Pages

Saturday, 4 June 2011

Ini adalah Tudung Pergi

 

 

P6030700

Inilah namanya tudung pergi. Mula-mula dengar Nisya cakap tu, pelik gak dengar. Haa? Apa ke mendenya tudung pergi tu? Oooh tudung untuk pakai bila keluar jalan. Lepas tu semua orang tergelak guling-guling.

Nisya ni memang tersangat kelakar terutamanya bila dia dah start sekolah. Sekarang dia dalam fasa menjudge appearance orang lain. Di mata dia semua orang demuk, itam, busyuk. Dia soraaaang je lawa, chantik dan wangi.

 

P6030701Dah habiss ayu tu posing camtu! Dia yang request orang amik gamba dia manyak-manyak! Mata pun tak nak pandang camera tau! Sangat up to date gaya Nisya posing. Ateh tabikklahh! Tapi nasib baik kecik-kecik dah pandai pakai tudung, kalau tak cubit sikit.

 

P6030699 

Tu jambul tu apa hal? Nak tiru siti ke? Tak mo, tak mo, babab nanti!

Lagi satu perangai Nisya yang kelakar ialah busybody. Bak kata kak wok sepatah, kuat menyampuk!

Ateh  : Haii sakit perutlah.

Nisya : Tenapa? Beyaklah!

Ateh   : Bukan nak berak.

Nisya  : Tenapa tak leh beyak? Beyak keras ke?

Ateh   : Tak, bukan nak berak.

Nisya  :  Beyak tu tesumbat ke?

Ateh   :  Bukan. Nisya, tolong tepon mama kat klinik mintak ubat.

Dengan patuhnya dia pun telefon mamanya.

Nisya  :  Mama, tolong bawak balik hubat untuk Ateh. Ateh shakit peyut. Asyik hentut je!

Semua orang yang ada kat lam bilik ni terbahak-bahak gelakkan cik Nisya ni! Itulah dia telatah cucu kak wok yang bongsu ni. Bila orang cakap dia kelakar, muka dia berkerut je cakap, “Taklah!”. Macam risau je, takut tak cantik pulak bila dah kelakar.

0 comments: