Pages

Thursday, 23 June 2011

Ladies and gentlemen, presentin’………

 

Sejak akhir-akhir ni banyak dugaan yang datang. Kesihatan pun taklah tip-top sangat. Batuk, selsema tu biasalah, buat macam rumah sendiri aje. Sesuka hati bila nak keluar masuk. Tensyen. Tapi hari tu ustaz cakap kena ucap alhamdulillah walaupun kita sakit sebab semuanya tanda Allah sayang dan nak duga kita. Alhamdulillah. Mintak-mintak saya pass exam Allah ni.

Yang peliknya pulak, bunga-bunga orkid saya kat rumah ni macam tau-tau aje saya ni dalam keadaan stress dan kurang sihat. Hari tu bukan main meriah bunga dan kemain sihat lagi. Alih-alih sekarang ni semua mogok. Ada yang dah mati pun.

Yang sebenarnya saya pun tak beri perhatian sangat kat bunga-bunga ni. Sian dia. Bila dah serabut, buat apa yang mampu sahaja. Last-last bunga-bunga ni terbiar.

Tapi saya cukup puji bunga yang satu ni. Dia tak mengalah walaupun saya tak ada masa nak beri perhatian. Tak berhenti-henti berbunga. Bunga pulak tahan berbulan mekarnya.

Oleh itu hari ini saya nak beri honour sikit pada bunga orkid ini dan bagi starring role padanya.

Ladies and gentlemen, give a round of applause to……….

DSC_0053My purple fighter.

 

 

DSC_0065

Thank you for being so independent.

4 comments:

Mak Wardah said...

Aidah, your orchid sehat je..cantek lak tu. Salam Persaudaraan Terikhlas

Aidah said...

Terima kasih singgah di taman orkid saya. Lepas ni saya pulak nak balas kunjungan Mak Wardah.

Dinas Aldi said...

cantik! suka purple. semoga terus mekar & teruskan sifat independence mu itu, purple fighterrrr!

Aidah said...

Hmmm...kita pun kena bersemangat mcm purple fighter walaupun hari yang ditempuh agak sukar.