak jadi mem dan boss kat belakang.
Satu yang melemahkan Milo bila balik kampung ialah aktiviti mandi manda. Selalunya di rumah kami, dia duduk dalam rumah saja dan tak jejak tanah pun. Tapi bila balik kampung, Milo ni memanglah diletak di luar rumah dan bergelumang dengan si comot Sagwa tu. Bila time nak bawak balik kenalah dimandikan dia, kalau tak kemain busuk lagi dengan bau air liur si Sagwa yang sewel tu.
Dah berpuluh-puluh kali mandi pun dia masih menjerit meraung.
Bab-bab nak mengeringkan badan ni paling kritikal. Milo memang sangat garang dan kalau tak biasa buat, siap calar berdarahlah tangan digigit dan dicakarnya.
Kat dalam kereta sikit punya lentok dia.
Walaupun penat driving, pack, unpack, uruskan Milo bagai, kami tetap happy balik kampung SEBAB di kampung ada ……..
Ada duaa orang budak comel ni dan………
Ada satu-satunya kakak saya. Setelah abang kami, Angah meninggal dunia 3 tahun lepas, kami dua beradik saja yang tinggal untuk meneruskan tanggungjawab atas mak dan anak-anak arwah Angah .
Semoga Allah memberi kami kekuatan dan bimbingan untuk kami melaksanakan tanggungjawab yang banyak dugaannya ini. Amin.
2 comments:
Garangnya Milo, takut tengok...
Semoga diberi kekuatan olehNya untuk melaksanakan tanggungjawab itu :)
Hi...our mum's name quite similar but orang Pahang Wok is for anak manja. My Arwah Mum remained in my heart dunia akhirat. Salam Persaudaraan Terikhlas
Post a Comment