Harta karun yang banyak dijumpai oleh beberapa orang saudagar kecik kak wok.
Satu almari penuh dengan buku-buku antik arwah abah. Ulat pepesan tu sikit punya banyak dalam buku tu.
Baju kebaya moden bersulam yang cantik dipakai kak wok 35 tahun dahulu. Sekarang ni nak turunkan kat cucu pun tak boleh sebab tak muaaaaaat!! Nak suruh anak kak wok ni pakai, jangan haraplah, lagi tak muat.
Almari sikat antik milik kak wok sejak jadi pengantin lagi iaitu 55 tahun dulu. Sila abaikan model yang lolap tu yek. Dahlah mata tu sitap, lolap pulak! He he he.
Antara handphone terawal milik Puan Alang. Canggih ni! Sangat kaguuuumm!!
Haaa… kagum lagi tak? Kat sebelah tu handphone terawal si Arif. Nampak bagak ya amat si motorola tu! Dulu meleleh air liur. Siap berebut-rebut lagik nak tengok.
Budak ni pun jumpa harta karun jugak. Cukup happy dapat masuk dalam kotak.
Setelah 2 jam bergelumang dengan habuk dan beberapa serangga dan tak lupa jugak cicak hitam yang dah beberapa tahun tak kena matahari. IIIEE geli menengoknya, gumuk-gumuk cicak tu!
Hari ini pergi lagi menjengok hasil kerja tangan AIK (abang iparku) di bawah.
Agak-agak hi tech design wall to wall carpet kak wok ni. Keh keh keh. Cheap sale tuuu!!
Nantikan komen eksklusif dari kak wok tak lama lagi………….
0 comments:
Post a Comment